| Jejak Si Pari-Pari |

Tuesday, March 29, 2011

SALES 2011..jom shopping.

Haaa... entry kali neh ditujukan kepada saper2 yg suka sangat shopping... saper yg ader bulat2 kat kalendar tu utk booking hari nak pi shopping..sila masukkan tarikh2 kat bawah ni yer dlm senarai anda... lagi2 para ibu bapa yg ada baby riang ria tu.. jom usha!!


 5 April 2011 – 11 April 2011

2011 Poney Clearance Fair



Potongan sehingga 70% yang merangkumi brand Poney, Baby Poney and Renew.Bertempat di Ground Floor, Oasis Atrium IOI Mall, Puchong Selangor, Malaysia. Ada gak xtvt2 utk kanak2 disediakan... jom serbu!!!!

23 April 2011 – 24 April 2011

Pureen Stock Clearance 2011

pureen sekali lagi mengadakan a stock clearance pada bulan APRIL nanti.. kat mana? ok...salin alamat neh... karang kita gi wat lawatan che kiah bersama2..Summit Company (M) Sdn Bhd, Lot 6 Jalan 19/1,46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


30 March 2011 – 10 April 2011


Branded Sale 2011 SS Two Mall

ha..yang ni best sbb dekat jer ngan tempat kerja kudut... bertempat di SS Two Mall, Jalan SS2/72 PJ [lot G-03].. Ade mcm2 bermula dari pakaian... kasut...eye wear.. dan mcm2 lagi... erm..saper cepat dia dpt.. so 30hb nanti dpt jer gaji kiter terjah SS2 Mall... 

source : credit to everydayonsales.com

Sunday, March 13, 2011

XTVT hujung minggu ke-2 March 2011

kalau ujung minggu lepas kudut & jentoi sekeluarga merembeskan masa kat Pantai Remis Klang dan Jusco Bukit Raja… Minggu neh kitorang wat kawad kaki kat Jusco Bukit Tinggi lak… biasa la ujung2 minggu neh dah kehabisan idea nak melepak kat mana ngan anak2.. kalu couple2 dulu boleh gak gi main bowling ker.. tengok wayang ker.. karaoke ker… dah ada 2 pendekar kundur neh.. terbatas skit ler tempat2 tu.. .karang gi main bowling dorang lak yg tergolek kat lane.. karaoke lagi la.. orang lain syok nyanyi kitorang Cuma leh jadi suara latar jer ler.. apa idak nyer kalu batang ice cream tu depa tak nak lepas.. kih kih kih.. tengok wayang? nanti karang kitorang lak wat wayang mengejor depa semua mcm citer Hindustan…jadi hari2 minggu ni bawak je le dorang pi playground… x pun tempat2 mainan kat shopping2 complex.. si mikhaeyl tu mmg suker.. x makan pun tak per…. kih kih kih…

Tp before ke jusco tu sempat le jentoi drop kan kudut kat kedai rambut evolution kat area sri manja.. kasik potong ini rambut lagi.. kasik pendek lagi.. sudah rimas ler bila dah menjalar skit kat leher neh.. tak per la nekad jer ler.. dlm masa yg sama jentoi bawak mikhaeyl gi potong rambut kat tempat lain.. then dorang balik umah mak ucu dorang sat mandi..  
So melepak le kitorang kat Jusco Bukit Tinggi Klang tu.. sambil mikhaeyl duk panjat saner terjun sini melayang kat saner menjulur kat sini kat playground area food court ngan kawan2 baru dier.. kitorang bertiga.. kudut, jentoi  Rafaeyl layan perut… Jentoi order nasi ngan kepah & sotong masak pedas.. kudut layan fish n chip ngan nasi goreng… ingatkan si mikhaeyl ngan rafaeyl suka le ngan fish & chip neh.. sekali kudut sorang2 kena habiskan.. dorang makan kentang gorang jer.. tu dier...bukan main lagi kudut menelan fish and chip tu...
adeh.. mcm mana le nak window shopping neh kalu perut dah penuh.. kasut lak 3 inci.. mana le kudut tau jentoi nak ajak shopping…. kalu tak pakai sandal jer.. hehehe.Jalan nyer jalan.. ader pulak kete2 yg bergerak pakai token tu… aper lagi terpaksa la bayar tol kat situ.. tak per la.. bukan tiap2 hari pun seminggu sekali hari dorang jalan2.. layan jer ler..

