| Jejak Si Pari-Pari |

Wednesday, July 10, 2013

Menjelang Ramadhan

Sedar x sedar dah setahun berlalu dan Ramadhan kembali lagi. Esok semua umat Islam akan mula menjalani ibadat puasa... so hari ni for the last lunch before Ramadhan, kudut dan kawan ofc kudut kuar lunch ramai2.. dah lama x lepak cam neh time lunch.. sonot walay masa lunch memang teramat la singkat.
Petang pulak kitorang sempat celebrate birthday member PPG SG & GOG yg sambut birthday bulan may dan june. Nyummy dapat makan cake.
Kepada semua yg mengenali kudut dan semua yg baca blog kudut neh.. selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak.

Friday, July 5, 2013

Fareeda .... nyata jelita

Pergh...penangan tudung Fareeda. Hihihi... kudut pun nak tumpang sekaki memotretkan wajah kudut dalam balutan Fareeda.. tu pun ciluk kakak kudut punya. Tumpang melawa. Kakak kudut memang penggemar tegar tudung Fareeda... juling mata kudut tengok tudung Fareeda koleksi dia yg colorfull habis. Tapi kudut akui, tudung fareeda memang berkualiti.. puas hati keluar duit beratus untuk dapatkan barangan yang berkualiti. Bila pakai tudung neh nak kena selesa.. tidak kalu nak jumpa orang pun x confident. So, tiap wanita bertudung patut ada sekurang2nya sehelai fareeda.. percaya la... bila dah rasa sendiri pakai tudung fareeda sure kita dapat rasa perbezaan dengan tudung2 jenama lain. Walau design hampir sama tp keselesaan pasti ada beza..
So untuk kakak kudut dan rakan2 kudut yg lain.. jgn lupa majlis perasmian butik baru FAREEDA di bandar baru bangi pada 7 julai nanti... k bye.

Tuesday, June 25, 2013

Makan.... makan... makan..

Hari ni kali ke 2 kudut buat check up kat hospital Sungai Buloh... boleh tahan jugak la nak kena melepak kat sini.. jam 8.30pg dah sampai.. amik no giliran utk amik no kat bahagian ibu2 mengandung neh... tunggu kama sangat jentoi ajak breakfast dulu.. dah le x der line tenetkat dlm bangunan.. masing2 mati kutu... lepak minum sat kat kedai bakery ... pekena soya bean ngn roti hotdog with cheese... dap..dap...
Dah siap mkn, jentoi suh kudut masuk dulu.. dia tolong tunggu no giliran kat depan... wokey.. kecik tapak tangan klia kudut tadahkan... ahaks... x lama lepas tu dia masuk minta bawak no ... 2047... pergh!!! Mcm biasa start with urine test... amik tekanan darah & berat... tunggu lagi.. kul 10.10 pg amikdarah.. nurse tu ckp after amik darah leh gi breakfast... paling lewat 1 jam dtg balk utk result... alahai.. bukan breakfast lg dah.. nak masuk lunch da... makan meehon je kat hospi cafe... ngn nescafe panas.. pergh!! Lega dpt nescafe...
after 45 minit dlm kul 10.45 masuk menuggu lagi... dr 45 minit dah jd sejam lebey.. hampir kul 1 baru dapat result... scan.. dan blh balik... next appointment kalu sempat 7hb mei... wee... mcm x sempat jer.... tp kali ni satu benda je yg kudut nak tegur ngn perangai sesetengah bapa2 yg temankan ibu mengandung masing2 neh.. x tau dorang buta atau hati dorang buta... tp x semua la... dah tau kusi menunggu x cukup... dorang blh melepak duduk walau depan mata berdiri beberapa ibu mengandung yg tunggu giliran... x ada sivik langsung.. tau la perut korang sama besar ngan perut ibu mengandung tp agak2 la...

