| Jejak Si Pari-Pari |

Friday, October 29, 2010

Kisah Kudut : Salam Hari Jumaat.

Ceriakan Hari Anda
Hari ni sekali lagi dpt email dari kawan sy… ni ha.. kartun kat bawah ni.. walau pun berkali2 dah baca citer neh tetap nak tergelak jugak.. hheheheh.. so sy nak kengkawan blogger pun turut sama ceria di Jumaat yang mulia ni…


Kisah Takaful Ikhlas
  • Hari ni sekali lagi sy terima call dari sorang adik dari Takaful Ikhlas asking me regarding the payment RM250. Once sy cakap sy dah tak nak continue ngan Insuran tu dia cakap ‘sorry sbb dah tak boleh sbb last year dah bagi free so tahun ni kena bayar’ aik.. ekceli sy tak tau pun sy ada insuran under takaful ikhlas. Last year sy eksiden pun sy tak claim aper2 sbb sy tak tau. Tiba2 skng dapat call minta re new.. re new untuk apa kalau sy x pernah dpt apa2 benefit untuk tu? Katanya Insuran ni assign under nama sy melalui Maybank Credit Card… pulak.. sedangkan sy dah lama tutup Credit Card under Maybank. Last sy cakap dengan penuh kesopanan kat adik collecter tu.. ‘adik remark je kat situ akak tak nak continue.. nanti akak jawab kalu superior adik call’ huhuhu

Thursday, October 28, 2010

Kisah Kudut : Back to 70's

sebut sahaja back to 70's perkara pertama yg terbayang dimata sy pastinya aksi John Travolta's dengan famous dance nyer "You should be dancing .... Yeahhhhh" pada tahun 1977. pose dia hand up in that White Dress Suit dan lampu disco bulat bling2.. hehehe.. Tapi kenapa dia artis yg pertama dalam kepala sy? Artis melayu tak der yg menggigit tahun 70's? Sharifah Aini ader... sanisah huri ader.. yang pasti mereka tak sepower john travolta..tapi lagu chok2 kendung sampai skng ramai yg tahukan?
Kenapa sy peningkan kepala sy dengan sejarah era 70's yg pastinyer time tu sy masih belum wujud kat dunia neh? Kenapa sy gatal2 nak selongkar tenet neh cari info pasal 70's termasuk la rentak tari dan pakaian dorang? Sbb this year theme for my company annual party adalah seventies fever... hehehe... dan sekarang sy tengah demam berfikir...'baju aper le yg aku nak pakai time party tu nanti..?' ngeh ngeh ngeh. Ekceli kebaya batik ketat pendek pun masuk tapi tema tapi boleh ke saya bergerak dengan bebasnya andaikata sy mengenakan baju sendat dari tiap penjuru tu.. silap2 biru kaku sy time tu tak dapat bernafas dan yg lagi buat sy berfikir seratus kali untuk memakai pakaian sendat itu ialah bagi mengelakkan diri sy kelihatan seperti tiang lampu yg bergerak..hahhaha. So utk pakaian nak kena cari yg simple tp outstanding skit... erm... any idea? Skang ni tinggal tak sampai sebulan pun lagi... semua department sibuk berlatih untuk pertandingan persembahan inter department. Kalu tahun lepas kitorang dari IPC group menang, tahun ni tak berani nak jangka sbb masing2 bukan main all out nak merebut RM600 dan hamper.. huhuhuh. Apa2 pun harap tahun ni kitorang mampu menjadi juara lagi...

Tuesday, October 26, 2010

KISAH KUDUT : Mikhaeyl dan Rafaeyl hari ini...

