| Jejak Si Pari-Pari |

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Drama Budak Hingusan >>Penculikan Terbaru | Siti Nur Fatihah Binti Mahadi



Buang masa!!! Memalu dan menyusahkan mak bapak.. tu je yang kudut boleh katakan apa bila tertera khabar terbaru mengenai drama penculikan Siti Nur Fatihah yang dikatakan dilarikan 2 lelaki dan seorang perempuan ketika dier pulang dari membeli top up bersama adik2 nya.. kenapa kudut katakan ia drama.. sbb dalam kenyataan adik dier.. siti fatihah ni siap menjerit jerit minta tolong malah kepala siti nur fatihah ni siap dihantuk lagi oleh penculik... aper kes? harini  tup2 budak pempuan ni sendiri wat pengakuan yang dier lari ikut boypren... stress... stress luuuuuuuu!!! Tah aper nak jadi la dengan budak2 jenis tak fikir panjang mcm ni. Otak kat lutut ker? Jangan nanti betul2 diculik tak der sorang pun nak amik tahu. 
---------------------------------><---------------------------------------



Sama-sama kita sebarkannya. terutama rakan2 yang mempunyai kenalan di negara-negara jiran. Adik Nur Fatihah telah diculik dihadapan adik-adiknya Muhamad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, 11 oleh 2 lelaki dan seorang perempuan yang memandu kereta honda berwarna ungu sewaktu mereka pulang dari membeli top up di kedai berdekatan rumah mereka.
Juga mohon rakan-rakan doakan keselamatan adik Nur Fatiha ini. Moga dia akan ditemui dalam waktu terdekat dalam keadaan sihat dan sempurna.

Saturday, March 17, 2012

Rentetan Pembunuhan Kejam Adik Dirang

Walau pun pembunuh sebenar adik dirang masih belum dikenalpasti namun bukan bermakna tiada perkembangan lain yang berlaku. Penghantar SMS yang cuba mengambil kesempatan menuntut wang tebusan itu juga telah ditangkap di Machang yang mana penghantar SMS itu merupakan seorang bekas tentera berusia 45 tahun yang mempunyai rekod jenayah membabitkan kesalahan dadah dan pernah menjalani hukuman selama enam bulan di penjara Kajang. Bekas koperal yang berstatus duda dua anak itu ditahan sekitar jam 2.45 pagi di rumahnya di Kg. Alor Gajah Pulai Chondong Machang. 
“Hasil serbuan seorang pegawai dari Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan (IPK) dan seorang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang menemui tiga telefon bimbit di rumah suspek. Pemeriksaan yang dijalankan mendapati salah satu telefon bimbit itu digunakan untuk menghantar SMS kepada ibu Dirang pada 8 Mac lalu,” kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang mengesahkan penahanan tersebut

Manakala bapa kandung Dirang [Henry] rakyat Filipina yang dikenalpasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah akan diusir ke negara asal beliau Filipina. Sehubungan itu Henry akan dibebaskan untuk diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut.

Monday, March 12, 2012

Tempat mu di syurga Nurul Nadirah... Al-fatihah...

