| Jejak Si Pari-Pari |

Friday, December 23, 2011

.:Haseyama san Farewell Party:.

with Mr. Haseyama


Bermula 03 October 2011 Syarikat SATO tempat kudut berkerja neh telah melakukan penstrukturan semula organisasi dibawahnya dan SATO Corporation selaku syarikat induk akan dikenali sebagai SATO Holding selepas ini. Jadi selain penstrukturan organisasi, berlaku juga perubahan jawatan termasuk la di branch SATO Malaysia ni… Managing Director SATO Malaysia Mr. Hiromichi Yasue pun dah jadi president untuk SATO MECHATRONIC dan jawatan beliau di sini telah diambil alih oleh existing Deputy General Manager SATO Malaysia sebelum ini iaitu Mr. Koichi Uesugi. Selain itu beberapa Japanese staff juga telah kembali ke Japan untuk memegang jawatan yang lebih tinggi di cawangan sana termasuk la Mr. Haseyama yang sebelum ini merupakan Department Chief untuk department International Procurement Centre (IPC) – department kudut le tu.. hihihi. Jadi sebagai tradisi, sekali lagi kita adakan majlis untuk ucap selamat kepada Mr. Haseyama. Kali ni di Kenny Rodger Roaster Amcorp Mall Petaling Jaya. Actually dari PPG tak ramai yang hadir.. Cuma 5 orang jer iaitu kudut, Lin, Kak mimi, Aiman dan GL kitorang Pie. Kak mimi cam biasa tunggang kuda itam dier.. hihihih. Kudut lak terpaksa la menumpang Cipan putih hak milik sementara En. Aiman tak kisah… tapi bukan kudut sorang je yang menumpang yer.. lin ngn pie pun samer.. kih kih kih.. first tu ingat nak tumpang isnpira baru che pie.. sekali dier pun tumpang che aiman tak kisah… so melepas le kitorang nak merasa keempukan kusi baru inspira tu.. hihihi.
Dari shipping group pun Cuma 2 orang jer yang datang iaitu most sporting bos of the year.. Mr. lok & cik Rachel kiter… Cuma GPC member yang ramai skit, maybe sbb Haseyama san pun mmg duduk dalam 1 group ngn dorang… so kehilangan tu akan lebih terasa bagi group mereka. Turut hadir ex-staff PPG & GPC iaitu EG yang makin bam bam dah ala2 hafiz AF dah rambut nyer and his future fiancĂ©, Rika yang memang adorable.… Chan and amin pun turut hadir… so selain dari farewell party majlis ni pun dah mcm gathering place utk IPC ex-staff.Biasa la.. nama pun farewell party so mesti ader hadiahkan? kali ni Vess selaku organizer utk majlis ni belikan 2 tie utk Haseyama san sebagai kenang2an. 
Hadiah kenang-kenangan disampaikan oleh Mr. Lok
Makan? haaa.. bercerita bab makan mmg best.. tau je le KRR nyer makanan mmg banyak… kudut pilih macaroni cheese, fresh salad and fresh fruits.. memang berbaloi makan kat sini.. muffin pun terpaksa kasik kat aiman sbb dah tak leh masuk dah ..terlampau kenyang.. 

kat bawah kudut ader attached 2 gambar makanan dengan model sekali.. hihih.. comelkan depa neh? Ader jugak gambar gadis2 yang fanatic bergambar sebelum dan selepas kenyang... hihihi.. So.. layan…
To Haseyama san.. sayonara … ganbatte kudasai..

Aiman tak kisah & Wong SS...tak sabar menunggu untuk santap
Lin with me
x sah kalu tak der banyak gambo.. hihihi

Wednesday, December 21, 2011

.:Kisah Si Comel Polkadot :.


Usaha itu tangga kejayaan.. hihihi.. akhirnya dapat jugak kudut hasilkan polkadot yang gebus...dan kurang kemanisan nyer.. tp masa first nak bancuh tu mmg excited giler lagi2 mikhaeyl dah tak sabar2 duk bertanya 'mama nak buat kek bday adam ke?' hihihi...tp bila dah time menunggu nak mengukus tu.. nak dot2 kat atas tu yang buat kudut rasa... mcm mana ler orang yang jual apam ni sampai beribu2 pcs tu? kalu kudut nak nyer patah tulang belakang ni ha.. lagi2 bila tengok jentoi ngn anak2 dah baeekkk nyer layan lena.. maksud nyer mmg kudut ni mmg boleh promote dan jual dari supplier jer.. nak buat sendiri 'TAK MUNGKIN'... penat der..
Ni polkadot yang kudut buat masa family kudut nak datang dari Terengganu hari tu.. hihihi.. 1 adunan boleh dapat dlm 80pcs... dah le tu guna sukatan cawan lak tu sbb tak der alat penimbang. Susu lak ganti ngan susu strawberry kasik wangi semerbak tu naik..Ada saper2 nak order boleh jer.. tp bukan kudut la buat tapi kawan kudut yang mmg berniaga apam ni... 




