| Jejak Si Pari-Pari |

Tuesday, June 25, 2013

Makan.... makan... makan..

Hari ni kali ke 2 kudut buat check up kat hospital Sungai Buloh... boleh tahan jugak la nak kena melepak kat sini.. jam 8.30pg dah sampai.. amik no giliran utk amik no kat bahagian ibu2 mengandung neh... tunggu kama sangat jentoi ajak breakfast dulu.. dah le x der line tenetkat dlm bangunan.. masing2 mati kutu... lepak minum sat kat kedai bakery ... pekena soya bean ngn roti hotdog with cheese... dap..dap...
Dah siap mkn, jentoi suh kudut masuk dulu.. dia tolong tunggu no giliran kat depan... wokey.. kecik tapak tangan klia kudut tadahkan... ahaks... x lama lepas tu dia masuk minta bawak no ... 2047... pergh!!! Mcm biasa start with urine test... amik tekanan darah & berat... tunggu lagi.. kul 10.10 pg amikdarah.. nurse tu ckp after amik darah leh gi breakfast... paling lewat 1 jam dtg balk utk result... alahai.. bukan breakfast lg dah.. nak masuk lunch da... makan meehon je kat hospi cafe... ngn nescafe panas.. pergh!! Lega dpt nescafe...
after 45 minit dlm kul 10.45 masuk menuggu lagi... dr 45 minit dah jd sejam lebey.. hampir kul 1 baru dapat result... scan.. dan blh balik... next appointment kalu sempat 7hb mei... wee... mcm x sempat jer.... tp kali ni satu benda je yg kudut nak tegur ngn perangai sesetengah bapa2 yg temankan ibu mengandung masing2 neh.. x tau dorang buta atau hati dorang buta... tp x semua la... dah tau kusi menunggu x cukup... dorang blh melepak duduk walau depan mata berdiri beberapa ibu mengandung yg tunggu giliran... x ada sivik langsung.. tau la perut korang sama besar ngan perut ibu mengandung tp agak2 la...

Monday, June 24, 2013

....12 years with my Mr. X

Pejam celik pejam celik rupanya dah 12 tahun Kudut dan Jentoi menyulam cinta.. chewah...ayat jiwang gitu. Tak sangka, tapi cukup bersyukur dapat mengharungi segala onak duri mengukuhkan ikatan kami dari bergelar 'orang asing' kepada kawan... kepada kekasih... kepada tunangan dan akhirnya kepada gelaran suami isteri. Terima kasih Allah kerana panjangkan jodoh kami dan sentiasa berdoa akan terus bersama hingga hujung nyawa. 
Cukup appreciate bila Jentoi sanggup redah LPT balik jumpa kudut lagi walaupun cuma untuk sehari semata2 untuk pastikan dia berada disamping kudut pada tarikh istimewa ni walaupun baru minggu lepas dia balik jumpa kami... walau pun Terengganu - Shah Alam tu tak ler jauh mana sekarang, tapi kudut cukup terharu dengan apa yang Jentoi buat... love u so much my Mr. Teddy Bear.
Tak sangka pertemuan yang bermula di traffic light belakang UiTM Shah Alam waktu kudut beronggeng ngan teman serumah Kudut time belajar dulu boleh bertahan kehari ini dan dikurniakan 3 cahaya mata yang menjadi penghibur kami. Why kudut letak Mr. X kat title posting neh? tu nama timangan untuk jentoi bila kudut dan best friend kudut berborak pasal jentoi depan kawan-kawan dia. Rahsia sangat la konon. Kenangan tu cukup indah... dan kudut cukup bersyukur lantaran Allah kurniakan Jentoi dalam hidup Kudut... menjadi pelindung dan tempat Kudut menumpang kasih. Dia cinta pertama dan moga dia jua cinta terakhir buat Kudut.

Untuk papa....
Terima kasih kerana hadir melengkapkan hidup mama 
Terima kasih kerana sentiasa cuba memberi yang terbaik 
dan membuat mama sentiasa rasa disayangi
Terima kasih kerana cukup sabar melayani kerenah mama
 yang kadang-kadang agak keterlaluan 
Mama sayang papa ketat-ketat... dari hati mama.... 



Sunday, June 23, 2013

Malam Nisfu Sya'ban 2013 + fenomena 'supermoon'



"Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA'BAN."

Malam Nisfu Syaaban tahun 2013 jatuh pada 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib

fenomena 'supermoon' juga akan turut berlaku pada waktu yang sama.
'Supermoon' adalah keadaan apabila bulan berada lebih hampir kepada Bumi dalam orbit daripada kebiasaan, dan kesan ini adalah yang paling ketara apabila ia berlaku pada masa yang sama dengan waktu bulan penuh. Jadi, bulan mungkin kelihatan lebih besar walaupun perbezaan dalam jarak dari Bumi adalah hanya beberapa peratus pada masa-masa itu. 

.......*.......


Cepat benar rasanya masa berlalu sekarang ni. Pejam celik pejam celik kita bakal ketemu lagi dengan Malam Pengampunan yakni Malam Nisfu Sya'ban. Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Sya'ban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Seperti yang kita tahu, banyak kelebihan yang terkandung dalam bulan Sya'ban. Jadi malam ni, sebaik sahaja masuk waktu Maghrib buku amalan kita akan bertukar baru. Jadi mulakanlah buku amalan yang baru ini dengan peruntukan amal yang lebih berbanding buku amalan lama kita In Shaa Allah. 