Pada 8/March yang lalu kudut ada menerima 1 MMS dari Maxis Nur Alert mengenai kehilangan seorang kanak2 perempuan bernama Nurul Nadirah binti Abdullah berusia 5 tahun yang dinyatakan hilang pada 1 March yang lalu berdekatan Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai Johor..malah hingga hari ni MMS tu masih kudut simpan dan hari ni bila bukak internet tertera article yang adik Nurul Nadirah telah ditemui... dalam keadaan rentung... time tu jugak terbayang wajah comel dalam MMS tu.. Kejam nyer manusia ni kan? Kanak2 yang tak berdosa jadi korban 'kebinatangan' yang beraja dalam jiwa. Kanak2 kecil mcm tu pun dijadikan mangsa... tak terbayang ke dek akal apa yang mereka rasa kalu anak atau adik mereka sendiri di perlakukan mcm tu? Tapi MANUSIA.. kalu nafsu dah beraja dihati... mmg lagi  tak guna dari binatang.
Tak tau mcm mana penerimaan ibu mangsa yang lebih mesra dengan panggilan Dirang ni bila dapat berita ni.. Apa yang kudut tahu Dirang ni hilang waktu dier pergi beli mee maggi kat kedai... tu jugak yang buat kudut lagi sedih.. tengah2 lapar nak pi beli maggi.. nak makan.. kena culik dan diperlakukan sedemikian rupa.. tak nak bayangkan mcm mana cara dier 'pergi'.. mcm mana dier dibakar.. sbb tu semua buat kudut lagi marah.. benci dengan kekejaman manusia yang tak berhati perut tu... moga Allah balas perbuatan Manusia tak berakal tu dengan seperit2 kesakitan... 
Untuk kawan2 kudut.. dan diri kudut sendiri.. jaga la anak2 sebaik mungkin..jangan biarkan anak2 keluar berseorangan lagi2 yang baru 5 nam tahun tu.. tolong sesekali jangan... kalu bawak keluar jalan2 selalu pantau dan pegang tangan dorang.. sekarang banyak binatang yang pakai topeng cam manusia. Ajal maut tu ketentuhan Allah, tapi kalu kita betul2 jaga sekurang2nya tak lah kita menyesal kemudian.. tak der la gila meroyang sebab menyesal tak jaga anak kita betul2.. MOGA ALLAH SWT JAUHKAN KITA DAN KELUARGA KITA DARI MUSIBAH SEBEGINI RUPA...AL-FATIHAH.. 




Kronologi kes adik nurul nadirah


1 Mac : Keluarga adik nurul nadirah membuat laporan polis pada jam 2.30 petang selepas mangsa hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam ketika mangsa keluar membeli maggi dan telur pada jam 10.30pg. 
6 Mac : ibu mangsa Roselyn Alan, 25 tahun membuat pengakuan asyik melayari facebook tanpa menyedari anaknya yang ke kedai belum pulang sehingga suami beliau lima medeng 25 tahun bertanya perihal mangsa.
7 Mac : Jabatan kebajikan masyarakat daerah johor bahru mengeluarkan kenyataan akan menghantar kaunselor bagi membantu meredakan tekanan yang dialami oleh keluarga Roselyn.
8 Mac : Rangka manusia yang rentung ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai tetapi disahkan milik seorang dewasa. Polis turut mengambil sempel DNA Roselyn.
9 Mac : Tahanan reman tiga suspek dilanjutkan sehingga 16 Mac.
10 Mac : Bapa kandung Nurul Nadirah yang berasal dari Selangor ditahan untuk membantu siasatan
12 Mac : Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai pada 8 Mac yang lalu adalah rangka adik nurul nadirah yang mempunyai DNA yang sepedan dengan Roselyn.





Monday, January 24, 2011

Kekasihku suami orang….separuh mati dan berani mati!!

