| Jejak Si Pari-Pari |

Monday, February 22, 2010

:: Tentang Aku ... Hari ini ::

Bercakap pasal cinta.. sayang dan perkahwinan, sy bukan tau sangat sebab sy pun baru 3 tahun kawin, tp ari ni bila setan sebelah sy ni duk tanya, betul ke keputusan dia nak tamatkan zaman bujang dia tu.. (lagi 2 minggu) sy rasa nak tergelak sbb nasib perkahwinan sesorang tu berlainan. Jadi bila dia tanya pasal perkahwinan, pengalaman sy mungkin jauh dari apa yg akan dia hadapi nanti. Ada yang bahagia dan tak kurang jugak yg bercerai berai. Tapi masuk tahun ni, sy rasa tanpa tolak ansur, tanpa pengorbanan, tanpa kesabaran dan tanpa kejujuran dan kesetiaan... bila2 masa je rumah tangga tu boleh hancur... bukan saja dari segi 'org ke3' tapi jgk dari segi kewangan. 'orang ke 3' tu pulak tak semestinya wanita atau lelaki lain.. tapi juga anak2 sendiri. Erm.. hari ni tak der idea nak tulis pepanjang.. nanti2 ada masa kita kongsi2kan yer...


  • Hari ni sy rasa rajin sebab tu sy bancuh nescafe sendiri untuk bawak gi keje.. biasa beli je kat cafe.

    Hari ni sy rasa marah sebab nescafe yang sy bawak tumpah atas baju kurung sy waktu hubby sy corner maut... tapi try control dan berlagak cool... alhamdulillah berjaya.

    Hari ni sy rasa geram sebab bila sy boleh control bila mandi dengan air nescafe tapi hubby sy pulak bising2... katanya sebelum sy bising2 kat dia baik dia yang bising2 dulu.. hehehe. Ada ke macam tu?

    Hari ni sy rasa lapar sebab tak sempat nak breakfast.... kalu family tau mesti diorg sedih sbb diorang taw sy banyak makan.. hahha

    Hari ni sy rasa ok! sebab bila tanya kengkawan ‘ada bau apa2 tak?’ dan diorang cakap ada bau kentut.. heheh ! thats mean tak ada bau nescafe yg tumpah atas baju sy..

    Hari ni sy rasa happy sbb sy dah dapat 1 bracelet ngan 1 lagi quantum scalar pandent.. so bracelet tu boleh bagi my hubby pakai.. cantik!!!

    Hari ni sy rasa senang bila my sis telefon tanya khabar dan borak2...hari ni birthday anak bujang my sis.. ”happy birthday to aneeq”

    Hari ni sy rasa tak sabar nak tunggu cuti sbb nak balik kg.. huhhuh lambatnyer nak cuti..

No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...