| Jejak Si Pari-Pari |

Tuesday, August 31, 2010

:: MALAYSIA...MERDEKA??? ::

SALAM KEMERDEKAAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Selamat menyambut hari kemerdekaan kali yang ke-53 kepada semua warga Malaysia. Proud to be Malaysian.. walau pun skng ni mcm2 bencana sedang melanda dan merebak di tanah tumpah Negara kelahiran sy ni… macam2 wabak mula berakar umbi dan mcm2 keganasan mula memenuhi media2 massa.. kadang2 time tengok berita kat TV cam sy skang berada di amerika.. bom saner bom sini.. tembak saner tembak sini.. wa… tahniah!!! rakyat Malaysia makin berani bertindak ganazzzz… tapi sy tak pernah bangga melihat keganasan tu.. meloyakan.. entah makhluk mana yg menjejak tanah bumi Malaysia yang merdeka ni tapi bersifat penjajah.. Wabak buang bayi makin menjadi-jadi.. makin digiatkan kempen kesedaran makin banyak bayi tak berdosa di humban dari bangunan.. disangkut di tiang penanda jalan.. diselit ditepi longkang… dicampak kedalam tong sampah.. giler ker mak diorang ni? (bapak dorang tak payah cakap la.. mmg tak guna langsung…) Sy setuju bila kerajaan akan jatuhkan hukuman gantung sampai mati pada orang yang buang bayi ni.. tp sy akan lebih bersetuju kalu binatang bertopengkan manusia ni dirotan dikhalayak ramai sebelum menjalani hukuman gantung… biar semua yang tengok hukuman tu akan betul2 insaf..betul2 amik iktibar, kalu takat gantung waktu pagi dalam bilik gantung.. saper yang nampak… bila tak nampak ader ker yang nak amik iktibar…??? Tah ler bila bercakap pasal isu buang bayi ni sy amat emotional… sbb sy ada baby yg walau pun sy jentik sikit rasa bersalah amat sangat.. ini kan pula nak campak sampai berkecai.. nauzubillah..
Jadi rasanya kita hanya merdeka pada nama.. tapi hakikat kita masih dijajah ditakluk oleh nafsu… untuk gadis2 diluar sana yg masih belum tahu hakikat pergaulan adam dan hawa yang sebenarnya.. renung2kanlah...

MERDEKA UNTUK GADIS MALAYSIA


Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tepat detik 12.01 pagi 31 Ogos..
Laungan Merdeka berkumandang…
Anak muda bergaul tanpa batasan..
Tak kira bangsa tak kira jantina
Ini semua tanda kami anak Malaysia..
kami 1 Malaysia.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Terkinja2 dlm khayalan
Berbaju… bak tanpa seurat benang..
Berpeluk.. tanpa halal dan haram…
Meliut tubuh menjadi tontonan..
Terlupa maruah terlupa akidah
Merasa bangga menjadi jalang..
Mengizin diri jadi gadaian….

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Habis manis sepah dibuang..
Ditinggal pergi dicampak ditendang..
Menyesali diri atas keterlanjuran
Merintih airmata darah tiada pulangan..
Rahim berisi ‘waris’ tak bertuan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tiba saat ‘waris’ memandang bumi
Kesakitan merentap mencengkam diri
Dibilik lembab hapak dan jijik
Waris kini…memperkenalkan diri…
Tanpa azan bersama mengiringi
Namun disambut penuh rasa benci..

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Lantaran keegoan mengaburi diri
Ketakutan.. malu.. benci.. meraja dihati
Pandangan suci dipandang sepi
‘Waris’ dihentak dicampak disakiti..
Belum sempat menatap manusia yang melahiri
‘Waris’ kini dipanggil kembali….. tempat mu bukan disini

Merdeka kah itu namannya?

