| Jejak Si Pari-Pari |

Thursday, November 22, 2012

...andai jodoh kita tiada

...makin deras rasanya waktu berganjak pergi Dalam ketidakpastian ini aku hanya berharap.. Andai takdir Allah.. Waktu itu kian tiba... Aku ingin melewati kenangan indah bersamamu... Menitip kembali daerah daerah manis yang pernah kita jejak Merasai kembali saat indah satu waktu dulu.. Dan paling aku ingini melihat senyummu yg satu itu...yg sering hadir dlm mimpiku.. Andai ditakdir jodoh kita hanya disini..hanya satu yang aku ingin ko ketahui.. Aku pergi bukan kerana benci.. Tetapi hatimu bukan milikku lagi.. Dan demi kebahagian mu aku izinkan kau mencari cinta itu tanpa hadirku disisimu lagi...

Wednesday, March 28, 2012

Fullhouse Lifestyle Store and Café di SS Two Mall... Happy buffday shafiee..

28 Mar 2012.. akhirnya hari yang sekian lama ditunggu tiba jua… setelah hampir sebulan perancangan dibuat.. sampai pada tarikh penting tu … kudut dalam medical leave lak..tak dapat dielakkan..3 hari… sbb terhantuk kepala anak kudut si adam tu… hampir2 majlis tu dijalankan secara single oleh lin.. tp sbb lin nak merajinkan diri menjemput kudut di rumah dalam hujan lebat hari tu… kudut gagahkan jugak keluar rumah dengan mata lebam neh… adoyai.. jatuh saham…. Tp kawan punyer pasal… kudut tarahal…

Dalam jam 2 ptg kete lin dah tercongok kat bawah tunggu kudut… lejun gak le sikit meredah hujan…Lin siap amik halfday leave lagi semata2 nak menjayakan majlis neh hihihih… terbaeeekkkk… dari umah kudut terus kitorang dengan semangat padu ke Giant Kelana Jaya. Perjuangan masih belum selesai.. Beli last item utk majlis tu atas permintaan pihak penganjur –snickers ngan anggur… sempat gak lin temankan kudut makan dulu kat food court giant tu… nasi goreng cili padi dan Nescafe ice.. errrkkkk.. Alhamdulillah kenyang…sampai skng masih terbayang2 kelazatan dan kepedasan nasi goreng tu…hihihi

Dalam jam 5 petang baru kitorang tiba di Fullhouse Lifestyle Store and Café di SS Two Mall Petaling Jaya… time tu meja dah tersusun rapi dah untuk gathering hari ni.. wah.. cun habis. Sekali pandang macam resepsi nyer majlis lak.. sbb semua serba putih.. Makin bersemangat kitorang nak mulakan majlis. Tapi before kengkawan sampai nak kena cari skrip dulu tak nak kasik kengkawan terhidu agenda utama kitorang.. lagi pun dari sumber2 yang dipercayai ader 2 detective conan panjang dan pendek [saper lagi kalu bukan jep ngn aiman] duk usha line baeeekkk punyer nak pecahkan code rahsia majlis hari ni... tp tak semudah itu... no! no! no!.. dah hampir sebulan kitorang rancang majlis ni takkan senang2 nak bagi orang rosakkan....














Lin ngn DSLR baru nyer.. hihihi
after kasik kek dan anggur kat manager kat saner…dan atur snickers kat meja… letak lucky draw nyer hadiah ditempat nyer.. after settle sempat kudut layan epal jus kegemaran kudut yang memang pure dan lazat tu.. aper lagi amik kesempatan ler bersantai kat open air area bawah payung tu..berangan skit bley? ahahah... yes.. kudut terpaksa pakai sunglasses sbb nak cover mater kudut yang cam samseng jalanan tu...bukan sbb poyo ek :) time tu fullhouse kitorang yang punya.. dah rasa cam tempah satu cafe dah…. dah le tak ader pengunjung lain.. Ala2 dalam taman gitu… sambil tengok gelagat si lin kehulu kehilir usung DSLR baru dier.. hahahah.. mana tau karang kena culik karang susah gak nak menjawab .. tp seyes release tension lepak sini…sunyi jer..tenang... sempat snap gambar lin buat kenang kenangan before tetamu2 kehormat datang :)
dlm jam 6.30 baru dorang sorang demi sorang tiba… dan pasangan pertama yang tiba tak lain dan tak bukan…en. Mizan dan isteri terchenta.. puan Ira… hihihihi..baju kaler sedondong lagi.. kelas gitue. Ko ader? hhahah Ekceli ramai yang tak dpt datang last minit.. dari 28 orang Cuma 19 orang yang hadir… huhuhuh.. maybe dorang ingat kitorang arrange MLM nyer gathering kut tu sbb depa takut nak datang tue, hahaha... gurau jer... memang kat invitation card tu kita tak cakap kenapa kita buat makan2 neh… tak surprise ler kalu cakap awal2 agenda hari tu… ribuan terima kasih untuk kawan2 yang sudi hadir yer.. tak sangka gak 2/3 dari total jemputan dapat hadir.