Wah! Wah! Wah! Baca jer tajuk entry kali neh berdesing telinga para isteri di luar saner nun… malah mungkin bernanah bagi yg pernah mengalami situasi neh.. ehem.. bukan sy yang bercinta ngan suami orang tu yer...sorry… sy dah ader Mr. Jentoi dah..tak perlukan kekasih lain lagi.. nak jaga yang satu milik mutlak ni pun susah aper lagi nak jaga laki orang.. tu kerja giler nama nyer..idea nak tulis entry ni bila terbaca komen2 kat blog pakar how 2
Bila difikirkan dan diperhatikan.. dah jadi mcm virus dah dlm masyarakat kiter skng ni bila makin ramai wanita diluar saner yang amik jalan mudah x fikir panjang.. ikut kan kata hati untuk bercinta dan berskandal ngan suami orang. Dah tak ada lelaki bujang lagi ker kat dunia ni hingga ramai yang sanggup membunuh jiwa wanita lain demi kebahagiaan diri sendiri..?
Bila keadaan ni terjadi.. ramai yang jeling kat lelaki.. kata nyer lelaki yang duk usha.. memujuk.. merayu.. hallo.. kepada saper2 yg bagi alasan cam neh… bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.. dah sifat lelaki suka jual saham walau pun saham dorang tak der harga sebenarnyer.. jadi kita sebagai wanita yang  punya harga diri… semua kunci terletak ditangan kiter.. dorang usha kalu kita tak layan tak kan jalan jugak.. apa yang penting… kat hati…kalu kita ingat kesakitan wanita yg bergelar isteri tu bila suami dier berkasih ngan wanita lain.. bagi yang berhati dan berjiwa.. mereka takkan sanggup. Malah mungkin mereka akan menasihati si lelaki tu utk setia pada isteri bukan nak lebarkan cawangan test market. Tapi sbb ader wanita berhati kayu ler ..semua ni terjadi [maaf bahasa agak kasar]. Laki orang ker datuk orang ker..janji aper yang dier nak dier dapat. Wanita cam ni mmg susah nak merasa kesakitan wanita lain.. pentingkan diri sendiri.
Wanita yang bercinta ngan suami orang neh ader 2 kategori iaitu ketegori SEPARUH MATI dan BERANI MATI. Hehhehe.. Jadi kita kupas mengenai ketegori SEPARUH MATI dulu.
Ni biasa nyer yang melanda wanita yang sebenarnya berhati lembut.. tulen nyer cinta… maybe first time kena usha kaw-kaw then kena pulak yang usha tu suami orang.. yang mmg terer bab wanita neh… pujuk itu ini.. biasa la.. lelaki yang dah beristeri neh biasa nyer mmg semua rahsia perempuan dalam poket.. berpengalaman [tp pengalaman tu pun dier belajar melalui bini dier gak] so biasa nyer suami orang ni mmg tau aper yang ppuan suker dan tidak.. jadi biasa nya dorang akan gunakan alasan rumah tangga bermasalah.. wat2 muka sedih.. isteri mcm tu mcm neh.. jadi ppuan yg dlm kategori separuh mati ni pun mula la bersimpati.. setia mendengar tiap masalah.. dari simpati bertukar kasih.. tambah lak lelaki tu selalu ader  kat depan mate (biasa la lelaki time nak cucuk jarum…sanggup tinggal anak bini kat rumah utk habiskan masa ngan mangsa). Bawak shopping skit.. beli barang2 sket.. sah!!! Cinta ku 100% ler dan bergoyang dangdut le si suami orang tu… umpan dah mengena… tp kalu wanita tu jenis pakai otak kanan.. sure leh fikir.. lelaki jenis aper la cam neh. Anak bini tinggal kat umah.. pastu bukak pekung bini kat orang… ish!!! Kalu dier baik sangat patut nyer duk umah… cakap elok2 nasihat betul2 si isteri tu .. cuba lebihkan waktu ngan family untuk rapatkan mana yang renggang..dan kepada gadis2 yg amik jalan singkat bercinta ngan suami orang neh.. berhati2 ler.. lelaki yg dah kawin neh lebih berani dan pandai dalam bab2 18SX neh.. Jadi jangan terjebak kalu takat janji mulut jer.. percaya la belum dapat dorang akan berjanji nak kawin.. cinta amat.. Cuma tunggu hal rumah tangga dier selesai yakni tinggalkan isteri dier then dorang akan amik kamu jadi isteri… tp cuba kamu fikir. Kuar pun sorok2.. aper lagi nak bawak kamu jumpa mak bapak dorang.. jumpa kawan pun muka dah pucat… ni ke lelaki yg kamu harap akan tunaikan janji utk bertanggungjawab kalu aper2 terjadi.. malam jer off fone.. bukak2 time pejabat.. FIKIR BAIK2!!! Ok la. Kalu kamu cakap kekasih kamu tak mcm tu, cuba try desak dier ajak jumpa mak bapak kamu atau dier.. tak pun desak suh masuk meminang.. mesti alasan dier berjela2.. dan lagi sadis kalu esok terus lesap x nampak batang idung… telefon tukar no.. call ofc selalu meeting atau keluar.. dan time tu kepada wanita kategori SEPARUH MATI neh.. bye bye jer ler yer.. ni sbb nyer sy kategori kan dorang under SEPARUH MATI.. sbb dorang ni bagi jiwa dan raga sbb cinta separuh mati.. tp bila kena tinggal dorang separuh mati tertonggeng frust tp tak buat aper2.. pendam perasaan.. menangis bengkak2 mata.. pastu semua kerja tak menjadi..
Tapi kalu jenis BERANI MATI… ho!ho!ho!... hati2 yer lelaki diluar saner.. yg ni baru buku bertemu ruas..woo… masak kaum adam kalu tersilap mengusha wanita jenis ni.. dorang neh mcm kategori kat atas jugak.. bercinta tp ader yang benar2 ikhlas ader jugak sbb masyukkk… mana tak masyuk.. tiap kali kuar shopping paling cikai pun dpt MNG.. Guess.. naik kete besar…kengkadang dorang tau duit dan harta tu semua kadang2 bini lelaki tu yang punyer..tp janji boleh tumpang berlagak.. dorang dah tak kisah.. aper nak jadi2 ler.. target dorang nak menakluki lelaki tu… sanggup buat aper sajer.. tp biasa nyer ppuan jenis BERANI MATI ni akan buat back up awal2.. tak mcm ketegori SEPARUH MATI yang lurus.. dorang akan awal2 selongkar wallet lelaki tu atau hfone lelaki tu utk dpt kan no fone atau alamat isteri kepada lelaki tu…. Mula amik no fone beberapa kawan rapat lelaki tu agar senang aper2 jadi ..in case kena tinggal ker… agenda dorang akan bermula dengan lancar. Bila dorang ajak kawin si suami orang neh wat acuh tak acuh atau bila dorang rasa si suami orang neh dah start beralih arah.. dorang skit2 keluarkan taring…
  1. 1.       Mula cari jalan utk exposekan diri depan kawan2 lelaki neh.. biasa kalu jumpa kawan lelaki ni cepat2 jauhkan diri tanpa perlu disuruh.. bila dah keluar taring… Nampak jer kawan2 si suami orang neh makin melekat pulak.. makin manja2 gitu…
  2. 2.       Kengkadang sengaja call kengkawan atau saudara si suami orang ni wat2 tanyer ader Nampak tak si suami orang neh.. ‘I try call tp tak dapat la.. u tau maner dier?’ dengan harapan orang yg dia call tu akan mula syak dan sebarkan berita2 tak best kat telinga si isteri si suami orang neh..
  3. 3.       Bila keluar dating…wat2 tertinggal clip rambut ler.. getah rambut ler…sembur minyak wangi sampai melekat dlm kete..wat2 tertinggal barang2 wanita yg dorang shopping.. dengan harapan bila si isteri si suami orang ni naik kete tu… dier akan mula bersyak wasangka.. time tu kalu si suami orang ni jenis x pandai nak menipu.. masak ler… dan time neh dengan rela hati le ppuan ni akan buat pengakuan…
  4. 4.       Kalu cam tu pun tak jalan.. hhaaaa… plan D.. hantar pengakuan ikhlas terus kepada si isteri si suami orang neh… cerita semua benda yg dah berlaku antara dier ngan suami orang tu.. dengan harapan rumah tangga si suami orang tu akan kucar kacir.. dengan kata lain ‘kalu aku tak dpt jangan harap ko nak bahagia’. ..dasyat..