Monday, August 30, 2010

:: Home Sweet Home ::

Gelagak aqiel bila dapat kopok lekor...
Sejurus sebelum jam 5 pagi 27 August 2010... Alhamdulillah kami selamat tiba di kampung halaman.. Terengganu Darul Iman... Pendek kata sempat la menjamah sahur dirumah.. Aqiel mcm biasa la.. bila dah lama tak jumpa atuk nenek dia.. mula la menyelit celah mama.. tapi tu semua tak lama.. Malu2 tenuk jer..keh keh keh.. Seperti yang sy rindu sesangat.. keistimewaan bersahur di kampung halaman.. mcm2 ader, pendek kata memang penuh perut ni ha.. Dapat bantal memang tak sedar langsung la jawab nyer. Tapi jeles la kat papa boleh tido lama2..sampai matahari dah nak tegak atas kepala baru bangun, mama kena bangun awal sebab aqiel adam awal2 dah panaskan injin.. Semua mainan kat umah dia selongkar.. Semua tangga dorg panjat.. semua bilik dorg redah.. letih nyer!!!
Permata Hati Mama & Papa
Bila time bulan Ramadhan.. mak kesayangan sy akan bukak gerai kat bazaar, tp tahun ni dia jualkan kuih2 peniaga lain jew.. malas nak duk ceruk dapur katanya.. ok gak tu.. Dan Ramadhan kali ni papa berpeluang menunjukkan bakat dia.. hik!!! bila mak minta tolong temankan mak berniaga kat bazaar.. tahun ni mak tak cukup kaki tangan sbb kakitangan tahun lepas semua dah sambung belajar.. erm.. sy nak tolong gak sebab sonot ler berniaga ni, tapi saper nak jaga dua pendekar kundur neh? huhuhuh!!! Tak aci..tak aci.. sbb lagi satu papa dapat upah.. nak upah gak..
Gambar kakak kesayangan gue..
Time berbuka paling best tak hengat.. 2 meja kat dapur penuh ngan makanan. Apa lagi, jemput makan yer semua..  Chef dia semestinya chef syaeeda.. kakak kesayangan sy.. Walau pun dia suka mengomel sbb penat time masak (keh keh keh) tapi dia masak jugak.. dan sedap jugak.. kadang2 jeles cam ner la dia leh pandai masak? Rasanya buku resepi pun dia tak pernah beli berbanding ngan saya ni yg langgan RASA tiap2 bulan tak pernah miss.. tapi cuma pandang jer ler gambar2 sambil telan liur.. kalu dah ngidam nak makan sangat tetap cari kat kedai.. nak masan? kim salam la.. dari buang masa tenaga dan duit beli bahan2 utk masak dan cuba masak sendiri kemudian buang sbb tak leh diterima tekak dek rasa yang teramat 'sedap' baik sy pi beli kat kedai jer...5 hari kat kg rasa cam 5 jam jer.. kejab sangat.. tak sempat nak manje2 bawah ketiak mak lama2 dan nak kena balik KL.. busan nyer... syg nak tinggal umah ni ha.. thats why bila my hubby ajak jalan2 sy tak nak.. bukan selalu pun leh balik kg neh.. ngeh ngeh ngeh..
Dan hari ni... 30hb Ogos 2010... sy nak amik kesempatan ni utk wish Happy Birthday untuk ayah kesayangan sy En. Abdul bin Ali dan My Partner In Crime... Pn. Nurashikin Musa.. love both of you...

Thursday, August 26, 2010

:: Balik Ganu...Yeyy!!! ::

Malam ni kalau tak ada aral melintang kat tengah jalan.. sy & family akan balik Ganu.. yey!!! lama lak tu sampai 31 Ogos… besh! besh! besh!.Membuak2 rasa tak sabar nak jejak kaki ke Terengganu.. dah lama rindu nak borak2 ngan mak ayah… gurau2 ganazzz ngan kakak cayunk aku..gosip2 kejam sket.. dan yang paling penting.. aku nak makan sedap2 kat umah.. bukak poser pelan2 kayuh (sbb ada orang nak nengokkan si kecik berdua tu) … makan sahur sebenar2 nyer (tak ada la minum milo ngan nestum jer…kengkadang tak terjaga sempat minum coke jer…? minum coke pagi buta giler aper…).Teruja benar raser nyer nak balik berpuasa kat kg kali ni… erm.. yang best nyer tadi kakak cayunk sy call cakap baju raya my hubby udah di beli.. wa.. papa dapat baju raya sponser lagi…tiap2 tahun nampak..suker la tu… (tapi lari tema la ngan baju mikhaeyl rafaeyl..) Baju raya sy dah lama mak bagi.. 3 pasang tapi semua dah pakai wat gi khoje.. tak sabar nak rayer nyer pasal.. keh keh keh.. tapi kakak cakap ada sepasang lagi mak baru tempah.. best giler!!!