Next group yang sampai pada ari ni ialah omar and the geng.. yang terdiri dari Hadi.. omar sendiri dan jiran kepada birthday boy kat office.. aima and jep…biasa la detective conan mmg selalu sampai awal.. manatau ader sumber2 dan bukti2 mampu diperolehi disaat2 akhir. hahaha.. tapi bila dah sampai awal terpaksa le dorang wat muka toyer kerana menunggu sahabat2 yang lain dulu tiba sebelum dapat rasmikan majlis.. tp dorang sporting... lagi2 bila jadi model tak berbayar untuk camera kitorang.. sanggup tarik nafas lama2 tahan perut kut jelas dlm gambar ..hihihi... [tp best sbb dorang cakap tempat yang kitorang pilih ni best dan makanan pun sedap2 after majlis berakhir.. tak tau le sbb mereka lapar atau memang betul2 sedap... korong cuba la singgah sendiri rasa sajian kat sini... hihihihi
Then jemputan seterusnya yang tiba ialah najib dan wife.. Amelia, then baru lu rombongan che kiah sampai… ahli2 rombongan terdiri dari fezreel a.k.a aji, pali, penganjur majlis puan yati, birthday boy mr. shafiee, dayang2 juga tidak ketinggalan yang terdiri dari syaza budak gedikz, amy budak noty dan aisyah. Eg jemputan yang agak jauh tiba sejurus kitorang dah mengadap meja… hihihi. so sila layan beberapa keping gambar kat bawah neh.. nak lagi? tak puas?? sila layari FB lin yer... kat situ banyak.. tengok le puas2. nak print wak kenang-kenangan pun buleh.. hihii









jemput..jemput .. kita makan free hari neh... 
a.m.y | s.y.a.z.a | r.i.k.a
3 dara pingitan...
Dimulakan dengan hidangan air yang segar dari ladang..ader epal, ader orange, ader kelapa laut, ader watermelon dan tak ketinggalan air meniral.. hahahha…kita juga dihidangkan dengan kelazatan chicken chop, ikan dory, 2 jenis spaghetti dan ayam goreng yang rangup.. [mcm iklan lak] hari ni pun kita ader anggur yang baru dipetik [nampak sangat menipu]….. sonot tengok dorang makan dengan penuh berselera sampai kudut ngn lin lak tak lalu makan.. harus berjaga2 takut progrem kantoi… sampai dorang abis makan alhamdulillah agenda utama masih belum terbongkar.. pie lak cam tau2 jer isteri dier yang belanja duk jemput kitorang makan.. siap cedokkan masuk pinggan lagi.. hahahha.
lepas makan sempat le dorang lepak kat taman lagi isap rokok.. namun rahsia masih tersimpan.. takat tu depa masih percaya yang majlis hari ni sempena kejayaan kudut dan lin menjalankan bisnes.. hihih .. bisnes luuuu… hahaha..  After dorang merokok baru la kami proceed dengan  acara utama, sbb kami tak leh tunggu lama2. ader yang nak balik sbb dah lewat..hihih..


pie..malu2 tenuk kasik speech.. hahahah...
dan..thank you so much kat kengkawan yang sporting giler tanpa perlu diarah aper2.. nampak jer cake ngn lilin nombor "33" menyala datang ke ruang makan.. korang start nyanyi lagu Happy birthday kuat2kan?  sampai ternganga kejab pie tengok kek yang manager fullhouse tu bawak kearah dier dngn nyanyian lagu happy birthday to you yang ala2 sumbang tak hengat dari korang…sonot giler tengok reaksi dier time tu.. rasanya bukan dier je yang terkejut… korang pun sure ader yang blur2 gak kejabkan? tetiba lak ader kek...hahhaa. Dan seperti yang korang semua tahu.. hari ni pun sorang lagi rakan kita merangkap bekas anak buah pie dulu...menyambut birthday dier yang ke 13... 13 le sangat.. hahahah... so dah alang2 tu.. kita minta dier potong kek sekali sbb pie kalu potong kek sorang2 menggigil.. kih kih kih

dua2 birthday boy potong kek... 
Last acara penyampaian lucky draw.. ader 5 hadiah di sediakan oleh pihak penganjur.. Dan last member yang sampai… rika… yang makin cantik.. juga tahniah in advance untuk rika dan eg utk majlis mereka yang dijangkakan akan dijalankan pada june akan datang.. moga segalanya berjalan lancar. Leh lah wat perarakan kete Mitsubishi.. heheheh

Dan untuk semua yang hadir.. terima kasih kerana tak mensia2 kan usaha kudut dan lin… happy korang puas hati dan puji environment & makanan hari ni sedap dan lazat.. harap semua kenyang… hihih.. thanks jugak untuk wife kesayangan che pie kite... yati yang belanja kitorang hari ni… dan pasti nyer utk che pie sendiri.. sbb tanpa pie.. pasti majlis hari ni takder.. hihih..  [kan best kalu birthday pie dua tiga kali setahun..hahahah]

So akan datang… kita tengok majlis aper lak kudut dan lin akan arrange.. perlukan khidmat small event planner? Sila hubungi kami.. hahahah.. x mampu aku jah...



Dan kepada sesaper yang nak berkongsi keseronokan, suasana dan makanan kat fullhouse boleh le datang ke alamat dibawah… korang boleh amik gambar puas2.. pakai segala mcm pakaian yang disediakan kat saner.. nak beli boleh beli tak nak beli boleh letak balik… akaian dier leh tahan up to date gak.. hihihi


Juga thanks to manager cafe neh... yang layan kerenah kitorang neh...