Monday, December 19, 2011

JUJUR LA KAMU SEBELUM KAMU DI JAHIT JELUJUR..


Bila berbicara tentang jujur atau dengan kata lebih manis kejujuran.. ramai yg tersenyum sinis.. ada lagi ke manusia yg jujur pada zaman ni? tak kira la jujur dalam apa perkara pun..dengar mcm senang tp hakikatnya memang sukar bukan untuk berlaku jujur..? mungkin tak ada nama khas untuk manusia yang tak jujur ni… pernah korang dengar perkataan pentak jujur? try le cari.. sure tak jumpa kecuali dalam entry neh.. hhihih.. sbb kalu korang nak tau orang yang tak jujur ni ader nama glemer lain yang langsung tak berkaitan dgn perkataan J.U.J.U.R iaitu.. PENIPU!!! KAKI KENCING...hambek ko.. sure korang hangingkan kalu orang sound korang dengan nama2 tu?
Dalam dunia ni mcm2 jenis spicies tak jujur yang wujud. Ada sahabat yg tidak jujur dengan sahabat sendiri, ada suami tidak jujur dengan isteri...bukan suami jer, tak kurang juga isteri yg tidak jujur dengan suami.. Malah ada jugak manusia yg tidak jujur pada diri sendiri. Pernah dengar kisah sahabat merampas kekasih sahabat sendiri? pernah dengar kisah pekerja songlap duit bos? pernah dengar suami atau isteri curang bermain kayu tiga kat belakang pasangan.. dan pernah dengar rakan sekerja menikam rakan kerja lain dari belakang untuk kipas bos… kisah mcm tu dah jadi darah daging dalam intisari dunia.. dan semua pasti akan terkena tempiasnya.. sekurang2nya sekali seumur hidup…ngeh ngeh ngeh.. tapi apa pula komen anda andai anda aKudutik menjadi mangsa kepada ketidak jujuran rakan2 pasangan dan manusia disekeliling anda? mesti fed up kan? pasti kita tertanya2 apa lah agaknya silap kita hingga orang tu sanggup tikam kita dari belakang.. bak kata orang susu dibalas tuba.. madu di balas racun... acheeeh.. banyak le pulak perumpamaan dalam entry kali neh… 
tahu kah kami apa risiko dan kesan kepada ketidak jujuran seseorang.. ? banyak kesan buruk dari baik nyer… contoh? erm.. orang akan hilang hormat pada kita..rumah tangga boleh hancur… boleh kena buang kerja… boleh hilang sahabat…boleh masuk penjara.. silap2 boleh jadi mangsa bunuh..huhuhu serammmm!! jangan main2 dengan manusia zaman sekarang.. apa pun boleh jadi. Parang jual lelong je sekarang.. aper lagi asid.. cuka getah..semua senang diperolehi.. hanya dihujung jari je, Hhihihi..so mau cuba ker? Nak rasa cam ner rasa kena tetak.. atau keperitan saat daging disiat2 asid? mmg seram tahap tenuk bila bayangkan.. minta jauh!
Mungkin bagi kita tak jujur skit2 tu biasa la.. tipu sunat.. tp bagi orang yg kena tipu atau yg terpedaya tu mungkin pemikiran dorang lain.. dendam mereka mungkin sukar padam.. silap2 org yg anda tak jujur padanya tu pembunuh atau ader masalah mental? masa tu sendirik mau ingat ler.. so jangan amalkan sangat sikap tak jujur neh.. sekali mungkin la orang boleh maafkan, tp kalau kerap kali dan tak pernah menghargai kemaafan yg orang berikan… ingat la lambat laung anda akan menyesal tak sudah. PERCAYA LA!!! di ulangi.. PERCAYA LA!!! wink!wink!!
Mulai sekarang belajar la untuk menjadi manusia yg lebih jujur, belajar bagaimana ingin menjadikan proses utk jujur tu lebih mudah.. bukan sahaja kepada manusia disekeliling kita but also learn how to being true to your deep self [mmg kronik le tu kalu pada diri sendiri pun nak menipu bagai]. Kudut percaya ia amat sukar and needs to be handled with intelligence and skill. Tapi kalu kita percaya kita boleh Insyaa Allah segalanya akan di permudahkan lagi2 perkara yg baik2 neh… dan rasanya tak susah pun untuk berlaku jujur seandainya kita tak melakukan apa-apa kesilapan atau kesalahan.. percaya tak kalu Kudut cakap kebanyakan orang yang tak jujur ni jadi mcm tu sbb dorang buat salah dan tak nak orang tau.. nak tutup lubang le pendek kata.. so dorang start mereka2 sesuatu ceritera agar kesilapan mereka tidak dapat di hidu.. bila sekali dorang tak jujur dan orang percaya.. mula la perangai menjadi2.. kejab2 nak menipu kejab2 nak kelentong.. kalu orang cop mat penip dorang marah..tapi manusia jenis tak jujur neh biasanya dia sendiri sukar nak percaya dengan orang lain sbb dier pasti selalu syak orang lain pun mcm dier gak jenis tak jujur.. masalahkan?
So sebelum masalah kian merebak berkudis buta bagai.. cuba kekang diri kita dari menipu dari berlaku tidak jujur pada insan lain.. tak ada kebaikan jangka masa panjang pun jadi manusia tak jujur neh.. hilang kepercayaan dan hilang rasa hormat kawan2 dan ahli keluarga ader ler.. so sempena tahun baru yang akan menjelma tak lama lagi.. berikhrar le untuk jujur pada keluarga, rakan2.. sesama manusia dan diri sendiri.. tak rugi pun der...