Monday, June 24, 2013

....12 years with my Mr. X

Pejam celik pejam celik rupanya dah 12 tahun Kudut dan Jentoi menyulam cinta.. chewah...ayat jiwang gitu. Tak sangka, tapi cukup bersyukur dapat mengharungi segala onak duri mengukuhkan ikatan kami dari bergelar 'orang asing' kepada kawan... kepada kekasih... kepada tunangan dan akhirnya kepada gelaran suami isteri. Terima kasih Allah kerana panjangkan jodoh kami dan sentiasa berdoa akan terus bersama hingga hujung nyawa. 
Cukup appreciate bila Jentoi sanggup redah LPT balik jumpa kudut lagi walaupun cuma untuk sehari semata2 untuk pastikan dia berada disamping kudut pada tarikh istimewa ni walaupun baru minggu lepas dia balik jumpa kami... walau pun Terengganu - Shah Alam tu tak ler jauh mana sekarang, tapi kudut cukup terharu dengan apa yang Jentoi buat... love u so much my Mr. Teddy Bear.
Tak sangka pertemuan yang bermula di traffic light belakang UiTM Shah Alam waktu kudut beronggeng ngan teman serumah Kudut time belajar dulu boleh bertahan kehari ini dan dikurniakan 3 cahaya mata yang menjadi penghibur kami. Why kudut letak Mr. X kat title posting neh? tu nama timangan untuk jentoi bila kudut dan best friend kudut berborak pasal jentoi depan kawan-kawan dia. Rahsia sangat la konon. Kenangan tu cukup indah... dan kudut cukup bersyukur lantaran Allah kurniakan Jentoi dalam hidup Kudut... menjadi pelindung dan tempat Kudut menumpang kasih. Dia cinta pertama dan moga dia jua cinta terakhir buat Kudut.

Untuk papa....
Terima kasih kerana hadir melengkapkan hidup mama 
Terima kasih kerana sentiasa cuba memberi yang terbaik 
dan membuat mama sentiasa rasa disayangi
Terima kasih kerana cukup sabar melayani kerenah mama
 yang kadang-kadang agak keterlaluan 
Mama sayang papa ketat-ketat... dari hati mama.... 



Sunday, June 23, 2013

Malam Nisfu Sya'ban 2013 + fenomena 'supermoon'



"Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA'BAN."

Malam Nisfu Syaaban tahun 2013 jatuh pada 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib

fenomena 'supermoon' juga akan turut berlaku pada waktu yang sama.
'Supermoon' adalah keadaan apabila bulan berada lebih hampir kepada Bumi dalam orbit daripada kebiasaan, dan kesan ini adalah yang paling ketara apabila ia berlaku pada masa yang sama dengan waktu bulan penuh. Jadi, bulan mungkin kelihatan lebih besar walaupun perbezaan dalam jarak dari Bumi adalah hanya beberapa peratus pada masa-masa itu. 

.......*.......


Cepat benar rasanya masa berlalu sekarang ni. Pejam celik pejam celik kita bakal ketemu lagi dengan Malam Pengampunan yakni Malam Nisfu Sya'ban. Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Sya'ban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Seperti yang kita tahu, banyak kelebihan yang terkandung dalam bulan Sya'ban. Jadi malam ni, sebaik sahaja masuk waktu Maghrib buku amalan kita akan bertukar baru. Jadi mulakanlah buku amalan yang baru ini dengan peruntukan amal yang lebih berbanding buku amalan lama kita In Shaa Allah. 

1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013
15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)


Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib


Antara Amalan Pada Nisfu Syaaban

1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
    - Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.
    - Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.
    - Niat terakhir memohon ditetapkan iman.
2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya. (*** juga disunnahkan untuk berpuasa pada siang hari 15 Sya'ban.)



Dengan itu, Kudut ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan andai pernah mencuit rasa kurang senang atau menyakiti kalian semua, sama ada secara sedar atau sebaliknya. Sesungguhnya manusia pasti tidak mampu lari dari melakukan kesilapan. Bersamalah kita memperbaiki amalan kita untuk bekalan di Sana kelak.



