| Jejak Si Pari-Pari |

Wednesday, August 18, 2010

:: CINTA..PERKAHWINAN..PENCERAIAN.. ::

Asyik tulis pasal makan dan xtvt harian.. hari ni terpanggil utk tintakan sesuatu berkaitan kehidupan.. ingin bercerita tentang cinta.. perkahwinan .. penceraian.. dan saya pasti tak ramai yang ingin berbicara tentang penceraian sebenarnya bukan? sy selaku pihak yang berada ditengah2 sering mendengar keluhan rakan2 yang menginjak usia 30an.. yang masih belum berkahwin.. mengomel jodoh lambat.. jeles nengok kengkawan yg dah beranak pinak.. dari sebelah pihak yang beranak pinak pula.. merungut tak boleh nak shopping baju rayer sbb sibuk kejar anak, tomyam pulak boleh tumpah waktu berbuka kat restoran gara2 kenakalan anak.. adusss…!!! sebenarnya bujang dan berkeluarga tu semua ada pro dan kontra nyer.. tapi sedar ke kita?
Bila melihat anak muda sekarang yang asyik dengan permainan cinta hingga lupa pada persekitaran, terasa ingin bangkitkan mereka agar sedar… itu semua hanya sementara!!! cinta sahaja tidak mampu membahagiakan diri hingga akhir hayat..terasa kadangkala dalam dunia hari ni dah mmg sukar utk cari kebahagian tanpa harta benda.. percayalah.. dari pengamatan sy dari bacaan, luahan rasa teman2.. cinta bukan segala2nya dalam sebuah perkahwinan.. waktu berdua maybe.. tp bila dah ada rumahtangga dan cahaya mata… wang ringgit mengatasi segala-galanya.. jadi kepada kengkawan yang belum kawin, kumpul asset tu banyak2 dulu before kawin.. tak perlu takut orang cakap andartu ke antertu ke sbb bila jodoh dah sampai malam ni pun kita leh kawin.
Dulu mungkin saya juga seperti anak2 muda lain yg tak pernah fikir mengenai kehidupan berkeluarga.. apa yang penting saya bahagia, bercinta, dan ingin mengakhiri zaman bujang bersama pasangan secepat mungkin. Waktu itu tidak pernah terfikir lain melainkan perkahwinan untuk menjanjikan kami sentiasa bersama dan tidak akan dapat dipisahkan… tapi kini selepas dah ada baby dan tanggungan baru kami sedar.. bukan mudah untuk mengemudi sebuah keluarga. Adakah anda tahu statistic penceraian di MALAYSIA ni sebahagian besarnya kerana desakan hidup?
Bila desakan hidup kian tinggi dan gaji tidak lagi mampu menampung penghidupan, hubungan suami isteri pasti tegang..tekanan pasti wujud dari pelbagai aspek.. mungkin masing2 menunding jari pada pasangan kerana gaji yang tidak tinggi, mungkin juga renggang kerana pasangan kerja lebih masa hingga tiada lagi waktu utk memupuk cinta seperti dulu.. cinta kian tawar…Apabila cinta itu terhakis, apa lagi yang tinggal dalam perkahwinan?
Waktu bercinta… ‘dunia ini ana yg punya…’ apa ada pada harta benda.. janji kasih sayang dan cinta dari dia takkan berbelah bagi.. bahagia hingga akhir hayat..sanggup ketepikan nasihat keluarga semata2 kerana cinta.. ‘cinta itu buta’ atau manusia yang buta dalam cinta? Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu…bila sudah punya cahaya mata 50% perhatian isteri tertumpu pada anak2 dan tidak lagi pada suami.. disini sepatutnya si suami harus faham.. tapi jika suami anda kurang faham atau buat2 tidak faham? disini jua titik pada keretakan..
Setiap manusia yang menempuhi alam perkahwinan akan melalui pelbagai ujian daripada Allah swt. Kelemahan dan kelebihan diri pasangan hanya akan disedari dan diketahui selepas menjalani kehidupan bersuami isteri. Justeru akan muncul pula perasaan benci, marah dan sebagainya bila sifat sebenar terbongkar. Sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Keadaan akan menjadi buruk apabila kesilapan-kesilapan yang dilakukan menghakis sedikit demi sedikit perasaan cinta yang menjadi asas perkahwinan tersebut. Mungkin ramai yang tidak menyokong.. .tapi 90% tidak kiralah si suami atau si isteri, mereka akan mengulangi kesilapan yang mereka lakukan kepada pasangan masing2 selepas mereka dimaafkan atau segala perbuatan itu dilupakan oleh pasangan mereka.. mereka tidak pernah SERIK!!! sehingga lah pasangan mereka mengambil keputusan nekad untuk sebuah perpisahan.. waktu tu mula la jadi giler…dan yang menjadi mangsa adalah anak2 yang tidak berdosa...
Jadi kepada anda yang masih belum kawin walau usia sudah mencapai 30an.. jangan bimbang… tahukah anda wanita akan kelihatan paling cantik pada usia mereka 32 tahun.. hehehe.. erm.. saya terpaksa menunggu lagi 3 tahun untuk mencapai tahap ‘waktu paling cantik’ dalam diri saya.. sempat ker? Dan percayalah setiap makhluk dimuka bumi ini Allah ciptakan berpasang-pasangan.. so don’t worry be happy ya!!
Menarik utk dibaca;


No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...