ADAM MIKHAEYL
  • Makin pandai beraksi kat depan kamera, dah pandai wat muka ala2 comey mcm kure2..sajer tayang lesung pipit kat pipi hahha. Tp masalah nyer mmg susah nak amik gambar dia. Tak gheti duk diam… 
  • Tak suka makan makanan lain kecuali nasi, sup dan ayam KFC.. adus.. biskut ker roti ker langsung tak mo pandang kecuali dia mmg berada dlm keadaan lapar tahap tenuk. Suka ngan gula2, kalsium dan air vitagen.
  • Suka dengan citer kartun tp tak semua… sbb dia lagi giler ngan kereta drift dan rempit. antara citer kanak yg boleh buat dia duk depan TV… Wonder Pet, Upin Ipin.
  • Cara untuk buat dia duk diam sambil minum susu kat depan TV pasang citer drift secara berterusan… hahaha.. dan mama papa dia dah belikan dia koleksi citer TAXI, Fast & Furious, Rempit, KL drift dan 1 lagi citer kegemaran dia sampai DVD leh rosak sbb dipasang berulang kali setiap hari … filem Zoo lakonan lisa surihani dan Lan Pet2.. (sampai mama dia pun dah boleh ingat skrip citer tu) 
  • Syg sangat2... tp suka kacau2 adik dia..  .
  • Suka tolong mama dia angkap apa2 barang sambil nyanyi ‘ apa yang penting kerjasama…’ 
  • Pandai bercakap tapi ya robbi.. ligat sangat sampai tak tau nak buat cam ner lagi dah.. tp kanak2 kalau tak nakal tak cerdik.. betul tak? 
  • Suka bercakap ngan volume yg kuat sampai kengkadang kena cubitan manja mama dier.. tak tau cam ner nak slowkan volume si adam neh. .ada petua? 
  • Masih belum boleh mengira dengan betul… satu .. dua.. empat… lima.. sepuluh.. (mmg liat nak mengira) 
  • dah pandai bawak kete .. heheh… dia pegang stereng papa dia tekan minyak (jangan amalkan diluar saner bahaya) 
  • Suka bila mama dia sapukan lulur kat badan dia…ayat tak leh blah dari dia ’erm..cedapnyer…’ heeheheh 
  • Ayat yg selalu dia ucap tiap kali mama papa tinggalkan dia utk pegi kerja… ‘mama.. petang nanti mama amik adam yer..’ adus… luluh hati mama dia dengar. • dan paling last… dia lagi sayangkan papa dia dari mama dia sbb tiap kali papa dia nak kuar dia akan mengamuk2 nak ikut tapi kalu mama dia nak kuar dia wat tak tau jer…’.
AQIEL RAFAEYL


  • yang tu perihal adam, aqiel lain pulak peel nyer.. suka sangat makan, pantang tengok orang makan mesti dia nak tumpang sekaki.. lagi satu si aqiel ni tahan pedas tak macam abang dier, pedas skit dah kecoh2 cari air... 
  • Aqiel ni x blh cakap lagi... huha..huha je ler ngan dia walaupun dia paham aper yg kita cakap dan dah pandai tunjuk aper yg dia nak
  • pantang kalau kita sebut 1 Malaysia sure dia akan angkat jari telunjuk pastu wat aksi ala2 merdeka sambil sebut 'ciaaa' hehhe.. rasanyer tu je kut satu2 nyer perkataan yg dia sebut dan kami faham.
  • suka ikut aper yg abang dia buat sampai kengkadang mama dia naik pening.. bayangkan bila tengok abang dia naik atas kusi dan lompat ke bawah dia pun ikut samer.. masalah nyer abang dia buat cam tu time ada tilam kat bawah tp dia lak wat masa tak der tilam pastu landing kelam kelibut.. pastu mula la menangis bila sakit..ish!!!
  • suka pandang telatah orang dengan muka tak leh bla.. 
  • suka curik susu yg tengah abang dia minum, bila bancuh khas utk dia tak nak pulak dia.. pendek kata suka nyakat abang dier.
  • Manja.. abang dia terlanggar sikit pun datang mengadu.. walau tak leh cakap dari mula sampai akhir dia tunjuk aper yg lagar, kat mana kena.. biasa nyer abang dia la yg sering di persalahkan.. huhuh
  • suka mengamuk bila dah dpt masuk bilik air [apa lagi main air ler] pastu org suh dia naik.. takkan 1 jam lebih pun kira tak puas lagi? ilang akal per.. 
  • tak der kelopak mata... hahahah.. 
  • yg ni anak mama time malam .. anak papa time gi jalan2.. hehhe

