| Jejak Si Pari-Pari |

Friday, July 30, 2010

:: Spaghetti Grill Restaurant @ Mid Valley ::

Erm… dah lama tak hupdet dan pot pet pot pet kat blog ni ngan citer pasal makan2.. bulan lepas xtvt bulanan kitorang terpaksa dibatalkan berikutan beberapa sbb yang tak dapat ditepis dan dielakkan… tapi untuk bulan July neh, kami dengan segala sisa kudrat yg ada terus cuba menyambung xtvt bulanan kami neh ngan penuh bersemangat.. keh keh keh.. (maklum ler baru dpt bonus.. wang besar wang besar makcik kayer.. ngeh ngeh ngeh.)




Keyrol & EG
Chaa..pie
Dan seperti biasa sebaik sahaja loceng penamat waktu kerja berdenting, kami pun (sy, amy, wani dan keyrol) berduyung-duyung wat rombongan che Kiah menaiki binatang putih suci murni milik wani..(dah banyak berjasa benda alah ni kat kitorang) menuju terus ke MidValley..dan di follow oleh pie dan EG menaiki binatang berkulit 'itam' milik pie.. keh keh keh. Kali ni EG dtg single.. jadi bujang ek? Wa..kuar je dr ofc cam biasa la jem giler babas time2 cam ni... Sebenarnya kitorang masih samar2 jerebu gak di mana nak lepak makan petang neh.. tp kami turutkan sajer kaki melangkah kerana kami pasti di sana pasti ketemu jawapan.. echeehh!!!.


Sampai kat Midvalley, kitorang carik map dulu, survey tempat makan mana paling best… actually first kitorang plan nak gi Chilli's Restaurant & Bar tapi sah sah tak der tanda halal kat situ.. so hari ni kitorang mengikut kaki melangkah je la … Ended up we have our dinner at Spaghetti Grill Restaurant which serves American and Italian food.. Kitorang semer pakat2 angguk kepala tanda setuju… tp bila dah masuk dan duduk.. actually samer jer ngan Chilli's.. no HALAL logo. Keh keh keh… Tapi pengesahan yang kami dapat, speghatti grill ngan Chilli's ni adik beradik sebenarnyer.. This restaurant actually located just a few lots away from Chili's. Makanan yang diorang jual ni katanya halal (pork free) Cuma diorang tak dpt certificate sbb ada jual alcohol… (boley terima ker?) apa2 pun makanan dlm menu dorg mmg nampak menarik dan mengiurkan.. ada steak.. ada pasta..dan yang penting bagi sy.. lamb.. ada lamb leg.. lamb shank.. lamb shoulder..tu yg buat kami x sabar utk order cepat2. (perut lapar ma… )

amy & wani
So mengikut kiraan wahid, salasa, ithnani.. kami pun mula la order dengan penuh bersemangat.. Bermula dari amy… Chicken Cordon blue (RM24.95) and pineapple juice (RM8.95), wanie… Peppercorn Pasta (RM21.95) and ice lemon tea (RM7.25), pie.. Grill steak (RM29.95) and Monkey shake (RM9.95) ..keh keh keh..memang sesuai le ngan tuan empunya diri.. EG pun order samer ngan pie Grill steak dan mango juice (RM8.95) and last keyrol yang lambat sket sbb gi solat order Peppercorn Pasta samer cam wanie and mango juice. Chop! chop! … before that kitorang order 3D Combo (RM19.95).. asah tekak sket.. layan gak. Despite it’s name, besides those menu that we order, they also serve a variety of pizza as well. Tapi kali ni kitorang dah tak ada ruang nak masukkan pizza.. may be next visit kut ..
Marinated Grilled Leg of Lamb
So untuk hari ni setelah dua tiga kali khatam dorg nyer menu list.. sy order Marinated Grilled Leg of Lamb (RM28.95) and apple juice (RM8.95)…my order came with a piece of garlic bread, mashed potatoes and gravy with a side of fresh veggies and a slice of garlic toast….tp lamb tu lagi menusuk kalbu dan menarik perhati sy… so sy bagi garlic bread tu kat kekasih GELAP kami.. mr pie.. keh keh keh… mashed potato dia lak lebih kepada rasa ubi keledek dari ubi kentang.. heheheheh. Sniff-up that lovely lamb leg grilled smell..walla… tp bila potong.. liat mak… tapi still boleh terima la, tak ada la liat teruk sangat… half cooked rupo nyo!!! tp rasa dia tetap sedap.. My friend suggested mintak dorang masak balik biar ‘WELLDONE’ tapi sy bantai makan jer.. seb bek sy ni jenis x cerewet..