Malam ni patut balik sekali ngan siti .. tapi tu pun kalu dia bertolak awal la.. kalu 10 lebih baru nak gerak.. tak larat nak nunggu nyer.. ngantuk lak karang my hubby karang… bukan dekat Shah Alam ~ Ganu, boleh naik kematu bontot. Tapi satu benda pun belum pack lagi ni.. main campak2 jer ler jawab nyer lepas berbukak nanti.. Harap2 malam ni kat Karak saner tak sesak ler.. tapi mmg ramai giler balik malam ni rasa nyer.. kepada BFF's sy yang balik kg jugak.. keyrol, amy & wani…. take care… naik bas elok2.. jangan main mata.. keh keh keh!!

Sunday, August 22, 2010

:: TenTang PeLanGi ::



Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...


PELANGI PETANG : SUDIRMAN

Pagi ini 22hb Ogos 2010… kagum benar sy dengan kekuasaan Allah S.W.T dan keindahan alam yang diciptakannya.. sy tidak pasti fungsi sebenar lahirnya sang pelangi kepada alam.. namun untuk sy.. ia mendamaikan…menenangkan… seawal jam 8.44 pg bertafakur sejenak sy di balcony rumah ditingkat 5 menikmati tiap detik sang pelangi menyerlahkan diri di dada langit..membiarkan angina pagi yang agak dingin berbanding pagi2 sebelumnya menyapa pipi.. tapi sayang bukan kerana kita tidak pernah bisa mendekati pelangi.. adat manusia tidak pernah puas sekadar memandang perkara-perkara secantik ini.. erm.. dalam bulan Ramadhan ini sudah beberapa kali sang pelangi menonjolkan diri namun tidak sepenuh ini pada pandangan mata sy…mungkin itu yang membuatkan sy teruja untuk menunggu proses penuh dan mengabadikan warna2 indah itu..


Dulu pernah sy mendengar satu mitos berkaitan pelangi.. andai kita melihat sang pelangi bersama-sama pasangan kita.. hubungan pasti berkekalan dan tidak seperti sang pelangi yang hanya hadir buat seketika.. 9 tahun dahulu sy pernah khabarkan perkara ini kepada pasangan sy saat kami menatap sang pelangi bersama-sama.. dan Alhamdulillah hingga kini kami masih bersama… benar atau sekadar kebetulan.. sy tetap bersyukur pada Allah…Pelangi biasanya hadir tika hujan gerimis.. seperti ingin mengajar kita.. dalam kepahitan.. pasti wujud keindahan..


adam… cuba tengok tu pelangi…
mana? mana?’ ujar adam sambil memandang kehadapan tanpa hala tuju..
saner.. diatas.. dilangit…’ kataku sambil menundingkan jari telunjukku ke arah pelangi… terbukti bukan? mitos “jangan tundingkan jari ke pelangi nanti jari akan hilang” itu tidak benar..…heehhe.. Mata adam berlari mengikut arah jari telunjukku..
Oooo..’ panjang bunyinya..
cantik tak?’ sambung ku
antik.. antik’ aku tergelak mendengar pelat nya.
itu pelangi…
aaa..nggiii…’ ajuknya.. janji dia paham.. mungkin ini pertama kali dalam hidupnya menatap pelangi… dan sy mahu berkongsi kacantikan itu bersamanya…

Wednesday, August 18, 2010

:: CINTA..PERKAHWINAN..PENCERAIAN.. ::

