| Jejak Si Pari-Pari |

Monday, March 12, 2012

Tempat mu di syurga Nurul Nadirah... Al-fatihah...

Pada 8/March yang lalu kudut ada menerima 1 MMS dari Maxis Nur Alert mengenai kehilangan seorang kanak2 perempuan bernama Nurul Nadirah binti Abdullah berusia 5 tahun yang dinyatakan hilang pada 1 March yang lalu berdekatan Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai Johor..malah hingga hari ni MMS tu masih kudut simpan dan hari ni bila bukak internet tertera article yang adik Nurul Nadirah telah ditemui... dalam keadaan rentung... time tu jugak terbayang wajah comel dalam MMS tu.. Kejam nyer manusia ni kan? Kanak2 yang tak berdosa jadi korban 'kebinatangan' yang beraja dalam jiwa. Kanak2 kecil mcm tu pun dijadikan mangsa... tak terbayang ke dek akal apa yang mereka rasa kalu anak atau adik mereka sendiri di perlakukan mcm tu? Tapi MANUSIA.. kalu nafsu dah beraja dihati... mmg lagi  tak guna dari binatang.
Tak tau mcm mana penerimaan ibu mangsa yang lebih mesra dengan panggilan Dirang ni bila dapat berita ni.. Apa yang kudut tahu Dirang ni hilang waktu dier pergi beli mee maggi kat kedai... tu jugak yang buat kudut lagi sedih.. tengah2 lapar nak pi beli maggi.. nak makan.. kena culik dan diperlakukan sedemikian rupa.. tak nak bayangkan mcm mana cara dier 'pergi'.. mcm mana dier dibakar.. sbb tu semua buat kudut lagi marah.. benci dengan kekejaman manusia yang tak berhati perut tu... moga Allah balas perbuatan Manusia tak berakal tu dengan seperit2 kesakitan... 
Untuk kawan2 kudut.. dan diri kudut sendiri.. jaga la anak2 sebaik mungkin..jangan biarkan anak2 keluar berseorangan lagi2 yang baru 5 nam tahun tu.. tolong sesekali jangan... kalu bawak keluar jalan2 selalu pantau dan pegang tangan dorang.. sekarang banyak binatang yang pakai topeng cam manusia. Ajal maut tu ketentuhan Allah, tapi kalu kita betul2 jaga sekurang2nya tak lah kita menyesal kemudian.. tak der la gila meroyang sebab menyesal tak jaga anak kita betul2.. MOGA ALLAH SWT JAUHKAN KITA DAN KELUARGA KITA DARI MUSIBAH SEBEGINI RUPA...AL-FATIHAH.. 




Kronologi kes adik nurul nadirah


1 Mac : Keluarga adik nurul nadirah membuat laporan polis pada jam 2.30 petang selepas mangsa hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam ketika mangsa keluar membeli maggi dan telur pada jam 10.30pg. 
6 Mac : ibu mangsa Roselyn Alan, 25 tahun membuat pengakuan asyik melayari facebook tanpa menyedari anaknya yang ke kedai belum pulang sehingga suami beliau lima medeng 25 tahun bertanya perihal mangsa.
7 Mac : Jabatan kebajikan masyarakat daerah johor bahru mengeluarkan kenyataan akan menghantar kaunselor bagi membantu meredakan tekanan yang dialami oleh keluarga Roselyn.
8 Mac : Rangka manusia yang rentung ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai tetapi disahkan milik seorang dewasa. Polis turut mengambil sempel DNA Roselyn.
9 Mac : Tahanan reman tiga suspek dilanjutkan sehingga 16 Mac.
10 Mac : Bapa kandung Nurul Nadirah yang berasal dari Selangor ditahan untuk membantu siasatan
12 Mac : Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai pada 8 Mac yang lalu adalah rangka adik nurul nadirah yang mempunyai DNA yang sepedan dengan Roselyn.





No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...