Haku, amy & Wani
Honestly, I kinda like the ambiance there with the dim light... sesuai benor saper2 yang nak bawak awek dating.. tak pun for blind date sbb org nampak kita x berapa clear sangat.. tapi kesian kat pie la… kami sering terlepas pandang.. keh keh keh..Kalu sy tersedar pun dia wujud bila dia terpijak kaki sy kat bawah meja (ko sengaja balas dendam ek pijak2 kaki haku pie? aku sekeh karang!!!)Dlm keadaan cam ni gak buat gambar yang kitorang rakam x berapa nak jelas..lemau semacam.. jadi jamu la pandangan ngan aper yang ada..

Last for dessert sy order Tiramisu dan Amy order butter pudding (RM13.95)… tp tiramisu kegemaranku telah out of stock.. chet!!! mcm mana leh jadi mcm ni? Tapi tak kesah le sbb perut ku sudah penuh… mata pun sudah malap. Erkkk!! Alhamdulillah...


Anyhow, do give this place a try. ...…and then bagi pandangan anda sendiri pasal tempat ni.… sbb lain orang lain pendapat… Spaghetti Grill : Lot G (E) -17 The Boulevard, Mid Valley Megamall. or you may call 1-300-886-886 or order online at: www.RoomService.com.my for delivery.


Tuesday, July 6, 2010

:: Aku Bosan....::

muka toyer sbb demam
Tak tau aper nak buat.. tahap kebosanan dah melimpah ruah dah.. satu round kasik hupdet blog lah.. keh keh keh…
Baby Rafaeyl hari ni demam dia blum kebah sangat lagi, bimbang gak kejab ok kejab tak.. dah ler skng ni tengah havoc ngan denggi.. tapi sy nampak time naik motor nampak cam segar jer.. pegang side mirror kuat2 tak nak lepas… sampai umah ngasuh pun tak nak lepas sampai papa dia terpaksa matikan henjen.. harap2 balik nanti dia dah boleh gelak2 cam biasa tak serius mcm cikgu besar lagi cam semalam.
Selain tu.. ari ni mcm gak semalam sy gi keje ngan moto (kalu mak sy kat kg tau musti dia berduka cita..dia mmg tak suka sy naik motor takut xcdent lagi..tapi jam le makkk!!). Hubby sy la yang anto… mcm minah ngan mat rempit pun ader. Tengok minyak dah ditakuk paling last nak sampai kering kontang tapi bila tanya hubby, dier cakap ‘cukup….’. Nak dijadikan citer nasib baik la time minyak habis tu dah dekat ngan station minyak… jadi dengan kelajuan 120km/j momentum kelajuan tu telah menolak kami secara auto dengan saki baki minyak betul2 kat depan pam minyak jadi selamat la kami dari menolak dan selamat la my hubby dari mendengar tazkirah pagi secara percuma dari sy.
Tu je utk kali.. kita jumpa lagi bila rasa bosan tu datang..selamat beramal...

Sunday, June 20, 2010

Sungai Chongkak Ulu Langat…

Destinasi kali ni ialah sungai Chongkak Ulu Langat…sebenarnya kitorang ke sana untuk survey location bagi 2010 IPC event. Turut serta dalam trip kali ni ialah EG, Ms. Rika, Zaki with his family, Wani and Rachel dan kali ni aku bawak samer 1 bagasi, 1 hadbag dan 1 purse kesayangan aku.. hahaha (family aku le tu) sbb memang dah lama janji ngan mikhaeyl nak ajak pi mandi air terjun.