Thursday, December 15, 2011

.: Cinta Itu Kian Pudar.. :.

credit to Google..


Kudut Bukan Pakar Dalam Cinta, tapi sentiasa belajar untuk mengenal cinta. Bila sebut tentang cinta pasti yang indah-indah sahaja terbayang di mata. But... always remember life isn't always a bed of roses... sometimes life can be a field of thorns... http://dieyana.fotopages.com/images/smilies/rolleyes.gif Dan hari ni saat Kudut merenung tentang cinta.. menafsir diri dari hakikat yang berlaku di sekeliling Kudut  sekarang neh.. terasa ingin berkongsi sesuatu yang mungkin tak enak di dengar namun tak mustahil akan menimpa CINTA kita. bagi Kudut "love is definitely fading if this starts to happen.."

Komunikasi Yang Semakin Kurang...
Kalau dulu… Tiap kali jumpa berebut-rebut nak bercerita, sampai terpijak tahi cicak pun nak bagitau.. bertapa sharing is caring nyer.. huhuh..tak cukup ngan tu, call 2 jam sekali,sms tak putus-putus…Hantar email lagi…update status FB tiap 5 minit..punch card melalui foresquare pun ader…
Tapi sekarang…. Masing-masing pakat malas nak bukak mulut.. dalam otak “ala… tak yah ler bagitau, bukan penting pun….” Sampai resign dari tempat kerja sbb dapat kerja baru pun tak bg tau.. last bila pasangan dapat tau ayat cover line yang tak masuk akal… “oh.. saya tak bagi tau awak yer.. luper la tu”

Perang Teluk 24 Jam
Kalau dulu… Apa yang nak cakap tu semua bertapis… lubang tapisan tu lagi halus dari lubang tapisan teh tarik mamak. Kalau silap terkasar sikit pun tak kisah… ala… gurau2 manja jer tu… dier tak sengaja..
Tapi sekarang…. Asal keluar je ayat.. semua rasa menyakitkan hati…buat panas hati.. cakap slow pun di tuduh menengking.. apa kes? yang sorang maksud lain, lain pulak yang ditafsir yang sorang lagi… muka tak pernah manis… mata asyik nak terbeliak… ghentikan ler…

Spare Tyre
Bila kecurangan bermaharajalela.. bukan mudah nak kemudikan balik percintaan tu, dalam telefon si awek… nama rosli tukar roslina… dalam pak we nyer fone lak nama Martini jadi Mr. Martin. Elok sangat le tu… dua dua pun tak setia… depan pasangan ada 1 BB jer.. kat dlm bonet kete mcm2 jenis tepon..dah mcm kedai jual tepon.. 1 awek 1 sim kad lagi.. kelas ko meon.. so tunggu apa lagi, angkat kaki lambung jer ler… nak tunggu wat per manusia mcm tu.. .

