| Jejak Si Pari-Pari |

Monday, February 13, 2012

Say No to Valentine's day!!!!!!!!!!!!

Sebut je hari Valentine mesti terbayang bunga ros, coklat, candle light dinner… untuk yang bukan Islam maybe tak ada apa2 halangan, tapi untuk rakan2 muslimin dan muslimat sekalian memang dilarang sekeras2 nya untuk menyambut hari memperingati ‘kekasih’ ni.. kita boleh ingat kat kekasih kita kat ibu bapa, rakan2 dan family bila2 masa pun tak perlu tunggu 14 February tiap2 tahun… memang diakui ramai yang sanggup berhabis duit beli bunga yang kalu hari biasa sehengget je sekuntum.. tp bila sampai valentine boleh naik harga tanpa kawalan sampai berpuluh2 ringgit sekuntum. Apa kejadah perabis duit beli bunga..baik gi makan Pizza.. hahahah.. Psssttt!!! Pizza tengah wat promosi ni… potongan harga tiap2 hari… hihihih….
Menjelang Valentine’s day pun penuh le hotel2 dimalaysia ni .. dari rumah tumpangan ah seng sampai le ke hotel 5 bintang.. tengok budget….fully booked.  Dan bersusah payah le JAIS dan badan2 agama yang sewaktu dengannya bersengkang mata wat operasi… banyak le jugak kete2 rosak di sepanjang pantai dan kawasan parking yang gelap2… dua tiga bulan dari hari ni.. berpesta la klinik2 haram yang amik duit bawah kaunter dapat imbuhan menggerudi janin dalam rahim… tu utk yang berduit.. boleh bayar beribu2 utk hilang malu.. yang tak berduit?.. terpaksa la telan ubat dari farmasi berguni2.. apa nak jadi2 la janji symbol cinta valentine dalam perut boleh keluar.... tp kengkadang tak jalan jugak.. Allah tu maha kuasa… ubat sehebat mana pun kalu Allah tak izinkan takkan bagi aper2 kesan… so terjadi la… 9 bulan 10 hari nanti baru Nampak hasil… ramai le bayi tak berbapa dilahirkan.. kalu idup tak per.. yang jumpa kembung dalam kolam.. yang berulat dalam tong sampah.. yang pecah kepala kena campak… yang rentung kena bakar…?
Jadi dah le kesan dari hari Valentine ni banyak yang buruk dari yang elok… dapat dosa lagi….Jadi tak payah le nak jadi romantic sangat ..nak terikut2 sangat budaya barat… tak rugi pun buat tak tau je bila sampai tarikh ni… lagi elok kalu langsung tak ingat….

Ok la… sebagai ilmu tambahan… sila la baca asal usul hari valentine ni… moga ada mafaat… moga ada perubahan… walau pun tak banyak.. tp boleh jadi langkah pertama kearah kebaikan. Lagi pun Hari Valentine neh berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Tak  ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah HARAM. ..diulangi… HARAM!!!!

‘Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.’

 Tapi ader awek2 yang bila sampai hari valentine pak we tak nak sambut.. tak bagi bunga.. merajuk bibir boleh ikat.. tah aper2…setakat nakkan bunga sampai boleh ajak pakwe wat perkara haram.. huhuhu. Ekceli ader 3 pendapat mengenai asal usul hari valentine neh… dan ketiga2 nya mmg pasti tiada kaitan dengan agama suci kita ISLAM.


Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah lalu disapukan darah binatang tersebut ke badan mereka dan mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. 
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan lace iaitu St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk lace a.k.a surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ::From your Valentine:: (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. 
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di lace a.k.a medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.


Jadi kudut tak nak cakap banyak.. korang fikir la sendiri… terutama utk gadis2 di luar sana.. tak payah le nak korban diri demi cinta dan jadikan hari valentine ni tarikh istimewa untuk diingati sampai bila2…tak der paedah!!!. (cakap elok2 susah budak2 skng nak paham…)


No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...