Lalu kat kedai lovely lace… adeh.. terkenang time kawin dulu.. bau dier tu… kudut pandang jentoi ‘awak ingat tak bau neh’ hihihih.. jentoi senyum jer sbb dier tau perangai kudut neh.. hidup dalam kenangan.. tak habis nak terkenang2.. dan untuk menunjukkan yg dier ni suami prihatin jentoi pun berkata ‘ pergi la beli nanti boleh pasang kat umah…’ yahoo.. aper lagi macam mama sinchan ler kudut masuk kedai lovely lace tu.. mintak ngan jurujual kat situ Fragrant oil dari koleksi Teddy’s Scent – Teddy’s Dream. Harga dier RM16 after less dapat RM14.50… sebelum sampai umah dlm kete kasik taruk skit.. warghhh…tenang amat cium bau tu.
Edisi shopping nyopping pun tak menjadi sbb kudut neh memilih skit bab2 nak beli baju neh.. ingat nak cari dress tp semua seksi2 belaka.. bila masa lak nak pakai.. tak per banyak masa lagi.. lain kali ajak jentoi ronda tempat lain lak.. balik dari Jusco singgah giant lak cari barang dapur.. bukan barang dapur sngt pun banyak pd benda nak kunyah2 kat umah.. vitagen, calcium, susu mikhaeyl rafaeyl, buah2…gula2, biskut semua bagai.. nampak sikit tp hampir cecah RM200.. ish ish ish.. seb baik tak yah beli bwg, beras, gandum semua bagai… [nampak sngt tak masak kat umah hehehe]

Dan before balik singgah satay hj samuri PKNS shah alam tapau satay 20 cucuk… balik cam biasa terusik lima nam cucuk pastu sumbat peti ice… kih kih kih. Mikhaeyl lak dah kena belit ngan PS2.. jentoi belikan CD baru utk dier tadi…. penat giler.. amat sangat..tp penat2 pun dah jadi mak budak neh kena la settle anak2 dulu before tido.. kemas baju dorang utk hantar pengasuh esok.. bancuh susu.. jemur kain yg tak sempat jemur siang tadi.. kemas semua barng yg baru beli tadi.. daj sempat lagi layan FB & Blog.. hehehe… pastu bila rafaeyl nangis.. teman kan dier tido dan mama dier tido sekali dngn laptop tak shut down.. dan esok nyer.. jam 7 pg baru terjaga dan berulanglah kehidupan harian … seperti mama sinchan cari tuala tuju toilet sambil garu tapak kaki jentoi suh bangun siapkan anak2… 