Jadi kepada semua wanita dan gadis2 diluar saner cuba la elak kan diri dari menjadi kekasih kepada suami orang… x ader alasan x blh.. semua terletak pada hati kita.. sebagai wanita kita perlu kuat… patut kita bagi nasihat kat si suami orang tu jangan bila ada masalah jer ngan wife terus nak cari lain..Sorry sesangat kalu ader yang terasa… tp kepada sesiapa yg laaaa ni tengah bercinta sakan ngan suami orang atau baru berjinak2 ngan suami orang tu ingat la.. what goes around comes around… kalu hari ni ‘jantan kabaret’ tu boleh buat isteri dier cam tu tak mustahil satu hari nanti benda yg samer akan dier lakukan pada kamu utk dptkan wanita lain.. jangan hancurkan rumahtangga wanita lain wahai kaum hawa..lagi2 yang dah beranak pinak.. kesian.. kesan kemusnahan tu amat besar lagi2 pada anak2.. aper kamu suka kalu mak bapak kamu bercerai berai.. hahh!! Letak diri kamu ditempat mereka..percaya lah tanpa kewujudan kamu..peluang untuk memperbaiki umah tangga dorang 70% positive..  (andai dah retak ler…sbb ader lelaki yg bahagia ngan family tapi masih nak test market) Lelaki ni sebenarnya akan berfikir beratus kali untuk bercerai dan tinggalkan anak2 hanya kerana seorang wanita lain yang bila2 masa jer standby tergedik2 utk gantikan tempat bini dier… jadi jangan jadi ppuan murahan…
Dan sedikit tips utk kaum isteri yg kena serangan wanita2 perampas…. Ayat2 yang mungkin kamu akan dengar dari wanita2 ini ialah….