Saturday, June 22, 2013

Kisah Instagram .... dan videonya

Facebook introduces video on Instagram? wow.. Baru nak berjinak-jinak dengan Keek untuk bab-bab share video neh, dapat citer best ni pulakkan? so skng kita bukan takat boleh share gambar yang cantik-cantik dan super duper kat Instagram malah video jugak... terbaeeekkk...Kalau sebelum ni.. bila kita nak share video kat internet.. nak kasik kengkawan ke sedara mara ke tengok sure kita share kat YouTube, termasuk la kudut sendiri. Pas tu keluar Keek pulak... Kudut baru je post satu video kat Keek, tup tup hari ni dah Instagram lak leh share video. Cepat benar dorang neh upgrade diri masing-masing, cuma kudut je terkial-kial nak mengejar.
Bercakap pasal kelebihan, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Macam manusia jugakkan. Kalu YouTube, kita boleh upload seberapa panjang video yang kita nak. Keek pulak tak boleh nak edit-edit bagai, apa yang kita rakam itu la yang kita kena share dan hanya boleh share video yang mempunyai jangkamasa 30 saat kebawah jer. Instagram punya boleh upload video dengan jangkamasa satu minit setengah dan mempunyai 13 video filters nak kasik video kita nampak cam pro gitue... dan lagi best ader disediakan 'Cinema Mode' nak bagi video yang kita amik tu tak shaking. Tapi yang tak bestnyer... hanya untuk pengguna IPhone jer... diulangi... IPHONE ONLY... takat ni la ... huhuhuh ... kudut tak der iphone.. sedeh tahap dewa...sebab la Kudut tak dapat nak view Nora Danish nyer first Insta-video tadi.. frust... frust...
Jentoi!!! Kudut nak tukar ke Iphone skang jugak...!!!!. 

Wednesday, June 19, 2013

Suamiku Encik Perfect 10!.... Dia Hero Hatiku...cinta kau dan aku..

Dicintai lebih penting dari menyintai... menyintai tidak semestinya memiliki -dia hero hatiku






Rasanya dah lama kudut tak baca novel.. last maybe masa form 5 dulu. Tapi semenjak dua menjak ni, memandangkan hidup wanita berpantang ni amat la membosankan, terjebak jugak kudut dngn novel2 yang dikumpul dek anak sedara kudut yang macho sorang tu... jangan ingat lelaki tak baca novel.. hahahha.. sure nak belajar jadi romantik kut? 
so selama 1 bulan setengah kudut menghabiskan sisa2 waktu berpantang ni selain dengan activiti makan dan tido... 3 buah novel telah selamat dikhatamkan dengan kesungguhan tahap dewa. Dengan penuh beremosi dan penuh penghayatan. Tiga2 novel ni memang best. Paling best Suamiku Encik Perfect 10!... Walaupun jalan cerita hampir sama bab sorang wanita cantik jadi rebutan ramai lelaki ... tapi masih ada keistimewaan sendiri.
Layan novel neh sebenarnya secara tak langsung bawa kita sekali jadi salah satu watak dalam cerita tu. Hihihih... mesti la watak heroin.. tapi kalu cerita Suamiku Encik Perfect 10! ni di filem kan atau dibuat telenovela... dan kudut diberi peluang untuk memilih pelakon... watak heroin Aleeya Azmeen tu sesuai untuk lisa atau Erin Malek. Watak Zarief Danial kasik kat fisol omar, hairul azreen atau aaron aziz dan watak  Syed Muzaffar kasik kat Fahrin Ahmad... ok tak ok tak? hahahhaa... 
So dalam tempoh pembacaan tu, memang family kudut tak hairan le kalu tengok kudut nyer muka kengkadang kelat kengkadang tersengeh sorang-sorang. So.. masih ada 2 minggu untuk habiskan cuti.. nak kena korek lagi novel best2 dari anak saudara kudut yang prihatin tentang kebosanan suna dia neh... 
So apa lagi.. jom kita semaikan minat membaca dalam diri mulai sekarang... kah kah kah.... 3 novel kat atas kudut recommend pada saper2 yang belum baca dan teringin nak cari novel yang best... berbaloi baloi.... tata 

Saturday, June 15, 2013

Akhirnya.... tamat tempoh berkurung...

