| Jejak Si Pari-Pari |

Saturday, December 10, 2011

.:Prince Charming Di Pandangan Si Hawa:.

Bukan lelaki je yang mengimpikan wanita idaman yang mempunyai ciri-ciri terbaik.. kami kaum hawa pun ader impian untuk berdampingan dengan prince charming  yang terbaik, yang boleh dibawa ke mana-mana, yang mampu bergaul dengan semua lapisan masyarakat. For sure kitorang tak nak kena kutuk bawak teman tak gheti nak hormat orang lain.. tak sensetip ngn persekitaran.. lagi2 kalu bawak teman yang diam macam tiang gol.. membatu tak tau aper nak borak… di listkan antara cirri-ciri prince charming yang didambakan wanita.. hihihih

Kemas
Bak kata orang tak hensem macam Fahrin Ahmad pun tak per, tak sweet mcm shah rukh khan pun boley terima, tak cute mcm Rain dalam full house tu pun still can consider.. janji tak le sakit sangat mata memandang. Bukan diperkatakan mengenai wajah tapi penampilan. Biar la Nampak kemas dan segak. Jangan sampai Nampak selekeh. Jeans ngn T-shirt pun kalu pandai digayakan sure Nampak menarik. Even korang mat repmpit tegar pun time kuar jumpa awek jangan le pakai jeans koyak rabak.. pakai T-shirt kena Clorox bagai.. tang muka tu berjinak2 le dengan barang penjagaan wajah kalu kulit muka kamu dikategorikan sebagai kulit bulan. Jangan pulak nanti tak ada orang nak dekat korang nak salahkan takdir sbb tak der jodoh.

Yakin
Nak jugak kena yakin dengan diri sendiri. Dari segi penampilan dan percakapan. Tak ada wanita yang sukakan lelaki yang tak pandai nak buat keputusan dan tak yakin dengan apa yang dia buat. Asyik-asyik mengikut je aper yang dicadangkan tanpa sebarang bantahan atau cadangan lain.. boring der.. biasanya bila lelaki ni bagi idea2 yang bagus dan penuh yakin.. kita sebagai wanita mesti rasa keyakinan kita bertambah bila berdampingan dengannya.

Beriman
Yang ni merupakan ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang prince charming. BIla keimanan tu ader semua yang lain akan automatic and naturally jadi elok.Keimanan tu yang menjadi kubu pada jiwa insan dari melakukan sesuatu yang dilarangNya. Sifat kepimpinan pun tanpa sedar akan wujud dalam diri seseorang lelaki tu dan sebagai wanita pasti rasa lebih yakin untuk mendampingi. Pasti sebagai wanita tak nak time jumpa mak bapak nanti ayah suh bf jadi imam ker.. tanyer aper2 pasal agama ker.. lelaki yang dianggap prince charming tu mati kutu dan tersengeh2 mcm kerang jer.. lagi pun takkan nak lelaki yang tak amalkan agama dengan baik jadi bapa pada anak2 nanti.. ?                                            

Bijak
Bijak kat sini bukan bijak menipu yer.. kalu kaki belit, bijak lepaskan diri tu semua mmg awal2 kaum hawa akan tolak.. bijak kat sini merupakan bijak akal dan bijak bawak diri. Jadila lelaki yang berilmu.. tahu perkembangan semasa.. tahu ilmu agama..ia satu bonus untuk memikat hati wanita dan insan disekeliling mereka. Dorang mesti bangga kalu kengkawan dorang puji yang bf dorang ni mmg pandai dan up-to-date. Boleh bawak diri dalam aper jenis keadaan dan boleh borak ngn saper2 pun dari kanak2 sampai ke pangkat datuk..