SITUASI 1
‘wey!! Kau yg tak pandai jaga laki jangan nak salahkan aku yer!!!’ dan sy cadangkan kepada isteri2 yg mengalami situasi neh.. sila la jawab dengan tenang nyer… tunjuk yg kamu ni berpelajaran dan bukan minah sengkek yg skolah tak tinggi… ‘ye ker sy tak pandai jaga laki? Bukan awak ke terover prihatin sampai laki orang pun awak dengan muka tembok nak jaga? monyet kat zoo tu awak tak nak jaga ker?’

SITUASI 2
‘ko tengok la diri ko.. ko tau tak dier cakap ko x pandai nak layan kehendak dier. . .tak tau aper suami ko suka aper yang tidak.. ko tak layak jadi bini dier tau?’ ..ehehe..biasa la kan, biasa nyer salah satu alasan si suami orang neh.. isteri tak pandai layan dier.. alahai… kalu time pantang pun nak suh layan aper ke hal nyer beb… jadi kepada kaum isteri yg suci murni. Sila la jawab dengan membayangkan anda sedang marahkan lembu yang tengah kunyah rumput karpet kat laman umah anda…’mmg la dier akan cakap mcm tu sbb ader lembu betina mcm awak neh yg boleh bagi servis free of charge… org yg kerja kat lorang aji taib tu pun kena bayar tau…’ kalu ppuan tu tak terasa jugak… mmg sah hati kayu.
Jadi kaum isteri yg terkena serangan ppuan hati kayu neh… jangan terlalu lembut sangat.. jangan nak menangis2..lagi la ppuan tu suker.. tunjukkan yg kamu kuat… mungkin kamu takut nak tinggi suara ngan suami, bimbang di cop derhaka.. tak cium syurga… tp dengan ppuan hati kayu ni..bukan takat tinggi suara, kamu nak angkat tangan kamu tinggi2 tampor pipi dorang dengan kuasa kuda pun x der orang kisah…percaya la…!!! –peace-

Thursday, December 9, 2010

Hukum Hudud di Terengganu Terlaksana Secara Tak Rasmi

Jam 11 lebih selamat sampai umah..huhuhu..penat...esok start keje mcm biasa... aqiel pun alhamdulillah takat ni nampak dah sihat tp uba still tak putus... erm..lupa nak update, sabtu lepaskan sy ada cakap x jadi nak balik kg sbb tiba2 aqiel demam balik.. isnin lepas kakak sy tefon suh balik kg gak sbb nak try kat saner lak..  cara homeopathy ...so semalam kitorang ke 2 tempat.
  1. klinik : doktor syed salleh cakap jantung aqiel ada jangkitan kuman..d banyak kahak.. nak kena habiskan antibiotik. 
  2. homeopathy : dr. azizi amik check guna rambut aqiel dan cakap yg samer ngan doktor kat atas..jangkitan kuman kat paru2.. herm...
tapi yg buat sy musykil kenapa waktu sy pergi klinik kat area petaling jaya neh doktor tu cakap aqiel cuma kembung perut jer... dan siap bagi mcm2 ubat..demam,selsema dan batuk, kembung,antibiotik,muntah...dan ayat doktor kat sini..kalau tak sembuh gak dalam 3 hari minta ke hospital berdekatan.. huhuhu.. padahal sy dah terangkan yg aqiel ni dah demam on off hampir 2 minggu... dan jawapan nyer 'KEMBUNG' ... thah le..

Hukum Hudud di Terengganu
ok..dah membebel bab doktor PJ doktor TRG... berbalik pada tajuk entry kat atas.. sbb entry ni berkaitan ngan trg...selama kat trg sy dengar berita pasal sorang lelaki yg berusia 28 tahun, putus tangan akibat ditetak ketika cuba memecah masuk rumah seorang penternak ikan kolam dan yg bab sy tak leh bayang bila dia tinggalkan tangan dia yg putus tu dan blah selamatkan diri...hadoi...sy yg terkena pisau time masak pun [masak ke ko dyhea? hehhehe] dah ala2 nak pitam ni kan terputus terus... jadi betullakan tajuk entry sy..secara tak rasmi Terengganu dah catatkan rekod sebagai negeri pertama kat malaysia neh amalkan hukum hudud.. hukum mencuri adalah potong tangan.. :) dan lagi 1 bab tak best yg sy baca lelaki ni ada isteri berusia 15 tahun... bawah umur tu..betul ke tidak sy sendiri hanya mengikut apa yg tercatat dlm akhbar...tapi tertanya2 gak kalu betul. budak perempuan tu tak sekolah ker? lepas ni saper nak tanggung makan minum dia dah husband dah tak ada tangan sebelah? ish!!! mcm2 hal sekarang ni. 