Asyik tulis pasal makan dan xtvt harian.. hari ni terpanggil utk tintakan sesuatu berkaitan kehidupan.. ingin bercerita tentang cinta.. perkahwinan .. penceraian.. dan saya pasti tak ramai yang ingin berbicara tentang penceraian sebenarnya bukan? sy selaku pihak yang berada ditengah2 sering mendengar keluhan rakan2 yang menginjak usia 30an.. yang masih belum berkahwin.. mengomel jodoh lambat.. jeles nengok kengkawan yg dah beranak pinak.. dari sebelah pihak yang beranak pinak pula.. merungut tak boleh nak shopping baju rayer sbb sibuk kejar anak, tomyam pulak boleh tumpah waktu berbuka kat restoran gara2 kenakalan anak.. adusss…!!! sebenarnya bujang dan berkeluarga tu semua ada pro dan kontra nyer.. tapi sedar ke kita?
Bila melihat anak muda sekarang yang asyik dengan permainan cinta hingga lupa pada persekitaran, terasa ingin bangkitkan mereka agar sedar… itu semua hanya sementara!!! cinta sahaja tidak mampu membahagiakan diri hingga akhir hayat..terasa kadangkala dalam dunia hari ni dah mmg sukar utk cari kebahagian tanpa harta benda.. percayalah.. dari pengamatan sy dari bacaan, luahan rasa teman2.. cinta bukan segala2nya dalam sebuah perkahwinan.. waktu berdua maybe.. tp bila dah ada rumahtangga dan cahaya mata… wang ringgit mengatasi segala-galanya.. jadi kepada kengkawan yang belum kawin, kumpul asset tu banyak2 dulu before kawin.. tak perlu takut orang cakap andartu ke antertu ke sbb bila jodoh dah sampai malam ni pun kita leh kawin.
Dulu mungkin saya juga seperti anak2 muda lain yg tak pernah fikir mengenai kehidupan berkeluarga.. apa yang penting saya bahagia, bercinta, dan ingin mengakhiri zaman bujang bersama pasangan secepat mungkin. Waktu itu tidak pernah terfikir lain melainkan perkahwinan untuk menjanjikan kami sentiasa bersama dan tidak akan dapat dipisahkan… tapi kini selepas dah ada baby dan tanggungan baru kami sedar.. bukan mudah untuk mengemudi sebuah keluarga. Adakah anda tahu statistic penceraian di MALAYSIA ni sebahagian besarnya kerana desakan hidup?
Bila desakan hidup kian tinggi dan gaji tidak lagi mampu menampung penghidupan, hubungan suami isteri pasti tegang..tekanan pasti wujud dari pelbagai aspek.. mungkin masing2 menunding jari pada pasangan kerana gaji yang tidak tinggi, mungkin juga renggang kerana pasangan kerja lebih masa hingga tiada lagi waktu utk memupuk cinta seperti dulu.. cinta kian tawar…Apabila cinta itu terhakis, apa lagi yang tinggal dalam perkahwinan?
Waktu bercinta… ‘dunia ini ana yg punya…’ apa ada pada harta benda.. janji kasih sayang dan cinta dari dia takkan berbelah bagi.. bahagia hingga akhir hayat..sanggup ketepikan nasihat keluarga semata2 kerana cinta.. ‘cinta itu buta’ atau manusia yang buta dalam cinta? Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu…bila sudah punya cahaya mata 50% perhatian isteri tertumpu pada anak2 dan tidak lagi pada suami.. disini sepatutnya si suami harus faham.. tapi jika suami anda kurang faham atau buat2 tidak faham? disini jua titik pada keretakan..
Setiap manusia yang menempuhi alam perkahwinan akan melalui pelbagai ujian daripada Allah swt. Kelemahan dan kelebihan diri pasangan hanya akan disedari dan diketahui selepas menjalani kehidupan bersuami isteri. Justeru akan muncul pula perasaan benci, marah dan sebagainya bila sifat sebenar terbongkar. Sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Keadaan akan menjadi buruk apabila kesilapan-kesilapan yang dilakukan menghakis sedikit demi sedikit perasaan cinta yang menjadi asas perkahwinan tersebut. Mungkin ramai yang tidak menyokong.. .tapi 90% tidak kiralah si suami atau si isteri, mereka akan mengulangi kesilapan yang mereka lakukan kepada pasangan masing2 selepas mereka dimaafkan atau segala perbuatan itu dilupakan oleh pasangan mereka.. mereka tidak pernah SERIK!!! sehingga lah pasangan mereka mengambil keputusan nekad untuk sebuah perpisahan.. waktu tu mula la jadi giler…dan yang menjadi mangsa adalah anak2 yang tidak berdosa...
Jadi kepada anda yang masih belum kawin walau usia sudah mencapai 30an.. jangan bimbang… tahukah anda wanita akan kelihatan paling cantik pada usia mereka 32 tahun.. hehehe.. erm.. saya terpaksa menunggu lagi 3 tahun untuk mencapai tahap ‘waktu paling cantik’ dalam diri saya.. sempat ker? Dan percayalah setiap makhluk dimuka bumi ini Allah ciptakan berpasang-pasangan.. so don’t worry be happy ya!!
Menarik utk dibaca;