Yey!!! Akhirnya hari ni tamat sudah tempoh berpantang... walau pun dalam tempoh tu bukan 100% berpantang pun...hihihi.
Hari ni pun my teddy bear balik.... so apa lagi meronda la ngan pendekar2 kundur. Sempat beli susu formula untuk baby ryyan... enfalac A+. Maklum la... nanti nak masuk kerja nak kena ajar dari skng.. x dapat la Kudut nak kasik 100% susu ibu untuk ryyan... hopefully enfalac ni sesuai untuk ryyan mcm abg2 dia jugak.
Ok... lagi 2 minggu untuk pulak ke shah alam... huhuhu...

Tuesday, May 21, 2013

We Miss U Papa...

Hi hi hi.. hari ni dunia sedikit kelam kabut first day tanpa Jentoi... bibi dorang pun tak der  ada perkhemahan, kakak aby merangkap pengasuh dan teman bermain dorang pun tak der  join perkhemahan gak 3 hari.. mati kutu la dorang. Anak2 kudut bukan patuh dan berdisplin mcm polis walau pun cita2 Mikhaeyl sejak kecik sampai skang nak jadi polis, lagi2 dengan nenek dan atuk dorang.. lagi la... termanja lebih. So bila Jentoi tak der neh terpaksa la Kudut jadi mama yang garang segarang2 nyer... Ryyan pulak asyik nak berkepit jer.. susah nak tido mcm first2 sampai Ganu dulu.. maybe sbb dah sihat... Alhamdulillah. Tu la orang cakap anak lelaki ni mmg kuat menyusu, asal terjaga tenganga2 cari susu...alahai.. Kudut pun dah menghadapi masalah bekalan susu lak neh.. 6 hari ryyan di hospital, bekalan susu makin berkurangan. Nampak gaya kena bertukar ke susu formula la nanti neh. Kesian Ryyan .... 
My little Aeryyan Ryqarl .. 
Semalam kesian tengok Mikhaeyl dan Rafaeyl tidur berdua jer tanpa papa dorang. Hari ni pun mandi ngn nenek dorang...bermain pun nenek atuk dorang temankan huhuh.. we miss u so much Papa... bila dorang tanya mana papa terpaksa la cakap papa gi kerja... Lambat nyer masa berlalu. Kan bagus kalu KL TRG ni dekat .. mesti Jentoi leh ulang alik gi keje... 

Wednesday, May 8, 2013

Hari ke-5 di HBSB

Hari ke 5 kudut dan baby di HBSB dan hari terakhir.. pergh..happy sangat bila doktor bg tau dah blh balik.. tapi sebab waktu keluar tu dah petang around 4 pm x blh nak balik terus ke Terengganu..terpaksa bermlm dulu kat umah dan bertolak pg esok.
Sampai kat subang perdana, pi jemput adik aqiel dulu. Semlm dia x balik, tido umah mak (pengasuh) dia.. berat gak hati tp sbb mak dan kakak2 nak sangat dia bermlm kat sana.. x apa la.. so smlm adam mati kutu sorang2 ngn papa kat umah.. awal2 dah tido.
Sampai umah dah mengeluh panjang tngk umah kat tingkat 4.. alahai... alhamdulillah sampai gak.. x sampai 5 minit pun.. huhuhu.. apa2 pun terima kasih banyak untuk stuff nurse di ward 6D yang jaga kudut dan baby selama kami di sana.. semua friendly dan x lokek bantuan... saper cakap hospital goverment perkhidmatan x elok... tata

