| Jejak Si Pari-Pari |

Thursday, November 4, 2010

KISAH KUDUT : Tolonglah Belajar Untuk Menghargai..

Hari ni sy terima 1 lagi email.. tak tau saper penulis sebenar citer neh tp boleh jadikan iktibar kepada semua suami2 kat luar saner. Sy pun tak tau kenapa bila dngr or baca citer species cam neh sy sensitip sket..hampir2 meleleh airmata kat depan PC ofc hari neh seb baik sempat cover…hehehe, sbb sy terfikir mcm mana la rasa si Ara ni kalu tau husband dia kuar malam2 tinggalkan dia didik anak siang malam dalam kesakitan tu dan berseronok bertepuk tamper ngan ppuan lain.. pedih bro.. dan terfikir jugak kenapa kerana kesilapan atau kekurangan kecil si isteri sisuami ni cepat benar berpaling pandang.. apa rasa nyer kalu si suami di tempat isteri…. apa rasanya kalu si suami ni mmg ada kelemahan dan isteri dia cari lelaki lain.. rasa nyer runtuh rumah dikerjakan..
So kepada suami2 dan bakal2 suami diluar saner.. bila kamu telah mengakad nikah dan ijab berwali sudah sah dengan pasangan kamu.. maka cuba la untuk setia..[kalu rasa x dpt lagi tepis godaan2 wanita lain.. tak dapat lagi tutup mata dengan dada dan peha wanita2 yg lalu lalang…better x yah lah kawin dulu.. atau kamu akan menyiksa batin dan perasaan isteri kamu] Terima kekurangan isteri kamu sebagai mana mereka dapat menerima kamu seadanya. Dekati hati mereka untuk kamu mengenali mereka… salami jiwa mereka agar dapat satukan jiwa kamu dengan mereka. Jangan cari penyelesaian mudah dengan mencurangi kesetiaan,kejujuran dan keikhlasan isteri kamu. Jangan pergunakan kebebasan dan kepercayaan yg mereka berikan dengan bergembira dengan wanita2 lain yg pasti bukan sahaja mampu membahagia dan menggembirakan kamu tp lelaki2 lain juga.. apa kamu suka pakai benda yg boleh dikongsi2? ..dah lah.. sebelum bicara sy makin beremosi sy lampirkan email yg sy maksudkan…

"Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..
Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..ku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.
Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.
Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.
Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..
Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..
Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??
Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!
Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!
Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..
Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku mmg sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.
Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!
Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??
Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!
So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..
Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!
Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??
Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.
Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!Aku buntu..Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..
Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..
Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbicara,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..


Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..
Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.
Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.
Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..
Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara.."

Tuesday, November 2, 2010

Cocoa Collagen Power Plus

Erm.. hari ni sy nak recommend 1 minuman kesihatan untuk semua wanita di luar saner nun..Cocoa Collagen Power Plus . Pernah dengar? Sy pasti ada blogger yg membaca entry neh mengangguk laju sbb CCPP ni skang dah makin femes dan mendapat kepercayaan ramai wanita termasuk saya dan rakan2 sy yg dah mencuba. Rege dia kalu nak dibandingkan dengan innershine ker atau jenama collagen2 lain mmg jauh lebih murah tapi percaya la ia berkesan. Rasa nyer pun best.. disaran kan minum satu peket sehari tp sy kengkadang bantai 2 peket sbb rasa dia mmg best.. 
First waktu sy dapat email promosi dulu mmg ingat cakap2 kosong utk lariskan jualan dorang jer, tp bila sy cuba kini sy percaya.  Banyak testimoni yg kamu boleh cari di internet.. kebanyakan pasal dalaman dan shape badan...bagi sy pula minum CCPP neh boleh buat kulit kita nampak glowing dan lembab [sesuai untuk saper2 yg kurang minum air putih mcm sy..heheh] .. buat rambut dan kuku kita bersinar.. buat badan rasa cerdas dan memberi shape untuk badan... 
ekceli CCPP ni ada 2 cara.. utk saper2 yg nak kuruskan badan disarankan minum pada waktu pagi before amik breakfast [waktu perut kosong la tu..] dan utk saper2 yg nak tambahkan berat badan macam sy ni ha disarankan minum lepas amik sarapan atau tengahari after lunch.. nak lagi cepat nampak kesan minum air mineral banyak2.. heheheh..after sebulan mencuba alhamdulillah dah naik 3kg dari 42kg~45.6kg. Kepada ibu2 yg menyusu pun x ada masalah... cuma untuk ibu2 mengandung je tak dibenarkan sama sekali... tp bila dlm pantang esok mmg elok amik sbb ramuan nyer adalah ramuan herba utk dalaman wanita... 

