Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
PELANGI PETANG : SUDIRMAN
Pagi ini 22hb Ogos 2010… kagum benar sy dengan kekuasaan Allah S.W.T dan keindahan alam yang diciptakannya.. sy tidak pasti fungsi sebenar lahirnya sang pelangi kepada alam.. namun untuk sy.. ia mendamaikan…menenangkan… seawal jam 8.44 pg bertafakur sejenak sy di balcony rumah ditingkat 5 menikmati tiap detik sang pelangi menyerlahkan diri di dada langit..membiarkan angina pagi yang agak dingin berbanding pagi2 sebelumnya menyapa pipi.. tapi sayang bukan kerana kita tidak pernah bisa mendekati pelangi.. adat manusia tidak pernah puas sekadar memandang perkara-perkara secantik ini.. erm.. dalam bulan Ramadhan ini sudah beberapa kali sang pelangi menonjolkan diri namun tidak sepenuh ini pada pandangan mata sy…mungkin itu yang membuatkan sy teruja untuk menunggu proses penuh dan mengabadikan warna2 indah itu..
Dulu pernah sy mendengar satu mitos berkaitan pelangi.. andai kita melihat sang pelangi bersama-sama pasangan kita.. hubungan pasti berkekalan dan tidak seperti sang pelangi yang hanya hadir buat seketika.. 9 tahun dahulu sy pernah khabarkan perkara ini kepada pasangan sy saat kami menatap sang pelangi bersama-sama.. dan Alhamdulillah hingga kini kami masih bersama… benar atau sekadar kebetulan.. sy tetap bersyukur pada Allah…Pelangi biasanya hadir tika hujan gerimis.. seperti ingin mengajar kita.. dalam kepahitan.. pasti wujud keindahan..
‘adam… cuba tengok tu pelangi…’
‘mana? mana?’ ujar adam sambil memandang kehadapan tanpa hala tuju..
‘saner.. diatas.. dilangit…’ kataku sambil menundingkan jari telunjukku ke arah pelangi… terbukti bukan? mitos “jangan tundingkan jari ke pelangi nanti jari akan hilang” itu tidak benar..…heehhe.. Mata adam berlari mengikut arah jari telunjukku..
‘Oooo..’ panjang bunyinya..
‘cantik tak?’ sambung ku
‘antik.. antik’ aku tergelak mendengar pelat nya.
‘itu pelangi…’
‘aaa..nggiii…’ ajuknya.. janji dia paham.. mungkin ini pertama kali dalam hidupnya menatap pelangi… dan sy mahu berkongsi kacantikan itu bersamanya…
No comments:
Post a Comment