Actually kitorang janji nak jumpa kat SATO jam 8.45pg tapi atas sebab musabab yang tak dapat di elakkan, jam 9 lebih baru kitorang gerak. Sempat la bersarapan dulu kat mamak SS14 Petaling Jaya ni. Tapi seronok gak sekali sekala bersarapan reramai cam ni.. dan thanks to my hubby sbb hari ni dia secara suka relanya (betul ke.. bukan kerna terpaksa ke?) diisytiharkan sebagai mr. mama keh keh keh .. I like…



Sampai kat saner kitorang buat activity memecahkan lemak2 di peha dan perut apa bila mengikut pilot bagi project ini iaitu Mr. EG menapak hingga ke hujung dunia mencari port paling best utk keselesaan warga2 IPC pada 7 August nanti.. Selepas misi pada hari itu berjaya.. apa lagi, time to mandi manda la.. tapi aku tak mandi pun… Cuma my hubby la bawak 2 pendekar kundur kami mandi manda. Zaki pun bawak anak ppuan dia mandi, bak kata orang sekadar cukupkan syarat.
first time merasa air terjun...hehehe
Lepas xtvt membasahkan tubuh badan tu kitorang cari tempat untuk menjamu selera pulak… kali ni zaki and his family tak ikut sbb nak pi lawat adik diorg kat IKBM so kami 2 kete je la usha jalan cari tempat makan. First kitorang rancang nak makan kat menara tinjau ampang jer tapi disebabkan waktu kitorang sampai tu masih awal sesangat tuan2 kedai pun baru nak bukak kedai kitorang sebulat suara untuk cari tempat lain. Dari pandan mewah ke pandan indah.. tak jumpa2 tempat makan.. last2 kitorang menyerah diri kat Restoran Pelita. Adeh!!! Mamak pun mamak le sbb perut dah berkeroncang.. Kat kedai mamak tu aku tak sempat nak snap gambar sbb sibuk melayan 2 pendekar kundur aku yang kalau dibiarkan boleh terbalik meja-meja kat kedai tu… Activity kitorang berakhir kat situ jer.. wani hantar eg, rika & Rachel ke SS14 balik mana kala aku dan family ke shah alam before balik umah… mata hubby aku pun dah layu lain macam je time tu maklum la lepas mandi air sungai.. perut lak kenyang… balik semua tidur…yes!!!

Sunday, June 13, 2010

Kisah Sahabat : Majlis Perkahwinan Khairul Nazwani & Taufiq

DSC00940-vert  Jumaat malam kitorang ber 8... hehe termasuk mikhaeyl rafaeyl la tu.. bertolak dari KL untuk balik TRG... ada aper? ha.. nak menghadiri majlis perkahwinan office mate kitorang Ms. Khairul Nazwani. Ekceli umah keyrol ni tak jauh dari umah sy kat kg nun.. x sampai 10 minit pun.. tak sangka kan seluas2 alam kami leh kerja tempat samer bersebelahan lak tu tempat duduk.. umah pun after dia kawin nanti x sampai 10 minit dari umah sy.. heheh.
So malam tu kitorang [ pie, yati, EG & amy naik satu kete.. perdana kete abang yati dan kami naik kancil jer.. huhuhu..sedey..] Kami janji jumpa kat Genting Sempah, sempat le makan dulu before gerak.. dan pagi tu kitorang sampai jam 3 pg.. aper lagi lepas wat air minum jap terus kitorang zzzzz...
Belah pagi.. our besties selamat di ijabkabulkan.. erm.. welcome to the club dear.. Kitorang tak pergi time dia angkat nikah.. bawak dorang gi Pasar Kedai Payang cari barang2.. maklum le first time datang ganu for sure banyak benda nak beli utk jadikan cenderamata dan halwa perut.. hehhe
Khairul Nazwani & her husband Taufiq diijabkabulkan pada belah pagi dan diraikan pada belah petang dengan majlis persandingan.. time kitorang sampai dalam jam 4 ptg tu semua dah selesai dan rombongan lelaki pun dah nak beransur pulang... sampai je aper lagi menjamu selera ler kitorang ngeh ngeh ngeh...tumb up utk makanan.. heheh. Bukan sebab lapar tapi memang sedap. Sempat la snap gambar pengantin beberapa keping dan selebihnya gambar kitorang sendiri heheh..kitorang kan giler glamer. Yang bengang nyer time tu le fone nak habis bateri.. after balik dari umah keyrol ngan baju2 kurung tu kitorang gi redah jalan2 kat masjid terapung.. Banyak tempat yang tak sempat kitorang bawak dorang ni jalan2 kat ganu neh, maklum le pagi2 sebelum subuh dorang dah nak balik KL... x per lain kali leh datang lagi yer...  rumah ku sentiasa terbuka untuk mu... keh keh keh


