| Jejak Si Pari-Pari |

Saturday, December 10, 2011

.:Prince Charming Di Pandangan Si Hawa:.

Bukan lelaki je yang mengimpikan wanita idaman yang mempunyai ciri-ciri terbaik.. kami kaum hawa pun ader impian untuk berdampingan dengan prince charming  yang terbaik, yang boleh dibawa ke mana-mana, yang mampu bergaul dengan semua lapisan masyarakat. For sure kitorang tak nak kena kutuk bawak teman tak gheti nak hormat orang lain.. tak sensetip ngn persekitaran.. lagi2 kalu bawak teman yang diam macam tiang gol.. membatu tak tau aper nak borak… di listkan antara cirri-ciri prince charming yang didambakan wanita.. hihihih

Kemas
Bak kata orang tak hensem macam Fahrin Ahmad pun tak per, tak sweet mcm shah rukh khan pun boley terima, tak cute mcm Rain dalam full house tu pun still can consider.. janji tak le sakit sangat mata memandang. Bukan diperkatakan mengenai wajah tapi penampilan. Biar la Nampak kemas dan segak. Jangan sampai Nampak selekeh. Jeans ngn T-shirt pun kalu pandai digayakan sure Nampak menarik. Even korang mat repmpit tegar pun time kuar jumpa awek jangan le pakai jeans koyak rabak.. pakai T-shirt kena Clorox bagai.. tang muka tu berjinak2 le dengan barang penjagaan wajah kalu kulit muka kamu dikategorikan sebagai kulit bulan. Jangan pulak nanti tak ada orang nak dekat korang nak salahkan takdir sbb tak der jodoh.

Yakin
Nak jugak kena yakin dengan diri sendiri. Dari segi penampilan dan percakapan. Tak ada wanita yang sukakan lelaki yang tak pandai nak buat keputusan dan tak yakin dengan apa yang dia buat. Asyik-asyik mengikut je aper yang dicadangkan tanpa sebarang bantahan atau cadangan lain.. boring der.. biasanya bila lelaki ni bagi idea2 yang bagus dan penuh yakin.. kita sebagai wanita mesti rasa keyakinan kita bertambah bila berdampingan dengannya.

Beriman
Yang ni merupakan ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang prince charming. BIla keimanan tu ader semua yang lain akan automatic and naturally jadi elok.Keimanan tu yang menjadi kubu pada jiwa insan dari melakukan sesuatu yang dilarangNya. Sifat kepimpinan pun tanpa sedar akan wujud dalam diri seseorang lelaki tu dan sebagai wanita pasti rasa lebih yakin untuk mendampingi. Pasti sebagai wanita tak nak time jumpa mak bapak nanti ayah suh bf jadi imam ker.. tanyer aper2 pasal agama ker.. lelaki yang dianggap prince charming tu mati kutu dan tersengeh2 mcm kerang jer.. lagi pun takkan nak lelaki yang tak amalkan agama dengan baik jadi bapa pada anak2 nanti.. ?                                            

Bijak
Bijak kat sini bukan bijak menipu yer.. kalu kaki belit, bijak lepaskan diri tu semua mmg awal2 kaum hawa akan tolak.. bijak kat sini merupakan bijak akal dan bijak bawak diri. Jadila lelaki yang berilmu.. tahu perkembangan semasa.. tahu ilmu agama..ia satu bonus untuk memikat hati wanita dan insan disekeliling mereka. Dorang mesti bangga kalu kengkawan dorang puji yang bf dorang ni mmg pandai dan up-to-date. Boleh bawak diri dalam aper jenis keadaan dan boleh borak ngn saper2 pun dari kanak2 sampai ke pangkat datuk..

Budi Pekerti
Jangan jadi kurang ajar.. jangan pandang insan lain sebelah mata walaupun kamu lagi bagus dan kaya raya dari mereka. Hormati mereka dan semua makhluk. Harus sopan bila berbicara dan juga tingkah laku. JAngan nak maki hamun orang suka suki.. yang memandu pun kalu ader yang tak kena tak yah nak angkat2 isyarat F**K kat orang… terkena orang tu gangster.. kena kerat 18 korang nanti…Sopan bukan bererti ‘sotong’.  Percayala.. walau pun skng ni zaman moden, semua ibu bapa pasti memilih lelaki yang berbudi pekerti untuk anak perempuan mereka.. rupa letak belakang.

Setia
Kesetiaan pasti menjadi ciri-ciri wajib yang dicari wanita. Makan hati der kalu kamu asyik kantoi ader ppuan lain.. sim kad 1 perempuan 1 sim kad. Malam2 fone asyik off. Hari minggu asyik ader kerja padahal overtime ngn ppuan lain. PErcaya la.. kalu kamu setia, tiada insan ketiga.. Insya Allah hubungan kamu akan bertahan lama dan terus harmoni kerana kebanyakan wanita boleh menerima keburukan lain yang dilakukan oleh teman lelaki mereka kecuali “ADA BETINA LAIN!” So to all guys out there.. tolong la setia.. kamu pun mesti tak rela dapat gf yang suka pasang spare tyre kan? Kamu akan rasa.. tak guna sangat ke aku ni sampai dier ader spare tyre? Samer la jugak yang akan ppuan akan rasa kalu kamu layan dorang mcm tu…

Jujur
Ni pun penting.. jujur.. please jujur.. jangan kamu tengah terkinja2 clubbing.. korang cakap ader kiamulai. Jangan kamu kat kedah umah mak we baru kamu cakap kat johor balik kampong.. der.. skng semua boleh friend finder tau.. so tentang lokasi jangan nak menipu… Dan pada lelaki yang dah kawin tu jujur la kamu dah kawin.. jangan berlagak mcm orang bujang padahal dalam kete penuh pampers… kalu awal2 kamu dah tak jujur.. bila hubungan dah makin jauh… tak tau ler mana lagi pembelit kamu atau ular… 

No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...