SSTwo Mall, Lot : LG - 38 / 39 / 72 , 
Lower Ground Floor,
 Jln SS2/72, 47400 Petaling Jaya, Malaysia
http://www.fullhousecafe.com.my/


Monday, March 26, 2012

Blackberry Bold 9780 Vs. Samsung S II....

Dah lama kudut berkenan dan termimpi-mimpikan Blackberry Bold 9780 sbb bila tengok design dier tu cam comel je gemuk dier.. kemas je... memang teramat2 minat le...cuba tengok gambar tu.. cantik kan kan kan hhuhu... Tp bila sampai kat Plaza Lowyat tadi.. Kudut kena brain wash dek sales person kat saner... terkepil2 bila dorang dengan lancar nya buat perbezaan antara Blackberry Bold 9780 dan abg nyer Bold 9790 Vs. Samsung S II.... Jentoi sengeh je bila tengok kudut dah terkepil-kepil mana satu nak pilih... Last2 berjaya jugak sales person tu menukar arah kemudi otak kudut ni... dan... tarraaaa...kudut bawak balik 1... :) 


timakasih jentoi sebab temankan kudut 1 hari suntuk jalan2 hari ni.. sayang kamooo ketat2 mcm selalu... :)

Tuesday, March 20, 2012

Drama Budak Hingusan >>Penculikan Terbaru | Siti Nur Fatihah Binti Mahadi



Buang masa!!! Memalu dan menyusahkan mak bapak.. tu je yang kudut boleh katakan apa bila tertera khabar terbaru mengenai drama penculikan Siti Nur Fatihah yang dikatakan dilarikan 2 lelaki dan seorang perempuan ketika dier pulang dari membeli top up bersama adik2 nya.. kenapa kudut katakan ia drama.. sbb dalam kenyataan adik dier.. siti fatihah ni siap menjerit jerit minta tolong malah kepala siti nur fatihah ni siap dihantuk lagi oleh penculik... aper kes? harini  tup2 budak pempuan ni sendiri wat pengakuan yang dier lari ikut boypren... stress... stress luuuuuuuu!!! Tah aper nak jadi la dengan budak2 jenis tak fikir panjang mcm ni. Otak kat lutut ker? Jangan nanti betul2 diculik tak der sorang pun nak amik tahu. 
---------------------------------><---------------------------------------



Sama-sama kita sebarkannya. terutama rakan2 yang mempunyai kenalan di negara-negara jiran. Adik Nur Fatihah telah diculik dihadapan adik-adiknya Muhamad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, 11 oleh 2 lelaki dan seorang perempuan yang memandu kereta honda berwarna ungu sewaktu mereka pulang dari membeli top up di kedai berdekatan rumah mereka.
Juga mohon rakan-rakan doakan keselamatan adik Nur Fatiha ini. Moga dia akan ditemui dalam waktu terdekat dalam keadaan sihat dan sempurna.

Sunday, March 18, 2012

Selamat Pengantin Baru Untuk Ijat & Pasangan....

First sentence dari Kudut sudah semestinya 'Selamat Pengantin Baru Ijat & isteri' ... :) Jam 8.30pg kudut & jentoi sekeluarga dah ader di highway Elmina menuju ke Kuala Selangor.. after jumpa wan dan family dier 1 kereta kitorang teruskan perjalanan.. rakan-rakan KMMC lain semua dah ader kat Sungai Besar sejak semalam dan bermalam di sana kerana majlis akad nikah sebenarnya berlangsung malam semalam. So pagi ni kami 2 biji kete jer meredah 4 tol berjumlah RM6.80 menuju ke sana.. hihihih..
Sempat singgah breakfast kejab dan sempat menghangitkan ketiak kejab cari tayar baru sbb tayar kete Jentoi meletup mcm mercun di tahun baru... dan lagi best perisa ceritanya apabila jentoi dengan sengeh kerang busuk kasi tau 'tayar spare tak bawak' dan time itu le kudut terbayang-bayang tayar kete yang dier letakkan belakang toilet kat umah.. adoyai.. seb baik kami berteman.. tidak kalu? malas nak fikir.... 
Selamat Pengantin Baru Ijat & wife...

tengah tunggu si pemancak silat memulakan langkah

yang ni photographer ader masalah balancing... 

yang ni baru betul.. penat abe wan kita posing.. hihihi
Sampai kat homestay saner, semua dah bersedia termasuk pengantin. Sorry semua kitorang lambat. [minta maaf dengan muka seposen] then terus gerak ke umah pengantin perempuan dengan 7 buah kereta [ kalu tak silap]. Hinggap jap kat surau berdekatan rumah pengantin perempuan sebelum membuat rombongan mak kiah ke sana... Terima kasih untuk tuan rumah yang menjamu kami dengan hidangan yang memang menepati selera kami.. hihihih... yang penting ader air sirap kenduri.. hahahhaha [wakilkan jentoi].