Tak Jujur & Kaki Kelentong
Kepercayaan.. kejujuran dan kesetiaan adalah landasan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal.. Tapi, mesti kita boleh fikir sendiri… tiap kali call “sorry yang… mak I ni mintak cat kan rumah” anda memang tau rumah dia Cuma kat Bangsar, tapi bila friend finder… Nah! 012 XXXXXXX near Damansara Up Town… aper kes lak tu?

Bosan 
Dulu dia ler permata… jantung hati.. mata tak nak lekang dari wajah kekasih hati, cantik le sangat walau pun tak jauh beza sangat dengan klit durian... masa kerja kalau boleh nak tampal gambar dia kat bijik mata… tapi sekarang? Bukan ajer muka, kalau boleh bayang pun tak nak pandang, ader je benda yang menyakitkan mata.. gincu merah sangat ler, bulu idung terkeluarlah..Kalau dulu keluar sampai 4~5 pagi pun still segar bugar, tapi sekarang? Asal keluar, bawak lepak kat mamak sebelah rumah.. tak der tempat lain...pastu duduk kejab muka dah sangap… mata asyik layan FB kat fone.. wifi free le katakan... mamak tu pun dah kena virus bosan tengok korang yang datang dengan muka bosan bersama dengan pasangan yang satu spisis “MAMA BOSAN”

Mengelak
Dulu kalau boleh nak berkepit jer, sanggup ponteng kerja semata-mata nak gi dating.. tapi skang? Waktu kerja habis kul 5, tapi bagi tau ot sampai kul 10, banyak kerja nak siapkan… call handset asyik cakap bateri kong…kong… king kong… Tapi bila call ofc….saper yang angkat? Pak guard ler…. “ Saper keje malam-malam kat ofc ni selain guard macam saya… hantu ader ler kut cik kak”

Benci 
Kemuncak perjalan cinta… kiranya dah sampai ke liang dah… Biasanya benci ni wujud ada banyak sebab… tapi yang paling kuat kerana wujudnya orang ke tiga.. dan orang ke tiga tu wujud kerana sifat kita sendiri yang tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada…. SIFAT MANUSIA, SELALU INGINKAN YANG TERBAIK DAN TAK PERNAH PUAS DENGAN APA YANG TELAH DI MILIKI WALAU DIRI PENUH KEKURANGAN . Tapi bila insan yang baru tidak dapat menandingi kebaikan insan yang lama baru kita menyesal… tapi menyesal kemudian apa gunanya…

"Jangan ada orang ke-3 dalam hubungan kita, Insya Allah Hubungan akan berkekalan.." 
Biasalah.. orang yang baru kita kenal pasti nampak semua baik… menepati citarasa..outstanding… tapi dulu korang pilih pasangan korang pun sure sbb dorang pun ader ciri2 tu kan? So sekarang aper jadi? Oleh itu percaya la..dunia ni bulat… berapa kali korang tukar pasangan pun last2 mesti terarah kearah “MAMA BOSAN” jugak..so saper2 yang ader rasa nak cari baru tu.. tengok balik hari2 yang lalu… masa mula2 kita kenal kekasih kita… dia juga paling baik dan paling istimewa…paling comel dan manja..  kalau tak masakan kita pilih dia….pasti adersbb mengapa pasangan kita kian berubah.. fikir dan selidik.. tengok diri kita di cermin.. maybe mereka berubah kerana kita.. jadi bersyukur dan terimalah dia seadanya… tak ada kekasih yang tak sayang kekasih, jangan ikut nafsu sbb bila time menyesal.. nafsu tu takkan rasa sakit , kite jer yang tunggang terbalik… tersiksa… derita..merana..Ader aku kesah? lantak ko le jah...





Sunday, December 11, 2011

.: Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Ke-66 … DAULAT TUANKU!!! :.