Budi Pekerti
Jangan jadi kurang ajar.. jangan pandang insan lain sebelah mata walaupun kamu lagi bagus dan kaya raya dari mereka. Hormati mereka dan semua makhluk. Harus sopan bila berbicara dan juga tingkah laku. JAngan nak maki hamun orang suka suki.. yang memandu pun kalu ader yang tak kena tak yah nak angkat2 isyarat F**K kat orang… terkena orang tu gangster.. kena kerat 18 korang nanti…Sopan bukan bererti ‘sotong’.  Percayala.. walau pun skng ni zaman moden, semua ibu bapa pasti memilih lelaki yang berbudi pekerti untuk anak perempuan mereka.. rupa letak belakang.

Setia
Kesetiaan pasti menjadi ciri-ciri wajib yang dicari wanita. Makan hati der kalu kamu asyik kantoi ader ppuan lain.. sim kad 1 perempuan 1 sim kad. Malam2 fone asyik off. Hari minggu asyik ader kerja padahal overtime ngn ppuan lain. PErcaya la.. kalu kamu setia, tiada insan ketiga.. Insya Allah hubungan kamu akan bertahan lama dan terus harmoni kerana kebanyakan wanita boleh menerima keburukan lain yang dilakukan oleh teman lelaki mereka kecuali “ADA BETINA LAIN!” So to all guys out there.. tolong la setia.. kamu pun mesti tak rela dapat gf yang suka pasang spare tyre kan? Kamu akan rasa.. tak guna sangat ke aku ni sampai dier ader spare tyre? Samer la jugak yang akan ppuan akan rasa kalu kamu layan dorang mcm tu…

Jujur
Ni pun penting.. jujur.. please jujur.. jangan kamu tengah terkinja2 clubbing.. korang cakap ader kiamulai. Jangan kamu kat kedah umah mak we baru kamu cakap kat johor balik kampong.. der.. skng semua boleh friend finder tau.. so tentang lokasi jangan nak menipu… Dan pada lelaki yang dah kawin tu jujur la kamu dah kawin.. jangan berlagak mcm orang bujang padahal dalam kete penuh pampers… kalu awal2 kamu dah tak jujur.. bila hubungan dah makin jauh… tak tau ler mana lagi pembelit kamu atau ular… 

Monday, November 28, 2011

.: MPH Carnival 2011 @ Mid Valley:.


Hari tu dah kasik info pasal Karangkraf nyer Fiesta buku.. hari ni masih berkait dengan bahan bacaan menjana ilmu gak.. kali ni sempena ulangtahun MPH yang ke 105 tahun, MPH lak wat carnival kat Mid Valley Exhibition Centre dari 8~12 December 2011. Rasanya dah banyak billboard yang iklankan carnival neh di sepanjang jalan.. so time drive tu ce jenguk2 kiri kanan sure nampak...aper lagi.. pakat2 tulis kat calendar, karang terlepas lak.. jangan bimbang.. saper2 yang kerja tu balik kerja pun boleh datang sbb carnival ni akan start dari jam 10 pagi hingga 10 malam... jadi ader masa yang cukup untuk terjah. Kalu malas nak tawaf cari parking.. naik jer komuter atau kenderaan awam lain.
Kali ni bukan takat buku jer yang akan kamu semua jumpa..ader jugak toys, games and back-to-school items. Ada 3 hall kat mid valley exhibition tu yang akan digunakan.. 1 hall untuk zone buku dan majalah, 1 hall untuk zone kanak2 dan pendidikan dan last hall untuk back to school zone.. sure banyak pilihan punyer... Jumpa di saner yer...tata!!!

Thursday, November 24, 2011

.: Baby KIKO Warehouse Clearance :.