After selesai di rumah pengantin... kitorang sempat singgah di Bukit Melawati Kuala Selangor. First time kudut sampai sini... naik trem jer tak turun.. dah tak larat nak menapak nyer... banyak tempat-tempat bersejarah kat sini... dan tak kurang jugak penghuninye yang menjadi tarikan utama di sini. Naik trem dari luar RM3 untuk adult dan RM2 untuk kanak2..... 
Apa yang kudut tahu, Bukit Melawati ni asalnya merupakan tempat kubu pertahanan kesultanan selangor untuk memantau kapal2 dagang dan kapal2 perang yang melalui selat melaka dan kuala selangor namun kota ni musnah setelah Perang Saudara Selangor dari tahun 1867~1873. Jika korang datang sini boleh la memberanikan diri mengambil gambar-gambar kenangan bersebelahan meriam-meriam lama, rumah api, rumah-rumah kolonial British yang masih dijaga dengan baik, telaga beracun dan  Batu Hampar yang punya cerita mistik yang tersendiri. Kudut mmg tak berani... dengar citer pun dah ngeri.. kudut cuma berani amik gambar-gambar monyet ´Silver-Leafed´ dan ´Macaques´ berekor panjang tu jer.. jinak yang teramat.. siap boleh bawak berborak sambil makan -makan lagi.. hihihi
Hari ni memang penat tahap gaban... dan kami terpaksa bergegas pulang  sebabMr.Jentoi nyer beteri dah ditahap 'tak bernyawa' ... :) So jumpa minggu depan di Pengkalan Balak Melaka.. Insya Allah... 



Saturday, March 17, 2012

Rentetan Pembunuhan Kejam Adik Dirang

Walau pun pembunuh sebenar adik dirang masih belum dikenalpasti namun bukan bermakna tiada perkembangan lain yang berlaku. Penghantar SMS yang cuba mengambil kesempatan menuntut wang tebusan itu juga telah ditangkap di Machang yang mana penghantar SMS itu merupakan seorang bekas tentera berusia 45 tahun yang mempunyai rekod jenayah membabitkan kesalahan dadah dan pernah menjalani hukuman selama enam bulan di penjara Kajang. Bekas koperal yang berstatus duda dua anak itu ditahan sekitar jam 2.45 pagi di rumahnya di Kg. Alor Gajah Pulai Chondong Machang. 
“Hasil serbuan seorang pegawai dari Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan (IPK) dan seorang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang menemui tiga telefon bimbit di rumah suspek. Pemeriksaan yang dijalankan mendapati salah satu telefon bimbit itu digunakan untuk menghantar SMS kepada ibu Dirang pada 8 Mac lalu,” kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang mengesahkan penahanan tersebut

Manakala bapa kandung Dirang [Henry] rakyat Filipina yang dikenalpasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah akan diusir ke negara asal beliau Filipina. Sehubungan itu Henry akan dibebaskan untuk diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut.

Thursday, March 15, 2012

Dari Ladang ke Tasik... seorang lagi kanak-kanak ditemui mati


aihh!!! luluh hati kudut bila melihat gambar yang di post oleh Suria FM di facebook tadi... sorang lagi kanak-kanak ditemui mati di Tasik Titiwangsa. Kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun tu di dakwa hilang sewaktu bermain ditaman permainan berdekatan lokasi kejadian petang semalam sebelum di sedari hilang dari bawah jagaan ibu bapanya. Sekitar jam 7.30 pagi tadi mayat anak kecil itu ditemui terapung di tasik tersebut. 
Pedih rasanya nak menulis article ni..lepas satu-satu kes kanak2 ditemui mati.. dari kes di ladang hingga ke tasik..semua dikaitkan dengan kecuaian ibu bapa.. ekceli tak boleh nak salahkan ibu bapa budak ni.. semua dah di tentukan... mereka sekadar penyebab..nak tuduh orang cuai jaga anak.. kudut pun tak sesempurna mana.. apa yang mampu kudut lakukan hanya berdoa musibah2 begini tidak menimpa kudut, keluarga kudut dan semua yang diluar sana. 

Wednesday, March 14, 2012

13th MCTF’12 (Malaysia Career & Training Fair) kini kembali!!!


Malaysia Career & Training Fair yang ke-13 

Date : 30 March ~ 1 April 2012.
Time : 10 am ~ 7 pm
Location : Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.


Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba... hanya menghitung hari. So aper lagi, sila kemas kini resume anda dengan kadar segera. Letak gambar pasport comel2 skit biar berkenan si penemuduga nak amik korang... hihihi
Kepada sesiapa yang sedang mencari pekerjaan atau mencari kerja baru.. jom cuba nasib.. mana tau rezeki anda di sana.. :) Jumpa di saner.....
Nak lagi laju sila mendaftar untuk melalui express registration.. 






Monday, March 12, 2012

Tempat mu di syurga Nurul Nadirah... Al-fatihah...