1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013
15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)


Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib


Antara Amalan Pada Nisfu Syaaban

1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
    - Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.
    - Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.
    - Niat terakhir memohon ditetapkan iman.
2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya. (*** juga disunnahkan untuk berpuasa pada siang hari 15 Sya'ban.)



Dengan itu, Kudut ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan andai pernah mencuit rasa kurang senang atau menyakiti kalian semua, sama ada secara sedar atau sebaliknya. Sesungguhnya manusia pasti tidak mampu lari dari melakukan kesilapan. Bersamalah kita memperbaiki amalan kita untuk bekalan di Sana kelak.



Saturday, June 22, 2013

Kisah Instagram .... dan videonya

Facebook introduces video on Instagram? wow.. Baru nak berjinak-jinak dengan Keek untuk bab-bab share video neh, dapat citer best ni pulakkan? so skng kita bukan takat boleh share gambar yang cantik-cantik dan super duper kat Instagram malah video jugak... terbaeeekkk...Kalau sebelum ni.. bila kita nak share video kat internet.. nak kasik kengkawan ke sedara mara ke tengok sure kita share kat YouTube, termasuk la kudut sendiri. Pas tu keluar Keek pulak... Kudut baru je post satu video kat Keek, tup tup hari ni dah Instagram lak leh share video. Cepat benar dorang neh upgrade diri masing-masing, cuma kudut je terkial-kial nak mengejar.
Bercakap pasal kelebihan, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Macam manusia jugakkan. Kalu YouTube, kita boleh upload seberapa panjang video yang kita nak. Keek pulak tak boleh nak edit-edit bagai, apa yang kita rakam itu la yang kita kena share dan hanya boleh share video yang mempunyai jangkamasa 30 saat kebawah jer. Instagram punya boleh upload video dengan jangkamasa satu minit setengah dan mempunyai 13 video filters nak kasik video kita nampak cam pro gitue... dan lagi best ader disediakan 'Cinema Mode' nak bagi video yang kita amik tu tak shaking. Tapi yang tak bestnyer... hanya untuk pengguna IPhone jer... diulangi... IPHONE ONLY... takat ni la ... huhuhuh ... kudut tak der iphone.. sedeh tahap dewa...sebab la Kudut tak dapat nak view Nora Danish nyer first Insta-video tadi.. frust... frust...
Jentoi!!! Kudut nak tukar ke Iphone skang jugak...!!!!. 

Wednesday, June 19, 2013

Suamiku Encik Perfect 10!.... Dia Hero Hatiku...cinta kau dan aku..

Dicintai lebih penting dari menyintai... menyintai tidak semestinya memiliki -dia hero hatiku






Rasanya dah lama kudut tak baca novel.. last maybe masa form 5 dulu. Tapi semenjak dua menjak ni, memandangkan hidup wanita berpantang ni amat la membosankan, terjebak jugak kudut dngn novel2 yang dikumpul dek anak sedara kudut yang macho sorang tu... jangan ingat lelaki tak baca novel.. hahahha.. sure nak belajar jadi romantik kut? 
so selama 1 bulan setengah kudut menghabiskan sisa2 waktu berpantang ni selain dengan activiti makan dan tido... 3 buah novel telah selamat dikhatamkan dengan kesungguhan tahap dewa. Dengan penuh beremosi dan penuh penghayatan. Tiga2 novel ni memang best. Paling best Suamiku Encik Perfect 10!... Walaupun jalan cerita hampir sama bab sorang wanita cantik jadi rebutan ramai lelaki ... tapi masih ada keistimewaan sendiri.
Layan novel neh sebenarnya secara tak langsung bawa kita sekali jadi salah satu watak dalam cerita tu. Hihihih... mesti la watak heroin.. tapi kalu cerita Suamiku Encik Perfect 10! ni di filem kan atau dibuat telenovela... dan kudut diberi peluang untuk memilih pelakon... watak heroin Aleeya Azmeen tu sesuai untuk lisa atau Erin Malek. Watak Zarief Danial kasik kat fisol omar, hairul azreen atau aaron aziz dan watak  Syed Muzaffar kasik kat Fahrin Ahmad... ok tak ok tak? hahahhaa... 
So dalam tempoh pembacaan tu, memang family kudut tak hairan le kalu tengok kudut nyer muka kengkadang kelat kengkadang tersengeh sorang-sorang. So.. masih ada 2 minggu untuk habiskan cuti.. nak kena korek lagi novel best2 dari anak saudara kudut yang prihatin tentang kebosanan suna dia neh... 
So apa lagi.. jom kita semaikan minat membaca dalam diri mulai sekarang... kah kah kah.... 3 novel kat atas kudut recommend pada saper2 yang belum baca dan teringin nak cari novel yang best... berbaloi baloi.... tata 

Saturday, June 15, 2013

Akhirnya.... tamat tempoh berkurung...

Yey!!! Akhirnya hari ni tamat sudah tempoh berpantang... walau pun dalam tempoh tu bukan 100% berpantang pun...hihihi.
Hari ni pun my teddy bear balik.... so apa lagi meronda la ngan pendekar2 kundur. Sempat beli susu formula untuk baby ryyan... enfalac A+. Maklum la... nanti nak masuk kerja nak kena ajar dari skng.. x dapat la Kudut nak kasik 100% susu ibu untuk ryyan... hopefully enfalac ni sesuai untuk ryyan mcm abg2 dia jugak.
Ok... lagi 2 minggu untuk pulak ke shah alam... huhuhu...

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...