| Jejak Si Pari-Pari |

Sunday, June 23, 2013

Malam Nisfu Sya'ban 2013 + fenomena 'supermoon'



"Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA'BAN."

Malam Nisfu Syaaban tahun 2013 jatuh pada 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib

fenomena 'supermoon' juga akan turut berlaku pada waktu yang sama.
'Supermoon' adalah keadaan apabila bulan berada lebih hampir kepada Bumi dalam orbit daripada kebiasaan, dan kesan ini adalah yang paling ketara apabila ia berlaku pada masa yang sama dengan waktu bulan penuh. Jadi, bulan mungkin kelihatan lebih besar walaupun perbezaan dalam jarak dari Bumi adalah hanya beberapa peratus pada masa-masa itu. 

.......*.......


Cepat benar rasanya masa berlalu sekarang ni. Pejam celik pejam celik kita bakal ketemu lagi dengan Malam Pengampunan yakni Malam Nisfu Sya'ban. Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Sya'ban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Seperti yang kita tahu, banyak kelebihan yang terkandung dalam bulan Sya'ban. Jadi malam ni, sebaik sahaja masuk waktu Maghrib buku amalan kita akan bertukar baru. Jadi mulakanlah buku amalan yang baru ini dengan peruntukan amal yang lebih berbanding buku amalan lama kita In Shaa Allah. 

1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013
15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)


Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib


Antara Amalan Pada Nisfu Syaaban

1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
    - Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.
    - Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.
    - Niat terakhir memohon ditetapkan iman.
2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya. (*** juga disunnahkan untuk berpuasa pada siang hari 15 Sya'ban.)



Dengan itu, Kudut ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan andai pernah mencuit rasa kurang senang atau menyakiti kalian semua, sama ada secara sedar atau sebaliknya. Sesungguhnya manusia pasti tidak mampu lari dari melakukan kesilapan. Bersamalah kita memperbaiki amalan kita untuk bekalan di Sana kelak.



No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...