Pada 8/March yang lalu kudut ada menerima 1 MMS dari Maxis Nur Alert mengenai kehilangan seorang kanak2 perempuan bernama Nurul Nadirah binti Abdullah berusia 5 tahun yang dinyatakan hilang pada 1 March yang lalu berdekatan Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai Johor..malah hingga hari ni MMS tu masih kudut simpan dan hari ni bila bukak internet tertera article yang adik Nurul Nadirah telah ditemui... dalam keadaan rentung... time tu jugak terbayang wajah comel dalam MMS tu.. Kejam nyer manusia ni kan? Kanak2 yang tak berdosa jadi korban 'kebinatangan' yang beraja dalam jiwa. Kanak2 kecil mcm tu pun dijadikan mangsa... tak terbayang ke dek akal apa yang mereka rasa kalu anak atau adik mereka sendiri di perlakukan mcm tu? Tapi MANUSIA.. kalu nafsu dah beraja dihati... mmg lagi  tak guna dari binatang.
Tak tau mcm mana penerimaan ibu mangsa yang lebih mesra dengan panggilan Dirang ni bila dapat berita ni.. Apa yang kudut tahu Dirang ni hilang waktu dier pergi beli mee maggi kat kedai... tu jugak yang buat kudut lagi sedih.. tengah2 lapar nak pi beli maggi.. nak makan.. kena culik dan diperlakukan sedemikian rupa.. tak nak bayangkan mcm mana cara dier 'pergi'.. mcm mana dier dibakar.. sbb tu semua buat kudut lagi marah.. benci dengan kekejaman manusia yang tak berhati perut tu... moga Allah balas perbuatan Manusia tak berakal tu dengan seperit2 kesakitan... 
Untuk kawan2 kudut.. dan diri kudut sendiri.. jaga la anak2 sebaik mungkin..jangan biarkan anak2 keluar berseorangan lagi2 yang baru 5 nam tahun tu.. tolong sesekali jangan... kalu bawak keluar jalan2 selalu pantau dan pegang tangan dorang.. sekarang banyak binatang yang pakai topeng cam manusia. Ajal maut tu ketentuhan Allah, tapi kalu kita betul2 jaga sekurang2nya tak lah kita menyesal kemudian.. tak der la gila meroyang sebab menyesal tak jaga anak kita betul2.. MOGA ALLAH SWT JAUHKAN KITA DAN KELUARGA KITA DARI MUSIBAH SEBEGINI RUPA...AL-FATIHAH.. 




Kronologi kes adik nurul nadirah


1 Mac : Keluarga adik nurul nadirah membuat laporan polis pada jam 2.30 petang selepas mangsa hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam ketika mangsa keluar membeli maggi dan telur pada jam 10.30pg. 
6 Mac : ibu mangsa Roselyn Alan, 25 tahun membuat pengakuan asyik melayari facebook tanpa menyedari anaknya yang ke kedai belum pulang sehingga suami beliau lima medeng 25 tahun bertanya perihal mangsa.
7 Mac : Jabatan kebajikan masyarakat daerah johor bahru mengeluarkan kenyataan akan menghantar kaunselor bagi membantu meredakan tekanan yang dialami oleh keluarga Roselyn.
8 Mac : Rangka manusia yang rentung ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai tetapi disahkan milik seorang dewasa. Polis turut mengambil sempel DNA Roselyn.
9 Mac : Tahanan reman tiga suspek dilanjutkan sehingga 16 Mac.
10 Mac : Bapa kandung Nurul Nadirah yang berasal dari Selangor ditahan untuk membantu siasatan
12 Mac : Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai pada 8 Mac yang lalu adalah rangka adik nurul nadirah yang mempunyai DNA yang sepedan dengan Roselyn.





Tuesday, March 6, 2012

Gangguan Bekalan Air di Selangor - 14 & 15 Mac... Moh simpan ayaq!!!

153 areas diHulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam and Kuala Langat dijangkakan akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 8 pagi 14 Mac 2012 sehingga 8 malam hari berikutnya berikutan activiti penyelenggaraan di Sungai Selangor Phase 1 water treatment plant. 

Kawasan-kawasan yang dijangkakan terlibat ialah

Hulu Selangor
Kuang, Kundang and the whole areas of Bandar Tasik Puteri, while in Petaling, the areas are from SS1 to SS6, Kelana Jaya, SS8 free trade area, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas, Taman Mayang, Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas, Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara, Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf and Country Resort, Taman Tun Dr Ismail, Sungai Pencala, Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height, Subang Sejahtera, Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing and Subang Bestari

Kuala Lumpur
Keseluruhan kawasan National Civil Administration Institute (Intan), Bukit Kiara, Selangor Royal Club, Bukit Kiara Resort, Bukit Kiara Sports Centre, National Science Centre, Security Commission, Sime Darby Convention Centre, Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 to 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara and Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam
Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, the whole areas of Kampung Delik, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdana, Sri Angkasa flats, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic,Taman Kota Permai, whole areas of Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi, Pendamar Indah flats, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Teluk Gadong Indah A, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar, Sobena Jaya, Sijangkang, Telok Panglima Garang and Kebun Baru.

Syabas akan menyediakan 42 water tank lorries dan menempatkan 192 static water tanks di beberapa kawasan terpilih untuk menyalurkan bekalan air kepada penduduk setempat sewaktu gangguan bekalan air tersebut berlaku.




Monday, March 5, 2012

Old Town White Coffee Kopitiam... 旧街场白咖啡

Berkurun lama rasanya tak kena panahan matahari waktu lunch.. hahahha.. memerap berherbinasi kat office jer tiap kali waktu lunch... tapi sampai la ni tak putih macam salji pun... so pada 5 March yang lepas kudut dan geng2 gedikz mencemar duli mengharung terik mentari menjamu selera menternak lemak dan menambah spare tyre kat perut di Old Town White Coffee di 3-2 square PJ.. hihihih..
Tq tu geng Gedikz paling muder.. [muder ker] yang membenarkan montot2 kakak yang lebey senior untuk merasai keempukan kusyen kete dier yang masih boleh dikategorikan sebagai 'masih panas dari oven'... Walau pun geng gedikz paling junior neh tak tau jalan..[keh keh keh] tapi dengan tunjuk ajar geng gedikz suam suam kuku antara junior dan senior.. akhir nyer kitorang sampai jugak... peh...!!! dlm masa 50 minit termasuk waktu perjalanan, parking dan mengketedarah kitorang kena habiskan order.. tercekik der.... 
So hari tu... [tak sempat nak snap gambar makanan banyak... kejar masa] kitorang sempat le melantak mee, laksa dan roti telur... dan sempat le mengabadikan wajah jerneh tak jerneh kitorang neh di telefon murah masing2.. Dan hasil nyer... [sila jangan scroll ke bwh andai kamu tak mampu menahan diri melihat keanggunan kami.. hahhahha] -tammat-

