Pejam celik pejam celik rupanya dah 12 tahun Kudut dan Jentoi menyulam cinta.. chewah...ayat jiwang gitu. Tak sangka, tapi cukup bersyukur dapat mengharungi segala onak duri mengukuhkan ikatan kami dari bergelar 'orang asing' kepada kawan... kepada kekasih... kepada tunangan dan akhirnya kepada gelaran suami isteri. Terima kasih Allah kerana panjangkan jodoh kami dan sentiasa berdoa akan terus bersama hingga hujung nyawa.
Cukup appreciate bila Jentoi sanggup redah LPT balik jumpa kudut lagi walaupun cuma untuk sehari semata2 untuk pastikan dia berada disamping kudut pada tarikh istimewa ni walaupun baru minggu lepas dia balik jumpa kami... walau pun Terengganu - Shah Alam tu tak ler jauh mana sekarang, tapi kudut cukup terharu dengan apa yang Jentoi buat... love u so much my Mr. Teddy Bear.
Tak sangka pertemuan yang bermula di traffic light belakang UiTM Shah Alam waktu kudut beronggeng ngan teman serumah Kudut time belajar dulu boleh bertahan kehari ini dan dikurniakan 3 cahaya mata yang menjadi penghibur kami. Why kudut letak Mr. X kat title posting neh? tu nama timangan untuk jentoi bila kudut dan best friend kudut berborak pasal jentoi depan kawan-kawan dia. Rahsia sangat la konon. Kenangan tu cukup indah... dan kudut cukup bersyukur lantaran Allah kurniakan Jentoi dalam hidup Kudut... menjadi pelindung dan tempat Kudut menumpang kasih. Dia cinta pertama dan moga dia jua cinta terakhir buat Kudut.
Untuk papa....
Terima kasih kerana hadir melengkapkan hidup mama
Terima kasih kerana sentiasa cuba memberi yang terbaik
dan membuat mama sentiasa rasa disayangi
Terima kasih kerana cukup sabar melayani kerenah mama
yang kadang-kadang agak keterlaluan
Mama sayang papa ketat-ketat... dari hati mama....
No comments:
Post a Comment