Berita baik untuk semua ibu bapa.. dan semestinya adik2 comel... awal bulan December nanti Baby KIKO akan mengadakan Warehouse Sale  di Puchong... [harap tak se pack waktu pergi Warehouse Clearance PADINI hari tu.. ] So memandangkan 1~4hb December tu poket semua masih penuh ngan duit gaji.. rasanya ramai le yang akan berpusu-pusu ke Warehouse Clearance ni... Cuma ingat satu. time bershopping tu jaga barang peribadi elok2 nanti jadi mangsa individu2 yang tak berhati perut.. pastu ikut arahan jangan bertolak2 cam budak sekolah... mesti semua orang dapat masuk.. tapi dinasihatkan tak payah le bawak anak-anak kecil.. amik saiz baju dorang jer.. nanti dah bershopping rebut2 baju anak thah kemana shopping tah kemana.. dari nak happy datang citer lain pulak... satu hal lagi... Tak nak cakap banyak semua dah besar2 dah pandai fikir baik buruk.. nak alamat refer kat bawah yer.. chow!!

Monday, November 21, 2011

.: Malaysia BERJAYA !!! Pingat emas untuk Malaysia!!!!!!!!!:.

Gooooaaallllll!!! semangat benor kudut menjerit time Harimau Malaya jaringkan goal untuk Malaysia tadi... Jentoi pun siap lambung2 si Adam lagi.... Aqiel lak terkepil2 mata tengok mama papa terover happy. Padahal dua2 makhluk bernama Kudut dan Jentoi ni sebenarnya bukan minat bola pun... tp bila Negara sendiri yang lawan negara jiran.. rasa semangat patriotic tu tiba2 menyala.. lagi2 bila first2 bukak time team negara semangat nyanyi lagu kebangsaan. makhluk2 negara jiran duk terjerit2 mcm tengok concert. Tak ada rasa langsung nak hormat lagu kebangsaan orang lain.. that's why I'm proud to be Malaysian...  dan rasa semangat nak tengok Malaysia tundukkan Indonesia kian membuak2.. nak tengok reaksi makhluk2 tu time sekali lagi lagu Kebangsaan Malaysia berkumandang time terima pingat emas.. [tapi gheti bahasa ke dorang neh?] 
pic from Google : Tunggak terbaik Malaysia.
Kalu kita yang hanya terjerit2 sokong Malaysia bila ada siaran langsung kat TV jer neh pun dah tak senang duduk bila bola duk bersiar2 depan gawang goal, apakan pulak jurulatih Malaysia Ong Kim Swee .. kalu Kudut jadi dier le agak nyer sure asyik dalam toilet jer.. tak pun kejab2 sawan kejab2 sawan.. tak sanggup nak nengok.. lomah jantung den ne ha.. 
Tapi yang best nyer.. bila Malaysia dapat je goal tadi terus status kat FB tu penuh ngan goal!!! goal!! goal!!! semua orang post benda yang sama... area rumah kudut neh pun bergema GOAL!!! dari tiap ceruk.. betapa happy nyer rakyat Malaysia. Kudut rasa kalu kumpul 1 Malaysia ni time tu.. boleh pecah semua mentol lampu kat Malaysia neh rasanya.. Tapi yang lagi best bila malam ni rasanya nasib banyak berpihak pada Malaysia.. dapat pengadil pun cam best jer banyak kali Malaysia dapat kelebihan... dah bertambah2 best melihatan kehebatan Apex menangkap bola... [bangga yer cik dalia teck..hihhih]..juga kawalan mantap Zubir...Badrol...Yong... dan pemain2 lain yang masing2 bagi sumbangan yang memang patut diberi pujian tahap gaban.. 
Dan untuk pasukan indonesia... permainan mereka pun memang bagus.. tp penuh dengan lakonan... dan paling buat kudut tergelak lakonan Ferdinan S. yang akhirnyer makan diri sendiri.. kena sipi2 montot pemain Malaysia pun boleh meringkuk mcm udang kena panggang... power giler tu montot pemain malaysia tuh.. kih kih kih.. dan last dier dapat hadiah percuma warna kuning... alhamdulillah....
_____________________________________________________________