Monday, August 9, 2010

:: HaPpY BirRtHDay To PapA ::

Birthday Boy
Hari ni genap le umur papa 30 tahun.. huhuhu.. dah tua jentoi mama ni yer.. Kudut doakan Jentoi akan dipanjangkan usia agar dapat terus menjaga kami dengan baik… dimurahkan rezeki agar dapat memberi kami makan pakai dan pendidikan yang cukup… ditetapkan iman agar dapat membimbing kami kearah kebaikan dan dikurniakan keikhlasan, kejujuran dan kasih sayang di dalam jiwa agar dapat menyayangi kami seikhlas hati…kami sayang papa!!! (Duit raya lebey skit ek...)

Best!!!
Semalam mcm biasalah activity jalan-jalan cari makan bersama keluarga (family day) keh keh keh.. dari Summit USJ (aper lagi shopping ler.. .discount 50~80% tu..) kami ke Pantai Remis Klang. Dah lama gak tak balik kampung arwah abah ni.. sejak abah meninggal ni first time kitorang jejakkan kaki balik. Ronda-ronda Pantai Remis, cuci mata tengok gelagat manusia dan remaja2 kini yg kengkadang menyakitkan mata jugak..
Adam ngan aksi kekenyangan
Erm..biasa le hari minggu sure ramai giler..berbilang kaum.. 1 MALAYSIA... seb baek time ni kedua-dua pendekar kundur tu tido selena-lenanya, kalu tak bankrap mama papa diorang nak kena belikan belon buih.. belon x buih… layang2..car power.. dan mcm2 lagi le.. apa depan mata semua nak..bukan satu.. dua serba satu lak tu, 1 utk abg 1 utk adik..  macam mama papa diorang ni cop duitkan..ish!!! Jentoi pun sempat la beli lala.. dan waktu tu sy cuma boley la..la..la... wat tak nampak...sambil jeling2 anak tengok jentoi datang bawak sebeban Lala sambil tersengeh2. (bila kudut nak masak pun tak tau le tu..)
Lauk santapan kami
Dalam jam 6 lebih tibalah waktu yang ditunggu-tunggu.. makan time!!!! Singgah kat kedai makanan laut favourite kitorang kat sini.. Nyum! nyum! Memang ramai le yang wat gathering dan makan2 kat sini..dari jauh dah nampak orang beratur panjang duk pilih ikan sotong ketam dan udang.. yang bawak family satu rombongan pun ader. Makanan dia lagi best dari Muara sana tapi jauh lebih murah.. hari ni kitorang makan ikan pari bakar, udang masak mentega, sotong goreng cili, sayur kalian goreng dan tomyam semua sekali RM42 jer.. berbaloi-baloi (saya mesti pilih!hehehe) dah le banyak, rasa cam dah tak larat nak bangun time tu… (nak tido situ terus boley?)

Majuk la pulak abg adam..
Masa kitorang datang first time dulu kecik je gerai dia… skang dah besar giler… tapi harga dan quality tetap samer.. murah dan fresh... so saper2 yang gi pantai remis jangan lepaskan peluang merasa makanan dan suasana romantic kat sini, tak sia2… puas hati.. tak tau jalan boleh call owner restoran ni.. 017 3163117
Erm, 11hb dah puasa... penat le nak fikir juadah berbuka dan sahurkan? Kepada semua.. selamat menunaikan ibadah puasa.....:)





