| Jejak Si Pari-Pari |

Tuesday, May 25, 2010

:: Borneo Rainforest Sunway ::

Me, Wanie, EG, KEyroL
Untuk bulan ni kitorang plan nak gi makan kat Cowboy Station Kelana Jaya.. Punya la Toh Puan Sri Wani kiter membawa 3 penumpang iaitu Datin K, Datin amy dan Datin Sri Diey ke Kelana Jaya dengan dijejaki oleh Che EG ngan Cik Rika meredah hujan (nasib baik tak kemik kete Toh Puan Sri Wani ditimpa dahan) heheh.. Dalam masa yang sama Che EG kite boleh sesat, terlebih speed sampai tak perasan kitorang benti isi minyak kat Shell. Datin K lak asyik bergetar jiwa teringatkan “DE” yang curang didepan mata.. Hehehe tapi dalam duk jiwa kacau tu sempat lagi Datin K lelap mata jap dalam kete (aku berani kerat jari ko tak ngaku datin K..hahha) Sampai kat Kelana Jaya.. Adus!!! Cowboy punya kuda dah lari la pulak..terlepas. Tak ada rezeki kitorang nak makan kat situ, kedai tutup. Dalam sesingkat 10 minit kitorang wat keputusan untuk cari tempat lain.. Dan di suggested oleh Toh Puan Sri Wani untuk ke Borneo Rainforest milik Datin Tiara. Sebenarnya dah lama dah dlm senarai… dan malam ni terlaksanalah sudah.
Me and my lurve Jentoi & Adam...
Penilaian? Suasana memang best la.. Untuk hangout with kengkawan.. Tak pun nak romantic2 skit ngan couple...Tapi tahap service tu agak kurang skit. Order pun lambat sampai, pesan lain dapat lain, maklum ler waiter dia speak English pun mcm Bangladesh nyer bahasa.. Tapi dapat 1 pujian dari Ms. Rika…... toilet dia cantik..hehehe. That’s why kitorang tak bagi Datin K gi restroom kut dia amik gambar kat saner masuk FB..hahah. Datin Amy lak sempat menapak ke JJ beli donut utk Datin Sri Yati yang tak dapat join tu.. Menunjukkan betapa lambatnyer order sampai… Hehehe. Malam ni secara pukul ratanya dalam RM20~RM30 sorang la kitorang perabih... Selain tu kat sini pun ada live band tapi kitorang duk kat open air nyer kawasan.. Menikmati air pancut yang nyaman.. Echechheeehh…
Apa-apa pun kuar reramai ni memang best.. Release skit tension. Gelak2 usik2 gosip2 tak ingat dunia. Lepas ni untuk bulan depan akan ada agenda baru.. Tapi tetap dalam ketegori makan-makan. Skng pun kitorang makin merajinkan diri cari tempat makan baru.. Erm… kat mana yer? Menara Tinjau Ampang, Padi-padi, Bubba Gum? Apa? Che EG nak pegi Ministry Of Sound (MOS).. Biar betul… heheheh.
With Amy
So kali ni di attachedkan sekali gambar2 yang ada dlm simpanan aku untuk tatapan korang2 semua (sorry tak berapa clear maklum le guna fone jer...).. Lepas ni kalu ada member2 lain yang berminat untuk turut serta boleh ler join sekali…kita ramaikan lagi ahli jalan lepak cari pasal kiter neh..  amat di alu-alukan yer.. Jumpa bulan depan yer di destinasi santap yang lain pulak....

No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...