| Jejak Si Pari-Pari |

Sunday, March 18, 2012

Selamat Pengantin Baru Untuk Ijat & Pasangan....

First sentence dari Kudut sudah semestinya 'Selamat Pengantin Baru Ijat & isteri' ... :) Jam 8.30pg kudut & jentoi sekeluarga dah ader di highway Elmina menuju ke Kuala Selangor.. after jumpa wan dan family dier 1 kereta kitorang teruskan perjalanan.. rakan-rakan KMMC lain semua dah ader kat Sungai Besar sejak semalam dan bermalam di sana kerana majlis akad nikah sebenarnya berlangsung malam semalam. So pagi ni kami 2 biji kete jer meredah 4 tol berjumlah RM6.80 menuju ke sana.. hihihih..
Sempat singgah breakfast kejab dan sempat menghangitkan ketiak kejab cari tayar baru sbb tayar kete Jentoi meletup mcm mercun di tahun baru... dan lagi best perisa ceritanya apabila jentoi dengan sengeh kerang busuk kasi tau 'tayar spare tak bawak' dan time itu le kudut terbayang-bayang tayar kete yang dier letakkan belakang toilet kat umah.. adoyai.. seb baik kami berteman.. tidak kalu? malas nak fikir.... 
Selamat Pengantin Baru Ijat & wife...

tengah tunggu si pemancak silat memulakan langkah

yang ni photographer ader masalah balancing... 

yang ni baru betul.. penat abe wan kita posing.. hihihi
Sampai kat homestay saner, semua dah bersedia termasuk pengantin. Sorry semua kitorang lambat. [minta maaf dengan muka seposen] then terus gerak ke umah pengantin perempuan dengan 7 buah kereta [ kalu tak silap]. Hinggap jap kat surau berdekatan rumah pengantin perempuan sebelum membuat rombongan mak kiah ke sana... Terima kasih untuk tuan rumah yang menjamu kami dengan hidangan yang memang menepati selera kami.. hihihih... yang penting ader air sirap kenduri.. hahahhaha [wakilkan jentoi].

After selesai di rumah pengantin... kitorang sempat singgah di Bukit Melawati Kuala Selangor. First time kudut sampai sini... naik trem jer tak turun.. dah tak larat nak menapak nyer... banyak tempat-tempat bersejarah kat sini... dan tak kurang jugak penghuninye yang menjadi tarikan utama di sini. Naik trem dari luar RM3 untuk adult dan RM2 untuk kanak2..... 
Apa yang kudut tahu, Bukit Melawati ni asalnya merupakan tempat kubu pertahanan kesultanan selangor untuk memantau kapal2 dagang dan kapal2 perang yang melalui selat melaka dan kuala selangor namun kota ni musnah setelah Perang Saudara Selangor dari tahun 1867~1873. Jika korang datang sini boleh la memberanikan diri mengambil gambar-gambar kenangan bersebelahan meriam-meriam lama, rumah api, rumah-rumah kolonial British yang masih dijaga dengan baik, telaga beracun dan  Batu Hampar yang punya cerita mistik yang tersendiri. Kudut mmg tak berani... dengar citer pun dah ngeri.. kudut cuma berani amik gambar-gambar monyet ´Silver-Leafed´ dan ´Macaques´ berekor panjang tu jer.. jinak yang teramat.. siap boleh bawak berborak sambil makan -makan lagi.. hihihi
Hari ni memang penat tahap gaban... dan kami terpaksa bergegas pulang  sebabMr.Jentoi nyer beteri dah ditahap 'tak bernyawa' ... :) So jumpa minggu depan di Pengkalan Balak Melaka.. Insya Allah... 



No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...