Papa & adam

Adam Mikhaeyl

Aqiel Rafaeyl

Thursday, August 5, 2010

:: Kenny Roger’s Roaster @ Amcorp Mall PJ::

Hari ni seperti yang digembar gemburkan.. shipping group sekali lagi berjaya mengadakan xtvt makan2.. dan mcm biasa la sy dengan muka sardine turut serta .. kiranya sy sorang jela budak PPG yang join kali ni sbb hari ni puan keyrol kita cuti…. Dlm jam 6 ptg sekali lagi binatang berwarna putih bertayar 4 milik wanie menjadi tunggangan kami (sy, amy, kak rozie… dan semestinya wanie –kalu tak saper nak tunggang?) untuk ke AMCORP MALL PJ.. meredah jalan yang separa sesak… Nasib baik kali ni kitorang dpt mencanai otak mencari lokasi tanpa sebarang kesulitan..
Sampai kat Kenny Rodger’s hanya kami yang belum tiba… keh keh keh.. sorry friend.. dan selain dari kami satu group (sy,amy,kak rozie, wani, mr.lok, paat, Kamarul, kak any & Rachel) ada 1 lagi group SATO yang diketuai oleh Obara-san bersama warga2 wanita handlabeler.. ehem ehem.. !!! tapi itu semua kami tepis ke tepi.. yang penting perut kami harus diisi (amy… ingat pesan kak diey cara2 mencover perut berbunyi..keh keh keh). Masing2 order makanan kegemaran masing2.. tapi semua nak drumstick.. habis bahagian lain saper nak makan? ngeh..ngeh.. ngeh.. Time tu rasanya group kitorang je yg riuh rendah.. x habis gelak.. memang best bab2 menyakat neh.. mr. lok pun sure pening tngk perangai kami yg x‘semanggah’ ni.. apa2 pun Mr. Lok mmg spotting gilos ler..


Budak ni le curik muffin tu..keh!keh!
OK.. menu pertama yg sampai ialah Kenny’s Home-made Muffin kali ni kitorang cuma order Golden Vanilla Muffin and Chocolate Raisin Muffin sbb Banana Raisin tu mcm tak menarik jer.. org pertama yang mencekik muffin ni tu.. tu.. kat tepi tu ha.. amy (bukan nama sebenar). Seb baek sempat snap gambar..kalu tak sy akan pastikan dia order baru lagi 1 pcs untuk cukupkan 1/2 dozen..jangan main2... Ms. wanie kiter yang duk sebelah sy ni dah ngomel2 manja 'tercekik' muffin sbb air tak sampai lagi.. tu le terus telan tak kunyah dulu…berapa kali dah pesan jangan gelojoh..baca bismillah tapi degil..cian dia… tapi time amik gambar still leh cover cun..   ngeh! ngeh~
sandwich
Yang tengah tu sy yg punyer!!
Nasib baik tak lama pas tu air yang kitorang order sampai… kalu tak kesian adik comey kita tu kan? Best.. ada Caramel Chocolate Iced Blends, Cappuccino Iced Blends, Season Iced Lemon Tea dll. Hehehe.. sorry to rachel sbb whipped cream Hot Caramel Milk dia tak seperti yang digambarkan.. x tinggi mcm kitorang punyer.. kih!kih!kih!... Cuba tengok gambar sebelah ni ha.. dari kiri Rachel punyer, amy punyer,sy punyer, mr lok punyer dan last wani punyer.. mana yang paling best?
Country style soup
Sebelum main dish sampai… Country-style Soup ngan Classic Chicken Sandwich (3 pieces) dulu yang mengambil tempat…..Nampak cam menarik, tapi soup tu tak habis.. (ni yang marah ni.. saper yang order tu? knp x habis? babab karang..). ye ler lagi pun dorg letak 1 plate besar.. nak kena kongsi2.. patut letak le dlm bowl kecik2 kan? baru senang nak di jamah mcm kat pizza tu...mesti malas basuh pinggan neh...
Akhirnya tiba la masa yang ditunggu2.. ayam sula latang…Quarter Kenny’s Chicken Meal … sy_wani_paat_kak rozie memilih Black Pepper, Rachel_kak ani_ mr lok pulak pilih original, amy_kamarul suka Smoked BBQ (macam janji2 ler pulak.. dah le pakai baju samer.. selera pun samer...), tapi tak aci.. amy dapat 4 side order sbb dorang silap letak mashed potato utk amy.. kih kih kih..Wa.. bau dia buat kitorg tak sabar2 nak merasa.. tp gambar wajib dirakam dulu.. best! best! licin tinggal tulang semuanyer.. tulang mr lok paling 5S. Dalam masa yang sama Fruit Jelly Delight kak anie sampai.. nyum..nyum… Tapi dlm gambar chocolate stick tu dia letak dua.. kenapa bila sampai ader 1 jer… ? tak aci…. (mesti waiter tu amik... statement dengki).
Kak ani punyer... jeles!!
Yang best nyer… hari ni kitorang langkah kanan, dapat makan free… obara-san payung semua…yahoo…!! thank you so much… maksud nyer mr lok & paat kena belanja kitorang kat tempat lain la pulak.. (dah niat nak belanjakan? tak boleh cancel…tu kira utang..x aci… ) Kalu nak kami suggestkan tempat kitorang on jer..Nando’s ? chilli's? Pizza? ok la.. ok la.. Ole ole Bali kat Sunway Pyramid je la...hehehe.. jadik?