Friday, March 11, 2011

Lunch @ Picadilly Millennium Square PJ


Salam sejahtera utk kengkawan... huhuhu... aper? kisah makan2 lagi..dah itu jer yg kitorang pandai ..kih kih kih.. kali ni kitorang kumpul lemak kat Piccadilly Millennium Square PJ. Nama best..environment best... tp kali ni kitorang kasik 3/10 jer sbb hot cappuccino yg sy dan zira order lambat sampai.. dah ler waktu lunch kitorang cuma sampai jam 1.20PM... korang nak tau cappuccino kitorang sampai kul berapa? 1.21PM.. sendiri paham ler yer cam ner kitorang menyeludup masuk ofc lepas tu... seb baik tak kantoi...maksud nyer sy dan zira cuma amik masa kurang 2 minit utk habis kan hot cappuccino kitorang yg dah tak hot lagi dah tu... hampeh...boikot!!! 
kali ni kitorang ber5 jer.. kudut,wani,amy,lin,zira dan seekor kumbang penyeri meja...kamarul.. kih kih kih...tu pun kamarul datang kemudian sbb hari ni kan jemaat.. budak lelaki break lambat sket... kitorang pi saner naik kete latte si zira... dah ler parking susah... EG sekali lagi tak join kitorang.. erm..bz bebenor CEO kitorang tu skng.. pagi2 dah angkat budak pengsan... echeeehhh...gagah gitu... tabik spring to him..
Tapi siyer la..tak best la kuar masa lunch neh..makan pun nak kena cepat2..tak dapat menikmati dengan sempurna... apa2 pun lepaking ngan korang mmg best sokmo...
cara posing terbaeekk utk kelihatan ayu...tangan mesti di dagu.. cuba la...keh keh keh
abaikan ajer aksi2 seram tersebut.. kih kih kih
sila sengetkan kepala anda utk lihat gambar ini.. sy mls nak edit..
lin dan kamarul.. fuyoo.. kamarul teddy bear potong rambut... nampak muda gitu..hihih
lin..udah udah le tu layan FB... 

dah start meroyan bila hot cappuccino tak sampai2... 

TAZKIRAH : RAHMAT SELAWAT

Sempena hari jumaat yg mulia neh... marila kita berkongsi2 ilmu... dan kali ni kudut memperkatakan mengenai selawat.... dan hikmah2 nyer...


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.) 
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya. 
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah. 
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang. 
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain. 
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim. 
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani 

Friday, March 4, 2011

LUNCH @ MC'D SS14 PJ dan KISAH PEREMPUAN TAK SOPAN‏

Hari ni lunch kat luar lagi bersama Keyrol ibu mengandung. Anje sengal dan lin… wani dan amy tak join hari ni sbb diorang cuti.. so kami bekalkan dorang gambar kenang-kenangan…keh keh keh.. EG pun our mr. president tak dapat join sbb menyahut seruan Ilahi… solat jumaat ler… so meronggeng la kitorang ber4 ngan kereta latte milik anje sengal yang amat budiman hari ini menampung bontot2 kami ber3 dikerusi empuk si latte… dan sempat la jugak mendengar citer si anje sengal pasal sorang pemandu wanita bertudung litup tp tak punya kesopanan semalam bila mana niat baik anje sengal telah disalah erti… ekceli wanita bertudung litup yang memandu kereta perodua kembara ber nombor pendaftaran WML 5977 cuba nak memotong ke kanan di jalan 2 haal…tapi anje sengal neh pun turut menghimpit ke kanan sbb tak nak kasik kete neh memotong… kenapa? Salah.. bukan kerana anje sengal neh dengki.. tak kisah pun kalu berpuluh2 ribu kete yg laju2 bak gaban nak memotong latte dier, tp kerana dari arah depan ader motosikal yg dikhuatiri anje sengal tidak disedari oleh pemilik perodua kembara tu.. haaa.. bukan kah baik niat anje sengal tu.. tp bila dah anje sengal bagi jalan kat perodua kembara tu.. owner yg bertudung litup tu boleh bg pandangan ‘mak lampir’ dan tunjuk isyarat tutttt… kat anje sengal.. saper tak bengang??? kami yg mendengar neh pun bengang aper lagi anje sengal…. mmg ramai pemandu2 yg tak berpuas hati akan tunjuk isyarat tu.. tp agak nyer aper yg anda akan rasa kalu niat baik anda dibalas dengan isyarat tersebut dan yg lagi memalukan isyarat tersebut datang dari seorang wanita melayu ISLAM..[not confirm about this even though she’s wearing tudung may be just as uniform..hihihih] yg sempurna akal dan sifat luaran nyer… so andai kata la ader kengkawan pemilik WML 5977 yg terbaca entry neh… atau mungkin pemilik nyer sendiri yang baca… ubah le perangai sebelum keburukan sifat anda itu membawa bencana satu hari nanti… kita sama2 bayar road tax … malah mungkin road tax yg kami bayar lagi mahal dari road tax yg kamu bayar utk kembara tu.. jadi jangan kurang ajar di jalan raya… seb baik perempuan tu tunjuk tuutttt kat anje sengal yg disabarkan oleh amy dush dush yg turut sama menjadi co-pilot..kalu perempuan tu tunjuk isyarat tu kat orang yg baran.. aper jadi? nak kena follow sampai umah? nak kena pecah cermin kete? nak kena baling telur busuk? atau nak kena langgar? jadi sebelum kita wat tindakan.. fikirkan perasaan orang lain dan buruk baik dari tindakan kiter tu.. seb baik kitorang takder dalam kete waktu kejadian tu… kalu tak… sendiri mau ingat ler…!!! ini bukan ugutan tapi rambut sama itam hati lain2… berani buat berani ler tanggung..so untuk BFF ku semua tutup citer perempuan tak sopan tu dan nah ..hambik ubat…..hehehehe
with lin... alamak! kacau le cahaya kat belakang tu...re-snap please anje....