Harus la gambar yang paling senior ngn paling junior dulu yang  di tepek...
Lin dengan laksa dan telur dua bijik .. hahhaha.. 
Syaza dengan mee... tatau mee aper... tapi cam yee mee... janji ader perkataan mee.
Ni gambar sebelum mulut berminyak.. keh keh keh
Mama Vouge... sempat posing before order sampai... 

Saturday, March 3, 2012

Suami Terbaeeekkkk!!! Ko ada? -Part I


Dalam melayari kehidupan berumah tangga ni, kadangkala si suami  leka dan ikut haluan depa jer tanpa bertanya atau amik tau apa yang isteri depa perlukan. apa yang isteri depa suka. Kat bawah antara tips2 untuk buat si isteri jatuh cinta dan terus jatuh cinta pada si suami tanpa mampu menoleh pada lelaki lain lagi walau pun muka si suami tak sehensem fahrin ahmad atau hero Malaya pujaan hati semua gadis dan para isteri… Aaron Aziz…
1.        Selalu kasik morning kiss kat isteri before gi kerja. Sekurang-kurangnya morning kiss ni menunjukkan yang kasih sayang kita tak pernah berubah dari mula kawin sampai sekarang. Sebab ader suami ni yang mula2 kawin jer.. pagi kiss, tengahari call dalam fone pun kiss, balik kerja jumpa pun kiss.. tapi bila dah 5~6 tahun kawin seminggu sekali nak dapat kiss pun susah… kalu kiss pun syarat bibir sentuh kulit jer..
2.       Selalu ingat tarikh2 penting perhubungan kamu suami isteri. Tarikh jumpa, tarikh kawin, tarikh lahir dan bla bla bla.. sbb kebanyakan wanita mmg sensetip bab tarikh2 istimewa neh. Kalau dier boleh kasik kejutan atau hadiah istimewa time birthday atau anniversary kenapa kita sebagai lelaki tak boleh? Catat le dalam dairi atau lagi senang remark dalam fone.  Kebanyakan isteri bukan nak hadiah mahal2 pun cukup sekadar dier tahu suami dier selalu ingat pada tarikh2 istimewa antara mereka.
3.       Belajar la untuk jadi romantic. Walau pun tak seromantik Shah rukh khan dalam KKHT atau se caring amir dalam vanila coklat.. hiihih..ader isteri yang cakap tak payah le nak habiskan duit wat surprise ke aper untuk dier, Dorang tipu tu. sebenarnya dorang tak nak menyusahkan suami dorang. percaya la mereka benar2 menghargai kalu kita buat. Tak caya? cuba la buat, beli bunga ke sejambak hantar kat office… walau pun feedback dier ala2 tak kesah mana… percayala.. mesti dier bangga tahap tenuk punyer bila kawan2 tengok husband dier kasik bunga jambak besar. Pastu kat FB mesti update pasal tu.. kat dairi mesti dua tiga page tulis pasal tu.. dalam fone mesti berkeping2 gambar bunga tu dier amik… hihihih..tapi jngn pulak kasik bunga orang mati.. cari nahas le tu.
4.       Ringankan tulang tolong isteri di rumah. kalau malas nak basuh baju atau kemas dapur… rajin2 la mop lantai atau sapu habuk kat kipas seminggu sekali.. paling kurang tengokkan anak2 time isteri kat dapur atau tengah wat kerja rumah. Senang hati isteri bila anak2 tak der wak perang dunia ke-tiga sesama sendiri atau tak ada anak2 yang conteng sofa dengan lukisan abstrak. Jangan le duk melangut je depan tv sambil mulut ternganga.. pastu sengeh sorang2 layan raja lawak. Anak menjerit cam petir minta buatkan susu pun wat don’t know jer.. tu semua akan buatkan isteri yang kepenatan tambah hangin dan mula meluat tengok muka anda yang ibarat TUAN BESAR kat umah.
5.       Nasihat menasihati. Kengkadang si isteri ni akan rasa bosan bila suami terlalu percayakan dia. Nak pi mana2 nak buat apa2 pun tak pernah ader yang melarang. Dah macam idup bujang. Sekali sekala walaupun suami percayakan isteri, cuba2 la halang apa yang dier nak buat. Mungkin dia nak keluar dengan kawan2 dier.. cuba la suh dier tolak pelawaan teman dia dan suh habiskan masa dengan kamu..mesti dia akan rasa dia masih kamu perlukan. Tapi hati2.. nasihat tak sama dengan membebel tau. Ada jugak suami yang suka membebel kalahkan isteri. “JENIS MOLOT POMPUAN”

Saturday, February 25, 2012

Meronggeng di Ipoh with KMMC


hari ni jam 9am kitorang sampai kat R&R rawang. Sampai2 Mr. Jon & family dah ader kat situ.. alahai.. beteri kete Jentoi lak kong.. tu le dah tau bateri tu dah king kong nak jugak try.. tu kan nak kena tukar balik… huhuuh.. sempat le jamah sarapan sat kat saner. Adam & Aqiel dah berpeluh2 dah duk main kat playground. then baru jumpa geng2 KMMC yang lain… antaranya Mr. Azrai & Family, Mr. Wan ke’ & Family, Mr. Najib & Family, Mr. Mie Jambu & Family, MR. din & Family, Mr. Ejat & Fiancé, Mr. Jep alone.hihihih..... kalu ader yang tertingal nama tak listed kat sini sorry ek.. rasanyer semua dah sebut.