HaPpY FaMily... heheheh...
After makan2 tu ada yang plan nak main bowling pulak, tp semua dah kekenyangan rasa mcm ular sawa.. lagi pun kat Amcorp Mall ni x der bowling nak kena redah jem ke sunway pyramid lak.. alahai! May be next time la...lain kali kena arrange makan2 kat tempat yang ada bowling so boleh proceed terus.. last kitorang jalan2 area2 situ .. mr lok dpt 2 biji buku.. satu harga RM99 satu harga RM9.90.. keh keh keh.. then bersurai.. thanks to all.. best lepaking ngan korang.. ENJOY!!!!

No comment!
Rachel & kak ani
Last snap... before balik!!!

Nice ha!!!

Tuesday, August 3, 2010

:: 03 August 2010.... Aku Masih Di Sini..::

Skima jap… sy ingin memulakan patah2 perkataan di dada blog ini utk mengucapkan timakasih banyak2 kat my dear friend Yati utk lovely brooch yang dia kim melalui kekasih gelap dia mr.pie (walau pun ko gelap ko tetap bos paling best yang kitowg ader keh keh keh) Comey sangat brooch tu. nak letak kat tudung sy tak bertudung.. nak letak kat uniform.. tp nanti org ingat sy ni otak kurang alignment lak karang.. keh keh keh.. actually dah dpt semalam tapi hari ni baru nak post kat cni…

"If you don't like something, change it. If you can't change it, change your attitude. Don't complain."

Ni adalah inspiration word yg sy kena baca depan MD, GM, AGM dan semua exec. kat company tempat sy keje ni… menci menci menci tau x???? tasuke takuke … tiap kali kena present mesti segala penyakit datang.. sakit perut la.. pening kepala la…loya2 la..x selera makan la.. ye la kengkadang time present berbelas2 slide tu rasa mcm owg boodo je… actually sy takut owg boring tengok sy yg kurus kering mcm bini popeye neh berdiri kat depan wat presentation.. (diorang x tau sebenarnya sy lagi boring ngadap muka dorg especially jepun-jepun yg x ada sebarang riaksi wajah tuh) dan keputusannya mood ala2 ‘datang bulan’ ni akan menyebabkan hubby tersayang dan anak2 sy yg comey2 tuh tak berani dekat sbb dowg tau.. silap sket.. rimau bersiung ni akan terkam diowg.. keh keh keh… 

  • Benci sbb kena present pagi2 buta…
  • Happy sbb hubby datang amik utk lunch date walaupun last minute request..keh keh keh
  • Borink sbb asyik mengadap kerja yg samer jew…
  • Tak selesa sbb sy terlupa pakai deodorant.. eeeiii…tasuke..
  • Pening sbb panas sangat kat cuaca luar nun..
  • Rindu bila tengok gambar family kat kg..
  • Geram tengok muka aqiel time hantar umah dia kat pengasuh.. comey sangat.

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...