ulang tayang...ngeh ngeh ngeh
DSC00930
DSC00924

Thursday, May 27, 2010

:: Bubba Gump Restaurant Sunway ;;

Montel & Datin K..klasik!
Ujung-ujung bulan ni macam biasa la kitorang wat plan untuk cari tempat isi perut yang baru dan menarik .Kali ni tempat pilihan kami (atas cadangan si montel kat gambar sebelah ni) ialah Bubba Gump restaurant berhadapan ngan Sunway Pyramid. Bubba Gump restaurant ni inspired by the 1994 movie yang bertajuk "Forrest Gump". So hari tu (27/05/2010) kitorang yang terdiri dari mummy, keyrol, wani dan amy buat rombongan che kiah le ke sana. Kitorang gerak lambat sket sbb ada 2 jejaka gagah tak berapa gagah jugak la yang nak join rombongan ni nak main bola dulu la pulak... siapa? diorang ni actually tak pernah wakil negara pun...malah wakil kg pun tak pernah rasanya.. hahaha.. mereka ialah... che EG & che Pie.. atau dikenali ngn panggilan mesra ala-ala manja diorang, si manggis dan si pisang montel (officemate lelaki paling spotting lagi2 bab makan2 neh...)
amy, wani & EG
Dalam jam 7 lebih hampir2 jarum panjang ke no 10 la..  kitorang sampai kat Bubba Gump (kalu korang bijak cuba korang teka kul berapa tu?), masa tu che EG dah menunggu dah. Che Pie pulak agak terkemudian skit la sampai.. terkedek kedek dia datang dengan tshirt itam dan haruman yang menusuk ke lubang idung (wangi... seyes tak tipu langsung hahaha) Mungkin bau wangi tu jadi menyerlah yang teramat sangat kat lubang idung sy ni sbb sy duk sebelah dia time dia angkat2 ketiak sebab panas (hahaha.. mati aku kalu dia baca statement ni) atau sbb geng-geng yang lain2 semua terus dari tempat kerja jadi tak sempat nak mandi manda dulu so terpaksa la guna haruman semula jadi jer tak sempat nak sebur minyak atar sebotol cam dia...hahahha.
Pie, keyrol & me
Berbalik pasal BUBBA GUMP, makanan dia agak menarik jugak, cara serve pun mmg lain sikit dari biasa...pelayan2 dia pun cun tahap gaban (yang pompuan je la) makanan dia ada yang dihidang dalam kuali ada dalam dulang plastik beralaskan kertas ala2 surat khabar.. tapi paling best onion ring dia yang beso giler.. thanks to EG sbb sponser onion ring kali neh...hahaha.. erm.. hari tu aku order Jenny's Favorite, a concoction of strawberries, cranberry juice dan non-fat raspberry frozen yoghurt. Best..best... rege dia RM11.90. Makanan sy lupa nama dia sbb berbelit2 nak nyerbut nyer ha... kengkawan sy nyer makanan pun sy lupa tp ada la cajun cajun crazy crazy la namanyer.. hahaha.. yang crazy tu datin K nyer order tu.. mmg ingat sampai skng ayat si EG time waiter hantar order ' yang crazy tu bagi kat dia..' hahaha..
So hari tu sempat la bergambar kenang kenangan ngan baldi bubba gump.. datin k ngan montel pun sempat la mengabadikan kenangan di dinding kayu kat restoran tu sbb after this datin k not available anymore.. tekkkk!!!! tapi montel tak yah risau.. amy masih ada... keh keh keh... Lepas ni boleh la kalu datin k nak bawak hubby join sekali yer... bubbye...
Me & Keyrol

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...