tarra.. haaa.. baru nampak clear skit... cedap!!! x tipu...wani cinonet & amy dush2 jangan jeles...

ni ibu mengandung yg nakal.. hehehe... selamat bercuti panjang dear... 

tak tau aper motif anje sengal wat memek muka cam neh..tahan kentut ker? kih kih kih

anje sengal ngah menghapdet wani cinonet & amy dush dush... keyrol.. udah2 le tu pandang minah arab kat sebelah tu...dan untuk pengetahuan semua.. burger sekerat yg kelihatan itu adalah burger kudut yg telah dibaham separuh.. hahahah



Thursday, March 3, 2011

Lunch @ Old Town White Cafe...


Salam semua rakan blogger dan rakan opis yg baca entry neh…hari ni kitorang lepaking kat Old Town White Café lagi .. tp kali ni lunch time.. sajer je nak pekena Mocha Freeze dier yang lazat tu… dan sajer je nak belajar cara2 makan orang kebulur sbb terpaksa telan tanpa kunyah ..maklum ler masa rehat 45 minit jer.. tak sempat nak makan ala makan beradab time sanding dulu huhuhu.. tapi mocha freeze dier mmg lazar berkrim..melekat rasa mocha tu dua hari dua malam.. kih kih kih … mmg pure giler.. kali ni kitorang bertujuh jer.. [kudut, wani cinonet, keyrol ibu mengandung, Anje sengal, Amy dush dush, EG bam bam dan kembar mak lain bapak lain EG bam bam iaitu Kamarul teddy bear] Lin last minute lak cancel tak jadi pergi.. don’t know why.. tp dier dan jep ada kim mocha freeze… jep kim mocha freeze???? biar betik… diluar jangkaan...dia mmg benar2 melalui process penambah baikan skng neh… hehehehe… good! good!
Kitorang pi 3 kete… tak tau le awat banyak kete sangat padahal bukan kah elok andai berkongsi kereta? wat rugi minyak jerkan..chewah… kudut cam biasa la tak pernah berpaling tadah..setia pada yg satu.. tetap naik kete wani cinonet bersama2 keyrol ibu mengandung… anje sengal bawak amy dush dush… EG bam bam mesti la bawak kembar dier Kamarul teddy bear.. kuci kuci kuci... hihihihi... ekceli hari ni kudut dah janji ngan jentoi nak lunch samer2 sbb mmg dah lama benor tak berdate neh, tp memandangkan masa kudut call jentoi.. jentoi masih kat atas moto lagi on d way balik dari KL.. huhhu..so baik kudut join member2 gerak dulu ... ajak jentoi join sekali.. tp bila jentoi sampai kat Old Town White café 3-2 square tu bos dier lak call sbb ader orang nak test drive kete kater nyer. time2 nak berdating ni ler ader yang nak test drive yer... huhuh.. terpaksa ler dier mengorbankan waktu rehat dier dan balik ofc… cian jentoi kudut kan.. tp tak per la.. kerja… nak wat cam ner kan? (erm...betul ke jentoi... jngn last minit tukar plan berdating ngan orang lain lak sudah lah yer..heheheh)
Dan macam yg sy telah war2 kan satu taman perumahan tadi, kali ni sy order mocha freeze ngan egg toast bread… mmg lembut giler roti dier..cukup kenyang... ader masa nak datang breakfast ngan jentoi ler .. yg lain2 dah luper dorang order aper.. sempat ler jugak kamarul teddy bear ngan anje sengal melayan FB sesaat duer... tp mcm tak syok ler lepaking kitorang kali ni sbb rush sangat .. tu pun dah tersasar dari waktu dah tu.. seb baik selamat masuk pagar.. so tu jer yg boleh di hupdate.. dah tak der menda lagi dah nak bercerita.. kudut dah kusut dan kudut nak undur diri.. korang belek le gambo2 kat bawah neh yer… x banyak tapi cukup utk dibuat kenangan… tak comel tapi cukup seri mata memandang.. utk kawan2 kudut.. korang memang best… kita best cara kiter yer…!!!




