Apa bila kita dah cuba melakukan yg terbaik tapi masih bermasalah bagi pihak lain… kita akan rasa kecewa.
Apa bila kita cuba melakukan sesuatu dengan cara kita agar tiada masalah yg akan timbul pada masa akan datang,tp masih dikritik dan dipersoalkan ..kita akan kecewa…
Apabila kita dilayan seperti tong kosong yang tiada guna..terasa diri kita kecil dan dipergunakan.. kita akan kecewa…
Mungkin aku sudah lama di sini.. tp tidak bermakna aku tahu segala nyer..
mungkin aku menerima tiap beban yg diberi.. dicampak sesuka hati... hanya mampu merengus sendiri.. tersenyum plastik menutup kemarahan hati..namun kau tahukah aku lakukan untuk menyenangkan semua orang... tp itu bukan bermakna aku bersedia untuk dikritik dan dipersoalkan sewenang2..
jika kamu rasa aku tidak sesuai untuk berada disini memikul tanggungjawab ini.. aku benar2 mengharap.. pilih yang lain dan ketepikan aku..aku tak akan persoalkan kerana aku tahu aku tidak layak..
tapi andai kata aku yg tidak berkedudukan dan tidak sepengaruhmu ini kau harapkan bertindak sebagai mana cara kau… kau mmg silap.. kedudukan aku ada batas…suara aku takkan didengar… malah mungkin aku tidak layak mendongak wajah sekali pun di sini…
tapi aku masih ada maruah.. aku berdiam tapi ada tahapnya.. andai kau anggap aku tong sampah yang menerima segala sarap.. tolong la ingat.. aku juga boleh tumbang dan melempar kembali sampah itu ke wajah mu… kau ingat itu!!!
4 comments:
ouuhh. saba yeeekk kak. Allah tu sentiasa ada untuk kita. ;)
kih kih kih...gimik je tu ...
kalau betul betul nanti kita kena banyak sabar..ujian datang tak kira masa dan tempat.
bersedia dengan hati yang luas...
jgn lupa pada yang SATU
si para para.. terima kasih atas nasihat itu.. :)
Post a Comment