Produk Nie.. Mengandungi

* Marine Collagen ~ Membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
* Kacip Fatimah ~ Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
* Lobata ~ Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
* Krimer Bukan Tenusu ~ Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
* Dextrose Monohydrate ~ Melambatkan proses penuaan.
* Oligo Saccharide ~ Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan


Kebaikan Dan Khasiat 

+ Membantu mengimbangi hormon
+ Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
+ Mencantik, menghalus dan menggebukan kulit
+ Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
+ Melambatkan proses penuaan
+ Merapatkan vagina dan megeratkan hubungan suami isteri
+ Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
+ Mencerahkan kulit secara semulajadi
+ Memberi tenaga
+ Membantu mengurangkan keguguran rambut
+ Melancarkan peredaran darah dalam badan
+ Mengimbangi berat badan
+ Meningkatkan daya penghadaman
+ Mengurangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot

Harga Pasaran

1 peket : RM2 [so kengkawan yg nak cuba bole dtg cari sy ek.. hehehe]
Trial set [10 peket] : RM20
1 set [3 kotak] : RM59.90


Sunday, October 31, 2010

Kisah Kudut : XTVT Hujung Minggu

Bila sampai hujung minggu jew kitorang mati kutu… tak tau mana nak terjah. Kalau Jentoi ngan Kudut je berdua tarahal tp skng kami perlu mencari tempat yang sesuai untuk pendekar kundur kami yang berdua tu jugak.. takkan nak bawak dorang gi Karaoke, x ada peluang le jentoi dan kudut yg gile karok ni [walau suara tak sedap maner] nak pegang mic… apa lagi main bowling nanti dorang lak yg ganti bola bowling…x pun 1 frame tak settle2 sampai sudah sebab duk kejar dorang.. tengok wayang? lagi ler.. karang kitorang lak main wayang berkejar2an dlm pawagam.. lagi haru time sound slow suara adam ngan aqiel jer yg bising jerit2 tanyer itu ini… adus!!! Jadi tiap tempat yg nak kitorang pergi kena wat analisis pro dan cantra nyer dulu.  Tapi xtvt wajib kitorang adalah breakfast.. kali ni kedai mamak kat Kg Medan.. huhuhu..
JKF
Tengok le tu si Jentoi.. bila nengok kudut gosok baju pink dia pun sibuk carik baju pink.. ish!!!
  1. Hehehe sempat snap gambar sendirik walau pun si rafaeyl jual mahal.. tak per.. ader mama kisah?
  2. Gambar tengah tu lak.. tak tau la aper motivasi yang mikhaeyl dapat dari papa dia.. nampak cam seyes jer sampai moncong2 bibir tuh…
  3. Tu..tu… mamat tu le yg jeles ngan i pakai baju pink tu.. hehehe..
DSC02084-horz
Ni sy tak tau aper ke pesen mkn ayam cam neh.. tak pun cium bau kut.. langkah berjaga2 kan mana tau ayam semalam.
aqiel
After sarapan.. tak tau nak kemana.. call si Kucing Busuk [hehhee..nama timangan cik Yati] dia kat Shah Alam petang skit baru nak kuar and ajak kitorang gi makan cha kuew tiaw kat pantai dalam.. tp belah malam ler..  kitorang orite jer.. Last2 after Kudut asyik duk sebut Jusco Bukit Tinggi beberapa kali.. Jentoi bawakkan jugak akhirnya.. ngeh ngeh ngeh… tau pun sayang.. hehehe…shopping? maner ader.. tu tengok gambar kat atas tu.. ha.. layan dua pendekar kundur ni kat tempat mainan.. melangut jer.. x kisah ler janji dorang happy…