Monday, October 4, 2010

KISAH SEMASA : JAJA BADAN DI RANGKAIAN SOSIAL

Dah lama sy nak berbicara pasal perkara neh.. tapi tak berkesempatan.. lagi pun sebarang bahan penulisan yang hendak dipaparkan terpaksa melalui beberapa kali penapisan fikiran, bimbang ada yg tersinggung tanpa sengaja, ada yang tersentap tanpa disedari.. manusia, rambut sama hitam hati lain2.. [walaupun skang ni susah nak cari rambut pure hitam..keh keh keh] tiap orang ada pandangan sendiri, jadi andai ada yg terasa atau tidak selesa dengan tulisan sy kali ini sy mohon maaf terlebih dahulu.. .tapi fikirkan la kebenarannya..
Berbicara tentang rangkaian sosial.. sekarang kita ada mcm2 wardah.. ada Facebook.. ada Tagged.. ada Twitter…ada ICQ..ada MySpace..Friendster… virtualfriend… Hi5..dan mcm2 lagi.. tapi bagi saya cukup dengan FB jer untuk masa sekarang.. dulu mmg giler Friendster tp skng dah lama x login.. sejak usia merangkak ke angka 29 ni lagi lah malas..dah tak sesuai raser nyer.. MySpace.. try gak register tapi rasa cam tak leh blah ler.. VirtualFriend.. kengkadang datang mood meroyan tu try gak jenguk2.. TAGGED.. dah lama tinggalkan sbb kat situ rasa cam hanya untuk mereka2 yg nak “test market”.. kenapa sy cakap mcm tu? nanti sy ceritakan.. jeng jeng jeng… tapi semalam bila my hubby create 1 account under TAGGED menggunakan nama profile palsu… sy terbeliak sendiri melihat gambar2 rakan TAGGED dia yg .. fuyoo… !!! (sambil tangan menarik telinga dan menendang perut si jentoi hingga tenat!!! berani dia added perempuan2 mcm tuh????)
profil pictures
Actually berberapa tahun lepas sy ada la register under TAGGED ni after dapat invitation dari sorang kawan.. bila masuk saner.. bukan nak bangga (langsung tak bangga pun).. dalam masa beberapa hari hampir beberapa ratus friend request yg sy terima dan 95% adalah lelaki.. dan seyes sy cakap tak sampai beberapa bulan sy bersama Tagged sy mula berpaling pandang.. apa tak nyer kebanyakan lelaki2 kat Tagged ni secara berani sy nyatakan.. (tapi mungkin tidak semua la..) sy kategorikan mereka sebagai lelaki ‘GERSANG” eiii..tapi tak semua perangai cam tuh, tapi 90% saya percaya mmg jenis mcm tuh.. ada yg dah beristeri pun.. kesian wife dia kan kalau tau laki cam tuh.. sy pun tak tau apa yg ada dalam kepala dorang selain S.E.X.. itu bab lelaki.. dan kalu kamu semua perasan kebanyakan profile picture wanita2 dalam TAGGED ni pun semua nya ketegori MISKIN sbb masing2 x de kain nak wat baju.. kadang2 pakai baju sour kecik jer.. kadang2 x de langsung.. sebagai sorang wanita, malu sendiri sy tengok dorang ni.. saya tak kata saya ni baik tapi tahap sy masih dibawah tahap sundal..(ops!!! terbabas sudah..) tapi diingatkan.. tak semua kat tagged tu sebegitu murah perangai nyer.. ader yg betul2 nak cari kawan tp kerana nila setitik habis susu sebelanga rosak… ni yg menyentuh tajuk entry sy kali ni.. JAJA BADAN.. mana agak nyer pergi maruah dorang yer… yg lelaki sy tak nak cakap ler.. yang perempuan tu… bangga sangat ke menjaja tubuh badan kat laman sosial neh? Lagi dasyat ada yg siap provide booking service.. kira jam.. mcm sewa kete kan? dah pakai hantar balik… kat bahagian religion masukkan ISLAM or MUSLIM tapi gambar2? Nauzubillah…sorry kalu ada yg terasa atau terkena batang idung.. rasa nyer lebih baik tak yah inform la bahagian relagion tu… kosongkan jer.. ia lebih baik.. sy pun tak sure .. tapi apa yg sy perasan decease ni cuma ketara kat TAGGED.. tempat lain tak der la banyak sangat gambar2 cam neh..atau mungkin sy x sedar… that’s why la skng sy dah tolak TAGGED… (keh keh keh lepas baca entry ni mesti ramai jejaka2 yg tak ader TAGGED ni akan google dan register TAGGED neh kan?) tapi awas.. kalu si Jentoi dah kena belasah dan terkena penderaan mental semalam.. kaum2 suami yg rasa nak register 1 account kat TAGGED ni pastikan isteri anda seorang yg sporting..tapi saya percaya tak ramai isteri atau pasangan yang sporting bab bab mcm ni.. hehehe..

