| Jejak Si Pari-Pari |

Showing posts with label Lirik_MP3. Show all posts
Showing posts with label Lirik_MP3. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11.. cantik benar tarikh nyer...

Cantik benar susunan no 1 pada tarikh hari ini... tiada siapa sangkal..dan sy temui 1 lagu  nyanyian kumpulan indonesia GIGI bertajuk 11 JANUARI... sy sendiri tidak pernah mendengar lagu ini sebelum nyer atau mungkin pernah mendengar tapi tidak ambil peduli.. tapi kali ini bila mendengarnya di pagi yg damai neh.. sy mula jatuh hati... rasa tenang amat ...


sorry..youtube penyanyi sebenar sy tak dpt cari di YouTube..semua dah kena block.. enjoy!!!

11 Januari

[*:]
Sebelas Januari bertemu,
menjalani kisah, cinta ini
Naluri berkata,
engkaulah, mi-lik-ku
Bahagia selalu dimiliki,
bertahun menjalani bersama mu
Ku nyatakan bahwa,
engkaulah, ji-wa-ku
[#:]
Akulah penjaga mu
Akulah pelindung mu
Akulah pendamping mu
Di setiap langkah-langkah mu
Pernah ku menyakiti hati mu,
pernah kau melupakan janji ini
Semua karena, kita ini, ma-nu-sia
[#]
[Reff:]
Kau bawa, diri ku, ke dalam hidup mu
Kau basuh, diri ku, dengan rasa sayang
Senyum mu juga sedih mu, adalah hidup ku
Kau sentuh, cinta ku,
dengan lembut…
dengan sejuta warna
Hoo… hoo…
[Interlude]
[Reff]

Wednesday, September 8, 2010

:: Hari Ke-2 Menjelang Hari Raya ::

Wa.. best giler bila angka 3 dah bertukar 2... maksud nyer esok malam adalah malam menjelang aidilfitri.. yahooo!!! Malam ni tengok anak bulan, after tengok pengumuman raya mewakili mohor2 besar kat TV baru bertolak balik ganu (bagi papa rehat cukup2 dulu).. jalan malam2 ni best leh tengok umah pasang pelita sambil dengar lagu rayer.. baru la terasa semangat utk raya tu...jangan esok rayer dah ler... Khairul Nazwani cakap semalam abang dia dah balik ganu bertolak jam 10 malam tapi pagi tadi jam 7 dia call, abg dia masih kat dungun.. adeh!!! petanda yang kurang elok utk lalu lintas time2 rayer ni..mesti jem tahap gaban neh.. nampak nyer sejarah 12 jam di jalan raya bakal berulang balik la.. harap2 semua dah balik semalam jadi esok lengang la sikit jalan raya... seram....
Pagi tadi jam 2 pg baru balik bershopping... dah penat sangat meronda downtown dibawah cucuran gerimis pagi, tolak menolak ngan makluk2 allah lain yang samer objective ngan kitorang malam ni... kitorang end up kat kedai mamak area subang perdana untuk supper merangkap sahur sekali ngan bapak saudara dorang... yang best nyer baju rayer yang dicari tak beli satu helai pun tp adam lak dapat kete control yang berege RM75 hengget... (ada kena mengena ke ngan rayer kete control ni? bukan leh naik wat balik kg pun) ekceli kami singgah sahur cuma bertiga + si kecik sorang (abang dia dah tido tak ingat dunia dalam kete lepas nangis tak leh main car power dalam kete) tp tengok la air berapa banyak yang kitorang order.. papa 2 gelas sirap mama 2 gelas nescafe ais pakngah 1 gelas + 1 botol air asam jawa. Biasa la bila time puasa ni makanan tak berapa sangat nak jamah tapi air tu penting.. (berbukak pun makan burger Mc'D je separuh, lagi separuh papa adam yang habiskan.) dahaga giler... rasa tubuh ni kering kontang.. last2 bapak saudara a.k.a pakngah dorang tido kat umah kitorang sbb dah xlarat nak drive, pg tadi time sahur baru balik umah.
Hari ni sy mmg datang kerja dengan mood rayer dan lambut rayer.. tak jadi nak highlight ijou takut karang orang cakap pokok pine bergerak pulak.. ari ni ramai kengkawan sekerja yg dah start bercuti sebenarnya (seb baek cuti sy dah tak der kalu tak sure sy dah balik awal2 mendahului yang lain) tahun depan sy kena pastikan sy merancang cuti dengan lebih berkesan...Hari ni jugak sy dan jiran sebelah sy ni (partner curik2 minum air kat pantry..ngeh ngeh ngeh) telah mendapat angpow ke-3 untuk tahun 2010 ni dari bos kami ...thank you very much takahashi san...