SELAMAT MAJU JAYA DALAM MENTERNAK LEMAK...HEHEHEH

Wednesday, March 2, 2011

11th Malaysia Career & Training Fair

Dah lamer benor rasa nya saya tak hupdate blog neh... sebok tahap tenuk mengeram skng neh.. tak menang tangan nak wat kerja kat opis tu... lagi2 skng one of my ofcmate dah start maternity leave.. so buat masa neh sy le yang kena support.. tp kira ok la.. tak semua orang dapat kepercayaan nak buat kerja2 tu.. so think positive.. saya mmg bertuah [mcm tak percaya jer sy leh cakap mcm neh]. Kali ni nyer entry pun mmg sy nak bercerita pasal kerja... cari kerja.. haaa!! kepada sesapa yg rasa tak puas hati ngan kerja sekarang..mana tau kat ofc x leh main FB ker... tak leh shopping online ker... x leh nak twit2 ker... ha.. skng le masa yg sesuai utk kamu cari kerja baru sbb start 15hb~17hb April 2011 bermula jam 10 pagi ~7 mlm jobstreets akan anjurkan Malaysia Career & Training Fair yang ker 11 bertempat di Mid Valley Convention Centre.  ada lebih dari 100 company yg akan bukak booth kat saner... so aper lagi.. kasik harung satu kali.. mana tau dapat kerja best....gaji riban2...tak salah kan berusaha utk kebaikan.. 