Sampai Ipoh terus tuju umah pengantin… soru beb.. semua dah lapar.. memang macam2 ader.. mewah dengan makanan dan goodies dari pihak pengantin. Dari umah pengantin kitorang balik ke Homestay yang dah ditaja oleh pengantin… ader 2 buah umah.. 1 umah kampong 1 lagi pun umah kampong gak tapi penghuni2 nyer yang geli-geli skit ngaku umah Bandar sbb nyer depa ader meja makan kitorang makan atas tikar.. huhuhuu… APTB!!! Tapi Jentoi suker ler dapat umah kg neh sbb dier dpt park kete dier kat dalam.. uk alla..lebey le pulak si jentoi neh yer. Dah le tu jam 2 pagi siap leh basuh kete lagi? pantang ader peluang!!!
Petang dah tak der idea nak pi mana.. Kalu tau yang kami akan kehilangan punca di Ipoh neh pasti awal2 lagi dah booking tourist guide.keh keh keh, sempat le ronda2 kat jusco kejab sbb belah malam dorang nak pi balik umah pengantin ader makan2 skit.. masa tu aqiel dah tido, adam pulak asyik main games, so kudut tak ikut..lagi pun before balik tadi dah menjamu selera dulu dah awal2. jentoi jer yang pegi ngan kengkawan dier. Lagi pun dah penat jalan2 siang tadi lagi best layan FB. Erm.. tadi pun sempat ler pi survey lost world of tambun, skng harga untuk adult RM45 dan RM38 untuk kanak2. Huhuhu...sekelip mata je entrance fees dorang leh naikkan? hari tu RM38 utk adult & RM32 untuk kanak2.. 
Citer pasal homestay kitorang neh, yang paling terbaeeekkk…kat halaman rumah sewaan tu ader kakak yang jual kuih muih dan nasi lemak waktu pagi.. ape lagi pagi2 lagi kitorang dah borong 
semua kuih muih akak tu dan berbelas2 bungkus nasi lemak and mee. Memang best siap bungkus ngan daun pisang lagi.. bukan senang nak carik dah skng. Orang umah bandar yang ader meja makan tu ader la jugak datang singgah..hihiihi.. ngutuk2 pun datang jugak...keh keh keh.
 Jadi saper2 yang tengah cari homestay kat ipoh ni leh le cuba Kak Yong Homestay ni.. dekat dengan patrol pump, berhadapan dengan masjid, dekat dengan kedai makan.. kedai runcit dan mcm2 kedai lagi.. nak gi Lost World of Tambun pun dekat jer..  
Kak yong Homestay 75 Jalan Perpaduan Taman Perpaduan 31150 Ipoh, Perak, /P No : 017 - 476 3511.


 After check out dari homestay tu kitorang terus gerak ke Sungai Klah Hot Springs kat Sungkai... ekceli ni kali ke dua kudut mai sini.. dan sekali lagi sempat kitorang amik gambo family.. hihihih.. cam samer pesen je bila tengok balik ngn gambo kat umah yang first amik tahun lepas.. hiihi. Tahun depan kalu pegi lagi amik lagi... pastu penuh gambar kat Sungai Klah kat umah. hihihi.. Kat sungai klah ni sempat le pekena telur setengah masak.. nyum nyum… dan rendam kaki dalam air panas yang buat kaki kudut rasa kebas gitue… tasuker tasuker.. tapi sebenarnya elok untuk buang segala daki yang melekat sejak lahir kat kaki neh dan seterusnya melembutkan tumit kaki yang merekah2.. dasyat benor bunyi statement neh. kui kui kui…hilang segala kuman dan kumin. Tapi ditegaskan disini, tempat rendam kaki adalah berbeza dari tempat rendam telur yer? hahahah... tak lalu kalu tempat nyer samer. Tapi mmg ramai giler tunggu turn nak rebus telur mcm kat umah tak pernah makan telur. Malaysia boleh!!!
SUNGAI KLAH HOT SPRINGS PARK,
36000 Sungkai, Perak.
Tel : 054414493

So xtvt kitorang berakhir kat R&R, tu pun Jentoi dah melayang2 time bawak kete sebab mengantuk.. banyak2 hobi tatau awat hobi tu jugak yang dier pilih waktu memandu.. hobi dia yang paling kudut tak suka. Last, singgah makan dan bersurai kat saner.. untuk next event dengar nyer time Mr. Ejat kawin nanti kat sungai besar dan seterusnya di Pengkalan Balak Melaka. Semua berserah kat organizer, kami menurut sajer.