Hari ni seperti jugak semalam sy nak share 3 lagi link lagu rayer kegemaran sy.. so layan....
p/s : dapat info ari ni Mekah dah sambut hari raya??? apakah????

Tuesday, September 7, 2010

:: Hari Ke-3 Menjelang Hari Raya ::

Erm.. lagi 3 hari nak sambut rayer... yahoo!!! Hari ni after present pagi tadi sy kembali bersemangat sbb rasa segala beban yang ada kat kepala lutut ni dah kembali ringan.. dan dan tu jugak rasa lapar tu datang.. maklum la semalam time tengah seram sejuk tu tak rasa lapar langsung.. tak ingat pasal makan langsung.. bahana presentation ni mmg kronik la (sy percaya semua geng2 sy kat ofc yg kena buat presentation ni merasa apa yg sy rasa) Skng ni bila rasa lapar, semua dah terlambat sbb dah siang.. bulan puasa waktu siang mana boleh makan.. huhuhu kena tunggu waktu berbuka pulak la jawab nyer..
Tempat sy kat ofc.
Skang time rehat kat ofc ni cam biasa la semua layan mata, tido.. ader jugak yg bermuka buku.. tapi dua tiga hari ni sy kurang bermuka buka.. tak tau kenapa.. ader masa jer layan blog.. jalan2 menziarah kat blog lain.. cam dah addicted le pulak. Time rehat dan dan jer mata ni tak mo tido.. tadi bukan main mengantuk sampai juling2 bijik mata.. sy berani gigit kuku kaki bunyi je loceng habis rehat nanti sure mata sy ni kembali berat.. time tu menyesal tahap tenuk le tak nak tido masa break... masalah betulla.. malam ni pun tak sure nak berbuka kat mana.. esok malam dah nak balik TRG.. my sis yang kat kedah tu sure dah sampai ganu hari ni tapi raya ke 2 dia dah nak kena balik kedah sbb kerja belah malam.. biasa la misi ni mmg susah nak dapat cuti, ni pun dia dapat cuti ihsan (tu pun dia cakap after dia tunjuk perasaan ngan sister kat spital tu..wat ala2 sawan hahaha!!).. erm dah lama sangat dah tak jumpa dia neh.. rindu bangat!!! Dia la kakak sy yg paling cool..
Hari ni pun sy (ekceli semua staff beragama islam rasanyer )dapat first & second ang pow untuk tahun 2010 ni. 1 dari big bos department dan lagi 1 dari company tempat kotorang keje ni.. best! best! thank you...tak ada la banyak tapi cukup syarat rayer la.. tiap2 tahun pun dapat tu yang best... terasa semangat rayer tu datang bila received angpow from somebody.. ye ler after dah kawin ni jarang sekali terima angpow dari orang luar..(family sendiri lain la..tu mmg wajib kutip tol) kita yang menghulur banyakla.. ni pun dah sediakan sebeban angpow utk budak2 yg datang beraya nanti.. tu belum kira yang satu family ada 16 orang anak.. adus!!!Lagi best budak2 skang pun dah pandai komen bila dapat duit rayer sikit.. dorang bukan kira, depan tetamu lain pun dorang bantai kutuk..hamboi2 mcm duit tu kita dapat macam cara diorg dapat je  dorg buat.. (cara free). Penat tau nak dapat lima nam hengget tu..(emosi la pulak sbb banyak sangat peruntukan utk duit rayer heheheh)
Bercakap pasal hari raya, kat ofc ni dah mcm2 lagu rayer boleh dengar.. semua ringtone pakai laju rayer sampai kadang2 bila ada yang guna ringtone yang samer masing2 dah pakat2 confuse 'tepon aku ke tepon dia?'.. tapi banyak2 lagu raya ni lagu raya yg paling sy suker dari dulu sampai skng ada 3....jom layan....

Friday, May 21, 2010

:: KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN ::

Erm.. sy pun tak sure aper yang best ngan lagu ni...tapi 1st time dengar sy dah suker giler...

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN – SHAHIR AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...