Monday, May 6, 2013

Hari ke-3 di HBSB

Hari ni dah hari ke 3 kudut dan baby kat hospital sungai buloh... baby masih dalam pantauan kuning ke tak.. ada skit2.. pagi tadi nurse cakap kalu dah ada sikit2 better letak bawah lampu terus . Huhhu.. cian la baby .. dah la kulit kering nanti letak bawah lampu lagi la..
Tadi after mandi nurse cakap baby kembung... huhuhu.. minyak baby pun x bawak..nak kena tunggu jentoi datang le gamok nyer... jentoi dah 3 hari jadi Mr. Mama... hihihi.. belajar2 la ye... lagi 2 hari baru kudut kuar, tu pun kalu x ada problem.
Jam 8 mlm baby start kena duk bawah lampu... hu hu hu.. kuning la pulak yer anak mama.. seb baik x banyak kerenah.. duk bawah lampu pun elok je tido. Good boy...sayang dia..

Saturday, April 27, 2013

2 weeks more...

Wee!!!! ♥♡♥♡
Lagi 2 minggu nak sambut ahli keluarga baru... hopefully baby blh sabar sampai mama dia jejak kaki kat kampung...hihihi... barang semua dah sedia..mcm nak sambut anak sulung semua beli baru... pergh!! After 4 years x cium bau baby sendiri.. kali ni rasa cam comel jer bila beli kelengkapan baby... semua cute2... tak padan ngn harga...
Next check up sepatutnya 7 mei tp masa tu in shaa Allah dah sampai Terengganu kat bawah ketiak mak.. hihihi.. so sambung check up kat sana jelah..
Nama?? X sure lagi... menurut tilikan cermin sakti kat hospital & klinik...kali ni pun kudut dan jentoi bakal dpt baby boy.. kami menerima seadanya rezeki yang Allah bagi. Apa yg kami harap baby sihat sempurna dan menjadi anak yg soleh atau solehah...

Wednesday, April 10, 2013

Happy Birthday To My Bestie

Happy Birthday to the best friend I ever had...Yey!! akhirnya my best friend pun dah mencecah ke usia 32 tahun, so tak ada la kudut rasa kudut ni tua sangat sbb skng dah ada geng [ayat dengki]. Untuk CT,

 "Selamat Hari Lahir tie... Moga segala impian dan hajat tie untuk tahun ini dan tahun tahun mendatang akan termakbul dan mampu dilaksanakan dengan jayanya.... tie sahabat terbaik yang pernah ana kenal dan moga persahabatan ini akan terus kekal hingga akhir hayat." 

Tahun ni pun tak ada apa2 special untuk my best friend ni, cuma sempat tempah gift melalui online dan hantar terus ke ofc ct... kudut pun tak tengok macam mana ghuper nyer gift tu. Apa pun harap birthday girl suka dan boleh jadi peneman... :) Ada masa kita gi makan2 yer... chow!!! 

Sunday, April 7, 2013

Santapan Hujung Minggu -ZK Al' Azmi Seafood Garden, Bandar Baru Sentul

Hari ni seperti hari hari minggu yang lepas... tak tau nak kemana. Last Jentoi ajak cuci mata kat Pasar Pagi Shah Alam. Pagi tak pagi la.. matahari dah atas kepala baru kami sampai walau pun antara stadium shah alam ngan subang perdana neh tak der la jauh mana.. sempat jumpa kawan Jentoi yang bukak gerai kat saner dan pendekar-pendekar kundur lak sempat rembat slipper sepasang sorang.. 
Mr. Jentoi lak nak beli rim ngn tayar untuk RXZ kesayangan dia.. so tempat paling terbaekkk... Sentul. Tapi before beli barang Mr. Jentoi, kena kasik dua pendekar kundur tu diam dulu, dah bising nakkan mainan. Lagi tak dapat lagi tu dorang bising. So, shopping mainan dulu yer... tarra.... 
happy dapat mainan tp last tertido jugak dlm kereta

ni rafaeyl punyer... kelakar pun ader tengok kereta ni.. boleh tunggang terbalik mcm kena sawan. RM29