ok..ok.. mesti ramai yg nak tau kan company aper yang join career fair kali ni... sila lihat senarai kat bawah... 
  1. T-Systems Malaysia Sdn Bhd
  2. Panasonic Group
  3. Nestlé Products Sdn Bhd
  4. Vale
  5. Sony EMCS
  6. AIG Global Services (M) Sdn Bhd
  7. KFC Holdings (M) Berhad
  8. British American Tobacco
  9. RBC Dexia Investor Services
  10. 101 Hair Care
  11. A'Famosa Resort Hotel Sdn Bhd
  12. AIA Berhad
  13. AIA Berhad
  14. AIA Shared Services
  15. AirAsia Berhad
  16. Alliance Financial Group
  17. Allianz Malaysia Berhad
  18. Ambank Group
  19. APM Automotive Holdings Bhd
  20. AUO SunPower Sdn Bhd
  21. Avanade Asia
  22. Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd
  23. Chartis Malaysia Insurance Berhad
  24. CIMB Group
  25. Credit Guarantee Corporation (M) Berhad
  26. CustomWare Asia Pacific Sdn Bhd
  27. CWA
  28. Dell
  29. Dyson Manufacturing Sdn Bhd
  30. eBworx Berhad
  31. Edict Sdn Bhd
  32. Eon Bank Group
  33. Eu Yan Sang
  34. Exact Asia Development Centre Sdn Bhd
  35. Faber Group Berhad
  36. Fibertex Personal Care Sdn Bhd
  37. Fraser & Neave Holdings Berhad
  38. Freescale Semiconductor Malaysia Sdn Bhd
  39. Fuji Electric (M) Sdn Bhd
  40. GCH Retail (M) Sdn Bhd
  41. Genting Group
  42. Great Eastern
  43. GS Paper & Packaging Sdn Bhd
  44. Hewlett-Packard (M) Sdn Bhd
  45. Honda Malaysia Sdn Bhd
  46. Honeywell International
  47. HSBC Electronic Data Processing (Malaysia) Sdn Bhd
  48. HSBC Software Development (M) Sdn Bhd
  49. Infineon Technologies (Malaysia) Sdn Bhd
  50. Intel
  51. International Islamic University Malaysia
  52. IRIS Corporation Berhad
  53. Jabil Circuit
  54. Jardine OneSolution (2001) Sdn Bhd
  55. JFPS Group
  56. Jinpao Precision Industry Co., Ltd. (Thailand)
  57. JT International Trading Sdn Bhd
  58. Khind Holdings Berhad
  59. Kuehne + Nagel Sdn Bhd
  60. Kum Hoi Engineering Industries
  61. KVC Industrial Supplies Sdn Bhd
  62. LB Aluminium Berhad
  63. Magnificient Diagraph Sdn Bhd (Carrefour)
  64. Malaysiakini
  65. Manulife Technology & Services Sdn Bhd
  66. Marcus Evans
  67. Materialise Software
  68. Maxis
  69. MCIS Zurich Insurance Berhad
  70. Mesiniaga Berhad
  71. MSC Malaysia K-Workers Development Initiatives
  72. Muehlbauer Technologies Sdn Bhd
  73. New Hoong Fatt Holdings Bhd
  74. NOL Global Services Centre Sdn Bhd
  75. O.Y.L. Group
  76. Only World Group
  77. Openet Telecom Malaysia Sdn Bhd
  78. OSK Investment Bank Berhad
  79. Pharmaniaga
  80. Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd
  81. " Plexus Manufacturing Sdn Bhd "
  82. Price Solutions Sdn Bhd
  83. Public Bank Berhad
  84. Public Mutual Berhad
  85. Q Cells
  86. Radicare (M) Sdn Bhd
  87. Real Education Group
  88. Reliance Pacific Berhad
  89. Renesas Semiconductor KL Sdn Bhd
  90. Rentokil Initial (M) Sdn Bhd
  91. RHB Banking Group
  92. S P Setia Berhad
  93. Samsung Electronic Display
  94. Scope International
  95. SGL Carbon Sdn Bhd
  96. Silterra Malaysia Sdn Bhd
  97. Silverlake System Sdn Bhd
  98. Steelcase Office Solutions (M) Sdn Bhd
  99. Sushi Kin Sdn Bhd
  100. Tan Chong Group
  101. Tele Dynamics
  102. The Lion Group
  103. The Lion Group
  104. The Sunway Group
  105. Titan Chemicals
  106. Top Glove Sdn Bhd
  107. UMW Group of Companies
  108. UMW Toyota Motor Sdn Bhd
  109. Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd
  110. Unisem (M) Berhad
  111. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
  112. UTS Marketing Solutions Sdn Bhd
  113. Vista Laser Eye Centre Sdn Bhd
  114. Vista Laser Eye Centre Sdn Bhd
  115. Western Digital (M) Sdn Bhd
  116. Worldtech Solutions Sdn Bhd

gila babas kan? seb baik company sy kerja skng neh tak der... kih kih kih.  mmg luas le peluang kamu nak dapat kerja.. percaya ler.. so aper lagi.. update resume kamu skng kat jobstreets..so pergi saner nanti tak yah nak bawak2 resume...terus refer kat jobstreet... cuma bawak sijil2 asal jer ler...ok lah kalu nak info lagi lengkap sila ker jobstreet caree fair...  goodluck... untuk kamu dan sy jugak....
chow!! nak gi beli baju baru nak wat gi career fair.... hihihii

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...