| Jejak Si Pari-Pari |

Saturday, March 17, 2012

Rentetan Pembunuhan Kejam Adik Dirang

Walau pun pembunuh sebenar adik dirang masih belum dikenalpasti namun bukan bermakna tiada perkembangan lain yang berlaku. Penghantar SMS yang cuba mengambil kesempatan menuntut wang tebusan itu juga telah ditangkap di Machang yang mana penghantar SMS itu merupakan seorang bekas tentera berusia 45 tahun yang mempunyai rekod jenayah membabitkan kesalahan dadah dan pernah menjalani hukuman selama enam bulan di penjara Kajang. Bekas koperal yang berstatus duda dua anak itu ditahan sekitar jam 2.45 pagi di rumahnya di Kg. Alor Gajah Pulai Chondong Machang. 
“Hasil serbuan seorang pegawai dari Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan (IPK) dan seorang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang menemui tiga telefon bimbit di rumah suspek. Pemeriksaan yang dijalankan mendapati salah satu telefon bimbit itu digunakan untuk menghantar SMS kepada ibu Dirang pada 8 Mac lalu,” kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang mengesahkan penahanan tersebut

Manakala bapa kandung Dirang [Henry] rakyat Filipina yang dikenalpasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah akan diusir ke negara asal beliau Filipina. Sehubungan itu Henry akan dibebaskan untuk diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut.

No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...