Ni abg mikhaeyl punyer... design canteeekk mcm harga dia... yang best leh drift.. RM89

Dah dapat mainan masing-masing baru la papa dorang dapat beli kasut baru utk isteri no 3 dia.. tu.. yang kat bawah ni.. x sempat nak amik gambar kasut baru dia.. nanti kita upload lain kali yer.. ni time pakai kasut lama lagi neh..
ada saper-saper berminat nak beli? hihihih... boleh call terus yer..
After dah shopping kasut untuk isteri no 3.. isteri no 2 pulak buat perangai.. merajuk... temperature asyik naik... garang sangat yer asyik hot jer... ghuper nyer motor radiator pulak tak ada kekuatan super duper.. lemah jer... tu la incik jentoi asyik duk belai bini ke 3 jer.. dah bini ke dua merajuk... huhuhuh... nak kenal isteri ke dua incik jentoi... tu..tu.. kat bawah tu ha... 

Dan bila isteri kedua dan ketiga dapat habuan.. isteri pertama pun mesti la nak jugakkan... tapi isteri pertama tak demand lebey.. nak makan best jer... hihihihi... x kenal isteri pertama incik jentoi?... huhuhuhuh .. malas nak cakap la.. tengok sendiri la... 


Ha.. dah kenal dah? Kalu jumpa budak ni tolong kim salam ek.. jangan nak poyo sangat cakap ngn dia.. hahhaha.. ok.. hari ni kudut nak makan best... dah alang-alang duk kat sentul neh.. moh kita makan kat Al-Azmi Seafood Garden.. sebenarnya dulu pernah datang sini makan tp tak tau AR Steak neh sama sebenarnya satu restoran dngn Al-Azmi Seafood Garden.. hari ni baru tau... hihihih.. So, hidangan kami kali ni lain sikit.. biasa kami makan ikan 3 rasa tp kali ni kitorang order ikan masak taucu... sila tengok semua.. 
kat sini ader pilihan sama ada nak duduk bersila ke duk kat kerusi.. teringin nak duduk bersila tapi sbb saiz perut tak mengizunkan terpaksa la duduk kat kerusi cam biasa.
acara memilih makanan.. 
sempat snap gambar dulu... 

patut last nyer acara sbb dessert tp dah tak sabar nak merasa banana split.. jadi kita manual tukar yer...Harga RM5  jer.. satu untuk abg mikhaeyl satu untuk adik rafaeyl.. dorang makan ice cream je.. pisang mama dorang kena habiskan..

wah.. makanan sudah sampai.. sotong masak kicap dan brokoli goreng.. nyum...

siakap masak taucu... pun best... 
telur dadar
sup ekor yang teramat la lembut.. dap dap

aktiviti santap bermula... bismillah... 
So after perut dah kenyang.. isteri ke 2 incik jentoi pun dah bersinar2 masuk spa.. kami undur diri balik umah dulu sbb incik jentoi dah tak sabar nak kasik isteri ke 3 pakai kasut baru... pendekar2 kundur dah tak sabar nak godek mainan masing-masing dan si kudut ni pun banyak lagi kerja rumah tak settle.. esok dah start sekolah.. dan start kerja.. so sayonara buat hari ni.. jangan lupa tngk ABPBH malam ni yer... tata... 