Friday, October 1, 2010

KISAH SEMASA : LIF FLAT BAIDURI PETALING JAYA TERHEMPAS 4 CEDERA

Gambar ehsan KOSMO
Wa.. rasa cam zaman2 UITem dulu lak bila tulis tajuk kat atas.. dah lama tak prektis tulis berita neh.. hihihi.. tp seyes pagi tadi sy mmg terkejut dengar berita lif flat baiduri terhempas dari tingkat 6 semalam.. uik!!! baru weekend minggu lepas naik lift blok A tu gi umah terbuka kawan kitorang kat tingkat 16.. tup tup hari ni dengar berita neh.. saper tak seram.. Ekceli blok A tu mmg umah sewa sy time belum kawin dulu.. mmg lif kat flat tu selalu rosak.. total 3 lif tapi yg biasa boleh guna cuma 1 atau 2 je dalam 1 masa.. keadaan kat dalam pun dah uzur ngan kipas tak der ngan lampu malap.. lepas ni kalu pihak terbabit tak amik apa2 tindakan lagi mmg tak tau nak cakap aper la.. nasib baik time kejadian tu bukan peak time (jam 2PM).. kalu kena time balik kerja jam 5 ke atas tak ke lagi ramai yg jadi mangsa.. dengar citer dlm lift time tu semasa kejadian, ada empat mangsa, terdiri dr seorang anggota bomba dan penyelamat bersama isterinya seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Utama, Petaling Jaya dan 2 lg remaja yang merupakan pelajar sekolah., time salah sorang mangsa dlm lif tu tekan butang ke tingkat 5, lif tadi terus black out dan menjunam jatuh kebawah.. salah sorang mangsa tu cedera teruk kat bahagian kaki dan pinggul.. ye le sure terhentak kuat nyer silap2 boleh lumpuh.. after 20 minit baru la pekerja maintenance dapat keluarkan dorang dan dihantar ke UMMC… ish!! memang seram.. seb baik umah sy tak der lif..

Wednesday, August 18, 2010

:: CINTA..PERKAHWINAN..PENCERAIAN.. ::