DSC02074-tile
   Last.. Mikhaeyl balik dengan car mainan dier… 1 dia beli utk rafaeyl.. yg kecik punyer.. kudut dptkan eye shadow and vitamin utk si cinonet berdua tu…jentoi dapat asap.. hahahaha   
IN2IT eyeshadow utk mama

Car untuk Aqiel

Saturday, October 30, 2010

Kisah Kudut : Dataran Merdeka…

Ekceli tak ada apa yg menarik puuunnn.. heheh..cuma hari ni thah apa mimpi jentoi bawa kami lepaking kat Dataran Merdeka.. maybe sbb Mikhaeyl xcited sangat tengok bangunan KTM yg tersegam ngan kaler purple tu time kitorang dalam proses jalan2 cari makan di malam minggu....  cam biasa la malam2 minggu neh dataran memang penuh ngan mat2 kete & mat2 rempit.. tak kurang gak bas2 yg bawak rombongan che kiah... mmg happening ler... tapi cuma jentoi ngan mikhaeyl je yg kuar sbb time tu rafaeyl dah tito so mama dia terpaksa la jadi pak guard… dan last hasil kat bawah ni le yg jentoi bawak balik ngn sebijik bola kecik yg bila melantun keluar lampu lip lap lip lap… hehehe…
combine
Tak sampai berapa minit lepas masuk kete turn mikhaeyl lak lena di ulit intan.. hehehe… last kitorang park kete kat tepi gerai & makan cucuk2 kat area downtown tasik permaisuri.. best! best! x leh amik gambar cucuk2 tu malu…heheh… nanti orang cakap makan  cucuk2 pun amik gambar.. huhuhu.. lagi haru kalu pakcik jual cucuk2 tu minta duit royalty utk gambar cucuk2 dia ngeh ngeh ngeh .
DSC02070

50 Bloggers Diperlukan

Mukaddimah.. berbicara tentang blogger, ekceli tak semua yang diluar saner mampu dan berkebolehan menjadi blogger kerana tak ramai yang rajin mencoret cerita dan mengarang kata2 apa lagi menghupdet entry tiap2 hari.Ada jugak yg bg alasan masa mencemburui dorang [masa pun ada sifat cemburu ek?].. malah ada blogger2 yg stop blogging bila dah kawin dan punya baby, tp bagi sy status bersuami dan punya anak bukan satu alasan, malah merupakan satu kelebihan bila mana kisah mereka mampu menghiasi blog kita.... buat kita tersenyum tiap kali menatap foto2 mereka... berkongsi gambar2 bahagia kita sekeluarga.. bukan kah itu indah?
Tapi bila dah jadi blogger pun wujud 1 lagi masalah.. publisiti.. keh keh keh....mcm sy jugak..waktu awal2 wujudnyer Kisah Jentoi dan Kudut neh sorang pun tak der jenguk blog sy.. that's why sy pernah berhenti sekerat jalan.. berblog di diari sahaja.. tp kini bila sy kembali.. alhamdulillah adalah rakan blogger lain yg noticed pasal kewujudan Kisah Kudut dan Jentoi ni walau tak sehebat RedMummy, tak sefemes Ben Ashaari atau se comey Irine Nadia Marcello nyer blog..blog picisan sy kini Alhamdulillah kian men'jadik' dan kengkadang di intai NuffNang...
Seperti blogger2 lain sy jugak tidak terkecuali dari xtvt blogwalking,sehingga la sy ketemu dengan entry tentang 100penulis. Terpanggil untuk mendapatkan info dan mula meng'google' 100penulis.com dan memang menarik.. alangkah bertuahnyer andaikata Kisah Kudut dan Jentoi juga boleh tersenarai samer... tapi layak ker Kisah Kudut dan Jentoi duduk sebaris ngan blog2 istimewa lain yg terpilih? Jadi kepada blogger2 yg ingin turut serta boleh la ke 100penulis untuk memenuhkan senarai mereka yg masih tinggal 11 kekosongan tu.. good luck!!!

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...