Bila berbicara tentang jujur atau dengan kata lebih manis kejujuran.. ramai yg tersenyum sinis.. ada lagi ke manusia yg jujur pada zaman ni? tak kira la jujur dalam apa perkara pun..dengar mcm senang tp hakikatnya memang sukar bukan untuk berlaku jujur..? mungkin tak ada nama khas untuk manusia yang tak jujur ni… pernah korang dengar perkataan pentak jujur? try le cari.. sure tak jumpa kecuali dalam entry neh.. hhihih.. sbb kalu korang nak tau orang yang tak jujur ni ader nama glemer lain yang langsung tak berkaitan dgn perkataan J.U.J.U.R iaitu.. PENIPU!!! KAKI KENCING...hambek ko.. sure korang hangingkan kalu orang sound korang dengan nama2 tu?
Dalam dunia ni mcm2 jenis spicies tak jujur yang wujud. Ada sahabat yg tidak jujur dengan sahabat sendiri, ada suami tidak jujur dengan isteri...bukan suami jer, tak kurang juga isteri yg tidak jujur dengan suami.. Malah ada jugak manusia yg tidak jujur pada diri sendiri. Pernah dengar kisah sahabat merampas kekasih sahabat sendiri? pernah dengar kisah pekerja songlap duit bos? pernah dengar suami atau isteri curang bermain kayu tiga kat belakang pasangan.. dan pernah dengar rakan sekerja menikam rakan kerja lain dari belakang untuk kipas bos… kisah mcm tu dah jadi darah daging dalam intisari dunia.. dan semua pasti akan terkena tempiasnya.. sekurang2nya sekali seumur hidup…ngeh ngeh ngeh.. tapi apa pula komen anda andai anda aKudutik menjadi mangsa kepada ketidak jujuran rakan2 pasangan dan manusia disekeliling anda? mesti fed up kan? pasti kita tertanya2 apa lah agaknya silap kita hingga orang tu sanggup tikam kita dari belakang.. bak kata orang susu dibalas tuba.. madu di balas racun... acheeeh.. banyak le pulak perumpamaan dalam entry kali neh…
tahu kah kami apa risiko dan kesan kepada ketidak jujuran seseorang.. ? banyak kesan buruk dari baik nyer… contoh? erm.. orang akan hilang hormat pada kita..rumah tangga boleh hancur… boleh kena buang kerja… boleh hilang sahabat…boleh masuk penjara.. silap2 boleh jadi mangsa bunuh..huhuhu serammmm!! jangan main2 dengan manusia zaman sekarang.. apa pun boleh jadi. Parang jual lelong je sekarang.. aper lagi asid.. cuka getah..semua senang diperolehi.. hanya dihujung jari je, Hhihihi..so mau cuba ker? Nak rasa cam ner rasa kena tetak.. atau keperitan saat daging disiat2 asid? mmg seram tahap tenuk bila bayangkan.. minta jauh!
Mungkin bagi kita tak jujur skit2 tu biasa la.. tipu sunat.. tp bagi orang yg kena tipu atau yg terpedaya tu mungkin pemikiran dorang lain.. dendam mereka mungkin sukar padam.. silap2 org yg anda tak jujur padanya tu pembunuh atau ader masalah mental? masa tu sendirik mau ingat ler.. so jangan amalkan sangat sikap tak jujur neh.. sekali mungkin la orang boleh maafkan, tp kalau kerap kali dan tak pernah menghargai kemaafan yg orang berikan… ingat la lambat laung anda akan menyesal tak sudah. PERCAYA LA!!! di ulangi.. PERCAYA LA!!! wink!wink!!
Mulai sekarang belajar la untuk menjadi manusia yg lebih jujur, belajar bagaimana ingin menjadikan proses utk jujur tu lebih mudah.. bukan sahaja kepada manusia disekeliling kita but also learn how to being true to your deep self [mmg kronik le tu kalu pada diri sendiri pun nak menipu bagai]. Kudut percaya ia amat sukar and needs to be handled with intelligence and skill. Tapi kalu kita percaya kita boleh Insyaa Allah segalanya akan di permudahkan lagi2 perkara yg baik2 neh… dan rasanya tak susah pun untuk berlaku jujur seandainya kita tak melakukan apa-apa kesilapan atau kesalahan.. percaya tak kalu Kudut cakap kebanyakan orang yang tak jujur ni jadi mcm tu sbb dorang buat salah dan tak nak orang tau.. nak tutup lubang le pendek kata.. so dorang start mereka2 sesuatu ceritera agar kesilapan mereka tidak dapat di hidu.. bila sekali dorang tak jujur dan orang percaya.. mula la perangai menjadi2.. kejab2 nak menipu kejab2 nak kelentong.. kalu orang cop mat penip dorang marah..tapi manusia jenis tak jujur neh biasanya dia sendiri sukar nak percaya dengan orang lain sbb dier pasti selalu syak orang lain pun mcm dier gak jenis tak jujur.. masalahkan?
So sebelum masalah kian merebak berkudis buta bagai.. cuba kekang diri kita dari menipu dari berlaku tidak jujur pada insan lain.. tak ada kebaikan jangka masa panjang pun jadi manusia tak jujur neh.. hilang kepercayaan dan hilang rasa hormat kawan2 dan ahli keluarga ader ler.. so sempena tahun baru yang akan menjelma tak lama lagi.. berikhrar le untuk jujur pada keluarga, rakan2.. sesama manusia dan diri sendiri.. tak rugi pun der...
No comments:
Post a Comment