Wednesday, April 3, 2013

Santap di Lanun Steak Uptown Damansara

Hari ni tetiba je rasa nak makan lamb chop... terbayang-bayang sizzling lamb chop yang pernah kudut makan kat Lanun Steak Uptown Damansara... so terus wasap mr. jentoi meluahkan perasaan yang terbuku dihati.. wek!!! So hari ni balik kerja tak der singgah2 mamak... x pandang pun kedai mamak yang selalu kitorang makan tu time balik.. [sombong konon nak makan lamb chop]. After ambil Mikhaeyl dan Rafaeyl dari umah pengasuh masing-masing kitorang terus gerak ke Uptown Damansara.. nak cepat punya pasal malas nak redah jem time2 mcm ni.. kitorang lalu highway terus... baby dalam perut ni pun dah meninju-ninju... menendang-nendang dah terbayangkan lamb chop tu... huhuhuh
So around 8PM ++ kitorang sampai .... dan hari ni tanpa banyak cakap kitorang start melanun.... nyum nyum.... Kudut order Sizzling Lamb Chop without Bone, Mr. Jentoi lak rembat Lamb + Chicken Chop Sizzling, Mikhaeyl nak Fish & Chip... cuma Rafaeyl jer... nak otak-otak... hik! Memang puas makan sbb tak perlu asingkan tulang temulang.. Harga pun tak ler mahal sangat.. standard... total around RM60 termasuk epal juice, sirap ice dan nescafe ice size medium.... 
Sizzling Lamb Chop without Bone
Lamb + Chicken Chop Sizzling

Fish & Chip



Sunday, March 31, 2013

Jom Rempit - Convoy To PD With KMMC group.


Erm... tolak tambah cuma ada sebulan seminggu je lagi neh nak capai due date... seram makin bertambah seram... dah 4 tahun pengalaman tu berlalu..huhuhuhu.. so x dapat nak budget mcm mana rasanya kali ni. Apa-apa pun moga dipermudahkan segalanya.
    Walau pun last minute nyer decision .. Nak tak nak tu sama banyak.. akhirnya kudut ikut jugak incik jentoi and the geng berconvoy ke PD - bukan dengan kereta yer.. tapi kali ni merempit... kata dorang nak mengulangi zaman kegemilangan time muda-muda dulu.. [mengaku gak dorang dah tua sekarang yer? hahahha]

    Dua pendekar kundur kesayangan Kudut terpaksa ditinggalkan kat pengasuh untuk pertama kalinya pada hari Ahad [takkan merempit bawak dorang.. lain la kalu naik motor tayar tiga.. hahahah... ]... Tu sebenarnya yang buat kudut berat hati nak ikut mr. jentoi... berat hati nak tinggalkan permata hati yang berdua ni.. huhuhu.. kalu boleh letak dorang dlm perut sekali dngn baby neh.. senang citer.. perut mr. jentoi pun dah penuh.. terlebih muatan dah.. kih kih kih
    Pagi semua peserta convoy berkumpul kat Taman Medan.. port biasa dihadapan kedai makan SMS. Set janji jam 7.30 pg tp jam 8.30pg kami masih melepak kat situ.. snap saner snap sini.. huhuhu... badi bergambar... kalu secara tak rasminya kiraan yang kudut dapat... semua sekali dalam 20 buah motosikal. Ada yang bawak kaum ibu dan ada yang merempit single. Kali ni kaum ibu cuma ada 7 orang jer...dan calon-calonnya .... tarra...

credit to KMMC Motorsport FB


credit to Mr. Jon BP FB

    Dalam jam 9 lebey baru kami semua gerak... terus ke R&R Seremban untuk breakfast. before 10a.m dah sampai R&R Seremban .. punya la ramai orang kat situ sampai tempat duduk pun tak der.. 1008 kali tawaf pun x jumpa tempat duduk.. jentoi bukan nak makan KFC pagi2 cam neh.. huhuhu.. tekak melayu.. so melepak la kudut dan jentoi bawah pohon kelapa yang merimbun tu untuk breakfast.. pergh!!! tengah menternak lemak pun sempat amik gambo yer... pastu hantar kat wasap masing2.. penangan gila wasap mmg mcm tu... [tengah tido sebelah2 pun boleh wasap lagi agaknyer kan?] hahahaha...
poyo x? duk sebelah2 pun nak wasap bagai.. huhuhu.. peyut kudut dah nampak dah... tapi cam lebih kurang ngn peyut jentoi jer.. hahahhhaah. 