    Sunday, October 24, 2010

    Kisah Kudut : Penangan Taubat Nasuha TELEFILEM ANUGERAH SKRIN 2010

    Hari ni seharian merewang ngan jentoi, mikhaeyl dan rafaeyl..malam temankan mikhaeyl dan rafaeyl yg dapat bola baru gi main bola kat padang masjid shah alam lepas nengok pertunjukan sound system secara percuma kat stadium shah alam.ngeh! ngeh! ngeh!.. lepas makan kat tempat biasa kitorang kat shah alam seksyen 24 dlm jam 10 baru la kitorang sampai umah.. 
    pic taken from :fidalias.blogspot
    after settle semua keje, sy join jentoi lepak depan tv, time tu jentoi bukak citer kat TV3... Taubat Nasuha, first tak layan sangat tapi bila dah tengok skit terus melekat, seb baik hero berdua tu dah tido, tak tau kenapa tangkap emo sikit tengok citer ni, ekcelil, kesian dengan nasib 'laila' lakonan shiela rusly.. dlm taat dia pada suami, tak pernah tinggi suara.. tak pernah abai tanggungjawab, dengan sarat mengandung dan dalam masa sama tak susah payah jaga anak2 bertiga yg makin membesar dan nakal.. masih jugak si suami curang kat belakang.. nak jugak si suami cari betina kat luar...dan si suami yg dah ada ppuan lain kat belakang aper lagi mula la berubah jadi baran dan anak2 jadi mangsa.. duk umah bising sikit rimas.. sampai la anak2 dan isteri tu mati dalam keadaan tragis depan mata sendiri baru nak menyesal... ah! kalu kisah ni betul2 terjadi depan mata sy dan sy berkesampatan la utk bersuara... apa yg sy nak cakap kat suami2 yg berperangai cam ni.. yg tak pernah bersyukur ngan isteri yg dinikahi... 'wei... pergi mampus la nak menyesal wat per lagi dah....!!!!' nampak kasar kan? tp hakikat nyer utk suami yg tak menghargai isteri yg taat.. tu je bahasa yg sesuai.. 
    Sy percaya fenomena ni sebenarnya banyak berlaku kat luar saner... dan sy juga percaya ramai yg tersentuh dengan telefilem neh.. mmg sy minat ngan lakonan sheila rusly.. tak kira la lakonan atau karya milik dia mmg menjadi.. kepada saper2 yg nak dptkan sinopsis penuh atau download citer neh boleh ke laman teman blogger di bawah... 

    "Kepada insan2 kat luar saner tak kira la suami ke isteri, hargai la pasangan dan anak2 anda selagi mereka masih ada.. kerana manusia ni hanya akan menghargai saat mereka telah kehilangan... jika anda rasa anda dah tak perlukan mereka.. kembalikan mereka pada mereka yg berhak.. jangan terus menghukum untuk kepentingan dan keegoan diri sendiri... "
    "Kalau tak suka pulangkan"

    Thursday, October 21, 2010

    Kisah Jalan2 : I-City Shah Alam Part.2

    Nak dijadikan cerita ari ni abang aneeq dorang datang lawatan ngan unit kebudayaan sekolah after habis UPSR.. dan salah satu tempat lawatan dorang adalah I-City Shah Alam.. first bila tanyer si abang aneeq dorang nak kemana kata nya bukit cahaya.. erm.. terfikir gak malam2 bukak ke Bukit Cahaya Seri Alam tu? Tapi sbb kitorang ni nama je duk kat Selangor ni tapi tak pernah jejak BCSA tu.. mengiakan je ler.. mana tau dorang ada bukak belah malam. Sampai2 saner gelap gulita.. seram pun ader... tengok kat pagar operasi cuma sampai 4 PM lebih.. adus.. mana pulak si aneeq neh... call tak dpt.. last call mama dia kat Ganu dan dlm masa yg sama Jentoi terus try call abg aneeq dorang.. la.. ruper nyer I-City.. chet!!! cepat2 Jentoi pecut dari BCSA tu.. seram siut...karang kuar mak lampir bertambah lak penumpang...huhuhu 
    So malam neh merasa la mikhaeyl dan rafaeyl melawat I-City ni utk kali ke dua.. murah le pulak RM5 sekali masuk.. hari tu RM10.. may be time tu weekend kut.. Erm.. sempat le jumpa abang aneeq dorang... mcm dulu gak x ada apa2 perubahan pun kat I-City neh.. tapi kadai2 makan nampak cam best.. nak try la next time.. kali ni tak berkesempatan sbb awal2dah kitorang dah makan.

    | Kudut's Loyal Readers |


    Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...