Asyik tulis pasal makan dan xtvt harian.. hari ni terpanggil utk tintakan sesuatu berkaitan kehidupan.. ingin bercerita tentang cinta.. perkahwinan .. penceraian.. dan saya pasti tak ramai yang ingin berbicara tentang penceraian sebenarnya bukan? sy selaku pihak yang berada ditengah2 sering mendengar keluhan rakan2 yang menginjak usia 30an.. yang masih belum berkahwin.. mengomel jodoh lambat.. jeles nengok kengkawan yg dah beranak pinak.. dari sebelah pihak yang beranak pinak pula.. merungut tak boleh nak shopping baju rayer sbb sibuk kejar anak, tomyam pulak boleh tumpah waktu berbuka kat restoran gara2 kenakalan anak.. adusss…!!! sebenarnya bujang dan berkeluarga tu semua ada pro dan kontra nyer.. tapi sedar ke kita?
Bila melihat anak muda sekarang yang asyik dengan permainan cinta hingga lupa pada persekitaran, terasa ingin bangkitkan mereka agar sedar… itu semua hanya sementara!!! cinta sahaja tidak mampu membahagiakan diri hingga akhir hayat..terasa kadangkala dalam dunia hari ni dah mmg sukar utk cari kebahagian tanpa harta benda.. percayalah.. dari pengamatan sy dari bacaan, luahan rasa teman2.. cinta bukan segala2nya dalam sebuah perkahwinan.. waktu berdua maybe.. tp bila dah ada rumahtangga dan cahaya mata… wang ringgit mengatasi segala-galanya.. jadi kepada kengkawan yang belum kawin, kumpul asset tu banyak2 dulu before kawin.. tak perlu takut orang cakap andartu ke antertu ke sbb bila jodoh dah sampai malam ni pun kita leh kawin.
Dulu mungkin saya juga seperti anak2 muda lain yg tak pernah fikir mengenai kehidupan berkeluarga.. apa yang penting saya bahagia, bercinta, dan ingin mengakhiri zaman bujang bersama pasangan secepat mungkin. Waktu itu tidak pernah terfikir lain melainkan perkahwinan untuk menjanjikan kami sentiasa bersama dan tidak akan dapat dipisahkan… tapi kini selepas dah ada baby dan tanggungan baru kami sedar.. bukan mudah untuk mengemudi sebuah keluarga. Adakah anda tahu statistic penceraian di MALAYSIA ni sebahagian besarnya kerana desakan hidup?
Bila desakan hidup kian tinggi dan gaji tidak lagi mampu menampung penghidupan, hubungan suami isteri pasti tegang..tekanan pasti wujud dari pelbagai aspek.. mungkin masing2 menunding jari pada pasangan kerana gaji yang tidak tinggi, mungkin juga renggang kerana pasangan kerja lebih masa hingga tiada lagi waktu utk memupuk cinta seperti dulu.. cinta kian tawar…Apabila cinta itu terhakis, apa lagi yang tinggal dalam perkahwinan?
Waktu bercinta… ‘dunia ini ana yg punya…’ apa ada pada harta benda.. janji kasih sayang dan cinta dari dia takkan berbelah bagi.. bahagia hingga akhir hayat..sanggup ketepikan nasihat keluarga semata2 kerana cinta.. ‘cinta itu buta’ atau manusia yang buta dalam cinta? Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu…bila sudah punya cahaya mata 50% perhatian isteri tertumpu pada anak2 dan tidak lagi pada suami.. disini sepatutnya si suami harus faham.. tapi jika suami anda kurang faham atau buat2 tidak faham? disini jua titik pada keretakan..
Setiap manusia yang menempuhi alam perkahwinan akan melalui pelbagai ujian daripada Allah swt. Kelemahan dan kelebihan diri pasangan hanya akan disedari dan diketahui selepas menjalani kehidupan bersuami isteri. Justeru akan muncul pula perasaan benci, marah dan sebagainya bila sifat sebenar terbongkar. Sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Keadaan akan menjadi buruk apabila kesilapan-kesilapan yang dilakukan menghakis sedikit demi sedikit perasaan cinta yang menjadi asas perkahwinan tersebut. Mungkin ramai yang tidak menyokong.. .tapi 90% tidak kiralah si suami atau si isteri, mereka akan mengulangi kesilapan yang mereka lakukan kepada pasangan masing2 selepas mereka dimaafkan atau segala perbuatan itu dilupakan oleh pasangan mereka.. mereka tidak pernah SERIK!!! sehingga lah pasangan mereka mengambil keputusan nekad untuk sebuah perpisahan.. waktu tu mula la jadi giler…dan yang menjadi mangsa adalah anak2 yang tidak berdosa...
Jadi kepada anda yang masih belum kawin walau usia sudah mencapai 30an.. jangan bimbang… tahukah anda wanita akan kelihatan paling cantik pada usia mereka 32 tahun.. hehehe.. erm.. saya terpaksa menunggu lagi 3 tahun untuk mencapai tahap ‘waktu paling cantik’ dalam diri saya.. sempat ker? Dan percayalah setiap makhluk dimuka bumi ini Allah ciptakan berpasang-pasangan.. so don’t worry be happy ya!!
Menarik utk dibaca;


| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...