| Jejak Si Pari-Pari |

Tuesday, August 31, 2010

:: MALAYSIA...MERDEKA??? ::

SALAM KEMERDEKAAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Selamat menyambut hari kemerdekaan kali yang ke-53 kepada semua warga Malaysia. Proud to be Malaysian.. walau pun skng ni mcm2 bencana sedang melanda dan merebak di tanah tumpah Negara kelahiran sy ni… macam2 wabak mula berakar umbi dan mcm2 keganasan mula memenuhi media2 massa.. kadang2 time tengok berita kat TV cam sy skang berada di amerika.. bom saner bom sini.. tembak saner tembak sini.. wa… tahniah!!! rakyat Malaysia makin berani bertindak ganazzzz… tapi sy tak pernah bangga melihat keganasan tu.. meloyakan.. entah makhluk mana yg menjejak tanah bumi Malaysia yang merdeka ni tapi bersifat penjajah.. Wabak buang bayi makin menjadi-jadi.. makin digiatkan kempen kesedaran makin banyak bayi tak berdosa di humban dari bangunan.. disangkut di tiang penanda jalan.. diselit ditepi longkang… dicampak kedalam tong sampah.. giler ker mak diorang ni? (bapak dorang tak payah cakap la.. mmg tak guna langsung…) Sy setuju bila kerajaan akan jatuhkan hukuman gantung sampai mati pada orang yang buang bayi ni.. tp sy akan lebih bersetuju kalu binatang bertopengkan manusia ni dirotan dikhalayak ramai sebelum menjalani hukuman gantung… biar semua yang tengok hukuman tu akan betul2 insaf..betul2 amik iktibar, kalu takat gantung waktu pagi dalam bilik gantung.. saper yang nampak… bila tak nampak ader ker yang nak amik iktibar…??? Tah ler bila bercakap pasal isu buang bayi ni sy amat emotional… sbb sy ada baby yg walau pun sy jentik sikit rasa bersalah amat sangat.. ini kan pula nak campak sampai berkecai.. nauzubillah..
Jadi rasanya kita hanya merdeka pada nama.. tapi hakikat kita masih dijajah ditakluk oleh nafsu… untuk gadis2 diluar sana yg masih belum tahu hakikat pergaulan adam dan hawa yang sebenarnya.. renung2kanlah...

MERDEKA UNTUK GADIS MALAYSIA


Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tepat detik 12.01 pagi 31 Ogos..
Laungan Merdeka berkumandang…
Anak muda bergaul tanpa batasan..
Tak kira bangsa tak kira jantina
Ini semua tanda kami anak Malaysia..
kami 1 Malaysia.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Terkinja2 dlm khayalan
Berbaju… bak tanpa seurat benang..
Berpeluk.. tanpa halal dan haram…
Meliut tubuh menjadi tontonan..
Terlupa maruah terlupa akidah
Merasa bangga menjadi jalang..
Mengizin diri jadi gadaian….

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Habis manis sepah dibuang..
Ditinggal pergi dicampak ditendang..
Menyesali diri atas keterlanjuran
Merintih airmata darah tiada pulangan..
Rahim berisi ‘waris’ tak bertuan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tiba saat ‘waris’ memandang bumi
Kesakitan merentap mencengkam diri
Dibilik lembab hapak dan jijik
Waris kini…memperkenalkan diri…
Tanpa azan bersama mengiringi
Namun disambut penuh rasa benci..

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Lantaran keegoan mengaburi diri
Ketakutan.. malu.. benci.. meraja dihati
Pandangan suci dipandang sepi
‘Waris’ dihentak dicampak disakiti..
Belum sempat menatap manusia yang melahiri
‘Waris’ kini dipanggil kembali….. tempat mu bukan disini

Merdeka kah itu namannya?

No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...