Apa ada pada 5 May? mungkin tiada apa yg menarik tp tarikh ini tarikh istimewa bagi kudut sbb tarikh ini merupakan tarikh kelahiran ibunda kudut yg amat-amat kudut sayang...Pn. Tuan Mazulaini Tuan Syed. Insan yang tak pernah kering dengan kasih sayang... sejak kudut dalam kandungan sampai sekarang dah anak dua, mak masih layan kudut mcm anak kecil... kudut percaya tak semua orang bertuah macam kudut dapat mak dan family mcm yang kudut punya sekarang... benar2 bertuah... untuk mak....
"mak..selamat hari lahir yang ke 62...aper layak nya angka itu sedangkan mak sentiasa muda di hati ana..maaf kerana tak mampu utk peluk cium mak dihari lahir mak. Maaf kerana tak mampu bagi hadiah beharga di hari lahir mak dan maaf atas segala apa yg ana lakukan yg mungkin tanpa sengaja telah mengguris hati mak.. terima kasih kerana masih tak pernah jemu melayan kerenah anak mak ni yg mungkin boleh dikategorikan sebagai yang paling bermasalah dalam 3 beradik neh... kalu kakak yg lain tolong mak tambah simpanan mak.. ana pulak tolong perabiskan... kalu kakak2 yg lain keje gomen.. ana pulak dari dulu sampai la ni kat kilang neh.. hihih.. kalu kakak yg lain bagi duit kat mak bulan2 ana pula dapat duit dari mak bulan2.. terima kasih mak kerana tak pernah merungut tentang itu.. terima kasih mak kerana tak pernah jemu menitiskan airmata berkongsi rasa berkongsi duka dengan ana bila ana mengadu itu dan ini...terima kasih mak untuk segala nasihat dan segala semangat yang buat anak mak ini tenang bila di sapa masalah.. terima kasih kerana sering dahulukan ana dalam apa jua keadaan... dan terima kasih kerana percayakan ana dari dulu sampai sekarang. Tak mungkin ana mampu balas budi mak walau sebesar hama pun.. ana nak mak tahu ana sayang mak sangat2.. mak segala2 nya.. lebih berharga dari nyawa sendiri... perkara paling bahagia bila mampu buat mak ketawa... dapat buat mak bahagia. Ana sayang mak!"
No comments:
Post a Comment