Akhirnya Malaysia menang dengan izin yang maha kuasa.. tp si Fakri pulak jadi mangsa cacian makian.. adoyaiii!!!! kenapa nak menci2 neh... nak ngutuk2 ni? mmg dier nampak lemah semacam..selalu terlepas peluang.. tp try bayangkan korang duk kat tempat dier cam ner agak nyer performance anda..[tu sbb korang tak pernah wakil negara] ala main lawan skul lawan company boleh la nampak bagus skit.. tu pun berapa banyak goal le agak nyer korang jaring dalam tahun ni... tak suka la bila dorang dah menang ni nak ngutuk2 pemain malaysia lagi... dorang dah buat yang terbaik... penat wo dorang main lama2...korang hado? ghentikan ler..  






permain malaysia memang terbaik!!! Negaraku memang terbaik!!! KITA BUKTI KITA BERJAYA!!!!

PROUD TO BE MALAYSIAN!!!

Saturday, November 19, 2011

.: Adam Mikhaeyl Turn 4 :.


Dah besar ghuper nyer anak mama neh.. hari ni genab sudah usia adam 4 tahun… tapi kemanjaan dier kadangkala lebey lebey dari adik dier sendiri.. sambutan? nothing special pun.. sbb nak tunggu mak ngn bibi dier satu family datang sini next week baru nak celebrate.. tapi untuk hari ni sempat le jentoi belikan 3 slices Tiramisu cake dari Secret Recipes…beli banyak2 pun bukan habis pun kitorang makan.. semua tak berapa suka sangat dengan kek neh kecuali kudut.. tu sbb jentoi belikan tiramisu sebab kudut suka kek neh ..hihihi [mcm birthday kudut lak]… apa2 pun janji adam happy sbb dapat tiup lilin.. akhirnya tercapai jugak hasrat dier.. dah hampir sebulan dier duk tanyer ‘mama.. lambat lagi ker birthday adam?’ asal kudut wat kuih jer.. mesti dier tanyer ‘ni mama wat kek untuk birthday adam yer?’ huhuhuh..nampakkan betapa excited nyer adam nak sambut birthday dier. Selain kek ni kudut sediakan jugak goodies untuk kawan-kawan adam. 

aqiel tumpang sekaki..
goodies untuk kawan2 adam
simple..for 4 of us..


Selain tu dier pun dah lama duk tanyer bila nak cat bilik permainan dier tu.. so semalam Jentoi dan Kudut dah cat kan bilik yang penuh ngan segala mcm permainan milik adam dan aqiel tu dengan tema ben-10… kaler ijau.. skng tengah usha sticker untuk wall.. BEN-10.  Saper2 ader idea mana nak cari benda alah neh?
Dalam jam 8 malam, kitorang kuar makan2 kat Pha-pha Tomyam Gombak.. kasik adam makan udang banyak2. Tak tau kenapa semenjak dua menjak neh asal makan jer sure adam order udang.. sedap sangat ker? ish!! Tapi nak banding dulu ngn skng dah banyak beza dah Pha pha Tomyam neh.. dah tak se ummphh!! dulu dah masakan dier.. biasa2 jer… tp masih boleh diterima lidah ler.. dulu cukup suka order ayam pandan dier ngn tomyam.. skng dua2 menu tu dah tak standing dulu2 lagi.. dah tukar tukang masak kut.. ?
@ Pha pha tomyam gombak
After makan dalam jam 11 malam jumpa my best friend yang turun dari kuching kat danau kota… ckeen… dah lama dah tak jumpa dier.. dier makin bam bam kudut lak makin ring ring.. ish!!! Kat Danau Kota pun hujan renyai2 jer.. so lepak kat kedai mamak Al-Malik jer.. Adam dah lena diulit intan dah kat dalam kete.. tinggal aqiel jer tu pun tak tau aper ke hal hyper active semacam dier malam ni.. terlebey guler kut? hihihi. Frust gak dah sampai Danau Kota neh tak leh nak shopping mopping… huuhu.. tapi tak per tunggu mak sampai nanti datang lagi.. hihihi

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...