Kalu panjang umur dan murah rezeki kita jumpa lagi. .sayonara~!!!!
pics credit to mr. jon bhp

Yahooo... 11 April cuti umum... Terbaeekkk!!!

Wah..pagi2 lagi kudut dah tersengeh sambil belek2 calendar company berkira2 untuk sambung cuti balik kampung.. hihihi... Sila amik perhatian yer.. 

11 April diistiharkan sebagai cuti umum sempena Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lalu, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011.dan seluruh negara akan bercuti...
Pengisytiharan hari kelepasan am ni dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. 
Jadi jika teringin nak cuti panjang boleh amik cuti pada 09 dan 10 April jugak.. hahhaha [hasutan syaitonirrajim].. tp harap2 tak der le kes kena replacement lak pada keje pada hari sabtu.. ye le .. mana ler tau kan? lain company lain caranya..kita yang makan gaji ni terpaksa le ikut jer.. huhuhu. 
So sila remark semua calendar disekeliling anda.. tak kira di dinding, di diari, dlm smart fone.. fone zaman batu atau dimana2 je ... agar anda tidak mengigau pada 11 April tu bangun awal bersiap gi kerja dan dalam perjalanan korang cakap 'wah.. lengang giler jalan hari ni. cuti sekolah ker?' ....

Friday, February 24, 2012

Sayonara Anje!!!


Macam yang pernah kudut highlighted dulu.. skng ni kat company kudut sedang mengalami perubahan musim, iaitu musim benti keje.. tiap2 bulan mesti ader yang benti dan tak kurang gak yang masuk.. hihiih...hari ni sorang lagi kawan kudut benti.. last day dier.. untuk zira [anje sengal], lunch semalam kitorang dah wat makan2 sket.. makan nasi goreng ayam Melaka.. kenyang sampai rasa cam tak leh berjalan dah.. kalu ader bantal sure dah lama kudut ZZzzzzz…. dan hari ni makan2 lagi ramai2.. order mc'd lak.. [amy & kak rozie...aku masih jeles dengan aroma kopimu...] hari ni pun teramat kenyang... Kat bawah neh gambar2 time makan2 semalam.. gambar hari ni x der...tak sempat nak upload lagi.. kih kih kih.. 
lepas ni kurang le lagi sorang geng kitorang.. Geng makan pagi pun sure dah makin kurang ahli jemaah nyer.. maka pada awalan ni pasti rasa kurang la keceriaan nyer. Pastu pasti dah tak der le peluang nak naik latte lagi lepas neh yer? hihihi...tp tak per.. insya allah ader masa kitorang leh lepak2 minum kat luar samer2 lagi... Apa2 pun good luck untuk Zira ditempat baru.. Harap buah tangan kenang-kenangan dari kitorang tu Zira suka… jangan luper masukkan lagu bokurano sato sekali dalam MP3 tu.. keh keh keh. 
Tak tau sampai bila musim ni akan berakhir. Aper2 pun lepas ni kita tengok saper lak angkat montot dari group kita. Kudut? kudut mmg kat sini je, dah wat sumpah berdarah dah kekal kat company ni sampai bersara… dah bersara pun mungkin sambung contract cuci keta lak kat company ni.. loyal ka katakan… wek! wek! Tapi yang pasti lepas ni mesti ader orang baru yang akan masuk… erm.. kita tengok gadis jelita ke pakwe hensem tahap gaban yang akan mengambil tempat… kih kih kih.
geng SG & PPG.. x der yang hensem... hihihi..
of coz ler owner kena interframe jugak.. hihihi
Kat atas ni antara member2 yang masih setia.. buat masa neh ler.. dua tiga bulan nanti tak tau le masih setia atau tak...[ amboi jep.. nak jugak ko letak muka ko tepi muka mama... terbaeekkk!!!]. meh kita mark muka sorang2 yer.. dari kiri : kak rozie, amy, aisyah, ira, lin, zira, takahashi, kak ani, syaza, rachel & aiman... belakang dari kiri : abg rohaidi, ref'at & jep. ops!!! mana pergi bos sorang lagi? Tak cukup 3 musketeers neh. Memang tak ader atau ader tapi kelam tak nampak? hahahaha... [minta ampun bos..So kepada kengkawan yang mengikuti blog kudut neh.. jemput la cuci mata tengok gambo2 tak sedar diri kitorang.. kepada si gedikzzz… nah kudut tepet muka korang kat sini.. hihihih. Kalu tak puas tengok muka sendiri sila print dan tampal kat bilik masing2. 
agak2 saper photographer gambar neh... tangan tak balance... huhuhu

Special wishes to zira : Kak d harap Zira akan berjaya mengembangkan career zira.. all the best... jangan tensi2 lagi key... banyak-banyakkan bersabar. Kerja kat mana2 pun pasti ader tekanan... Pastu selalu-selalu ler update status & jangan lupa update kitorang ader citer terbaru atau ader bau nasik minyak yer. jangan gaduh2 kat jalan raya lagi tau.. kalu nak gaduh jugak bawak guli banyak2, jumpa yang kurang ajar baling jer guli pastu pecut.. baru puas hati.. keh keh keh. jangan lupa jugak kasik diskaun kalu kitorang datang tempat keje baru zira key..rumah tumpangan ahseng pun rumah tumpangan ah seng ler... hahahahha.. kak d will miss you dear.. cium skit...muah!muah!! 


- pics credit to epal vanila

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...