After breakfast baru gerak ke PD.. aha.. bawah ni gambar just after Mr. Jentoi dapat surat cinta dari abang traffic sbb tak tampal no plate kat depan.. kih kih kih.. tu la saper suh tukar cover motor kul 2 pagi... kan abg traffic dah jatuh cinta.. Tapi time ni perut kudut tak nampak pun.. sbb mr. jentoi tolong bawakkan.. sungguh baik hati jentoikan? hihihihi. Sebab mengimbau kenangan zaman dulu-dulu kita edit kasik nampak cam gambar zaman dahulu kala skit... huhuhh


credit to Wan Kecik FB
    Sampai kat Teluk Kemang teramat la penuhnya manusia.. sampai tempat parking pun tak der.. last kitorang melepak kat depan hotel lido.. sewa tempat bersantai yang teramat best.. melepak sampai petang.. tak jauh pun dari Teluk Ketapang.. menapak jer ke sana beli barang-barang dan kudap-kudapan.. tapi sbb kudut ni dipanggil ibu mengandung so mmg dah tak larat [malas sebenarnya] nak bawak perut menapak.. kudut lepak je bawah payung sambil feeling2 ala-ala kat hawaii gitu.. kih kih kih ... Mr. Jentoi lak mcm biasa dah terlentok baeeekkk punyer... Erm.. datang merempit jauh2 boleh dia bantai tidur pulak yer...




Erm... after dah minum basahkan tekak, Jentoi & abg jon meronda satu PD cari no plate motor. Huhuh.. tinggal Kudut ngn kaum ibu yang lain menikmati suasana dan keindahan pantai teluk Kemang tu.. walau pun panas tapi boleh terlena kalu tak kuat semangat.. angin menderu2.. best nyer kalu dapat tido.. tp control.. karang ternganga tido kat situ jadi bahan pulak. Free-free muka masuk FB.. hahaha.. tp mcm dikatakan tadi kudut dan jentoi dilanda sindrom wasap yang cronic.. [lagi-lagi jentoi la 24 jam nak hantar gambar muka dia.. tak caya? ce tengok ce tengok bawah :P]
huhuhu... dah tinggal leh tanya ok ke tak pulak yer.. 
Petang skit..kaum adam ader yang pi mandi.. kami kaum hawa cuma makan dan borak.. order makan lagi.. order minum lagi .. borak lagi.. sampai la ke petang.. sekali-sekala dapat berlibur jauh dari melayan kerenah anak2 apa salahnyakan.. Jentoi and the geng sempat gak menggelapkan badan yang dah memang gelap tu..  main bola kat tepi pantai.. huhhuhuh... nampak dari jauh.. dalam bayang-banyang membelakangi mentari petang... walau pun muka tak nampak tp kudut boleh kenal mana satu Mr. Jentoi kudut... dan kudut akui.. Mr. Jentoi kena kurangkan lemak di perut.. hahahhaha..

    Dalam jam 6 lebih baru kami gerak balik.. pergh!! terkejal kejab kat highway area before seremban sbb hujan.. tapi nasib baik tak melarat.. kejab je... x sempat basah pun.. agak sia-sia la jentoi benti pakai baju hujan.. hihih. Kat R&R seremban benti sat isi minyak then terus pecut ke PJ.. Dorang benti lepak kat R&R sat untuk dinner.. tapi kudut ngn jentoi terpaksa undur diri lebih awal sbb hati dan naluri kami dah teringatkan pendekar-pendekar kundur kami yang dah seharian kat rumah pengasuh. Lagi pun esok dah start sekolah.. 
    Sampai kat umah pengasuh, dorang dah menjerit-jerit happy tengok kitorang.. huhhuh.. cian dorang kena tinggal.. semua dah mandi hensem2.. balik umah tukar amik kete dan kitorang berempat jalan-jalan cari makan untuk family dinner... nyum! nyum... Sup ekor.. kembung masak kicap..sotong masak paprik.. telur dadar ... cukup mengenyangkan.... Minggu depan kalu tak ader aral melintang menegak.. Kami balik kampung... yahoooo......chow!!!

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...