Merangkap sembah dan ucapan tahniah sempena hari keputeraan DYMM Sultan Selangor DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ dan tahun ini merupakan tahun ke 10 baginda memerintah Selangor. Daulat Tuanku. Semoga Allah lanjutkan usia baginda. [photo credit to Google]



Dan hari ini juga merupakan cuti hujung minggu merangkap cuti keputeraan DYMM Sultan Selangor. Mcm hujung2 minggu yang lepas Kudut & family mati kutu tak tau mana nak pergi… seb baik la Jentoi hadir membawa sinar.. echeh…!!! “Jom bawak anak2 shopping…” apa lagi..dalam malas nak bangun pagi2 time cuti neh.. dengan pantas kudut bersiap kalahkan jentoi ngn anak2.. hik! Sebenarnya kalu nak pi mana2 pun mmg kudut yang bersiap dulu sbb jentoi cakap kudut makan hari nak bersiap hhahaha…nama pum pompuan der..
So tempat pertama yang kitorang tuju… kedai spare part.. shopping untuk Mr. WUJ dier dulu..erk!!! 4 absorber jadi target utama… adeh…seb baik Cuma booking je dulu tak tukar terus kalu tak bersawang le nak kena tunggu repair kete tu..  penantian tu satu penyiksaan der.. lagi2 kalu bab repair kete… sanggup duk umah melepak tengok tv dari jadi penunggu bengkel.
Destinasi ke dua… cari games untuk Mr. Adam Mikhaeyl. Akhirnya dier dapat aper yang dihajati… tapi skng PS2 lagi murah dari PSP.. aper kes? Ish!!! Dah dapat aper yang di idam-idamkan adam dah jadi gamer tegar.. jalan pun nak kena pimpin mcm orang buta.. aper tak nyer mata tak lepas dari screen.. tp kira ok la.. suh benti dier benti.. tak der le dier nak usik adik dier kejar saner sini.. tak sia2 beli game utk dier..

Bila dah dapat barang yang dihajati.. makan pun tak lalu... tenat!

Destinasi ke2.. SOGO.. wallaweh.. penuh ngan orang ramai kat bahagian promosi di tingkat bawah sampai kudut yang sekudut neh pun tak leh nak celah masuk lama2.. lemas.. naik tingkat 4.. cari baju adam ngn aqiel.. rambang mata tengok semua sales 10~70%.. capai seluar sehelai sorang.. baju 2 helai sorang.. kasut sepasang sorang.. jeles..jeles.. kasut mama dorang pun tak semahal kasut dorang tau.. papa ni mmg pilih kasih ler.. tapi seyes.. mmg murah2 pakaian kanak2.. [tp bahagian kasut adidas tak de sales..huhuhu].. baju Jeep sampai 70% tak sebut lagi Seed, Miki, Kiko.. tapi semua seluar maintain mahal..kalu sales pun 10~20% jer, t-shirt le yang mmg murah, boleh main capai jer..
Sonot nyer aqiel pilih kasut... adam kira menyerah jer ..asyik ngn games
first time beli kasut tak samer.. saiz tak der...yang purple aqiel punyer yang putih abg punyer
sepersalinan putih utk adam sepersalinan purple utk aqiel dan baju Soda kelabu sehelai sorang..cukup!
Then turun tingkat 1… time untuk kudut lak… tawaf satu pusingan satu happer pun tak beli.. tu masalah kudut.. tak berkenan.. cukup memilih.. lagi pun banyak blouse ala2 office nyer uniform.. wey!!! Kudut tak suker pakai blouse le.. kudut suka t-shirt jer.. kalu kasik dress ke baju ala2 korean tu ke.. yang tu boleh sarung.. blouse formal neh kudut tolak tepi. Last turun tingkat bawah.. hihihi.. last memandangkan kudut ni mmg isteri yang baik dan tak nak mengecewakan jentoi yang menangis2 nak belanja kudut hari ni [iyo ker?] kudut sambar 1 set DKNY delicious pink.. lagi pun Miracle – Lancome kudut dah tinggal gerimis2 halus je .. hihihi.. TQ dear..
Giliran kudut lak dapat habuan... i like!!!
Then gi breakfast merangkap lunch kat restoran lotus area sogo tu ..pas makan terus hilang arah lagi nak pi mana.. dari KL Jentoi bawa ke Shah Alam then ke Klang.. tak ader aper2 pun yang menarik..nak ke jusco bukit raja dah boring asyik pi saner jer. jentoi masuk shah alam balik nak lepak stadium lagi pun adam aqiel dah tido lena.. tp sampai saner orang pun tak ramai lagi kat stadium shah alam nengok go kart.. Alih arah lagi dari Shah ALam ke Mutiara Damansara nyer Giant.. hihhihi.. Cari barang dapur skit.. esokkan cuti lagi so kena penuhkan peti ice ngan ice cream, vitagen, Calcium, chocolate dan makanan sejuk beku.. sbb anak2 kudut neh siang2 susah nak makan nasi.. nak kena sogok ngn makanan2 kegemaran dorang.. nanti dorang pun jadi kurus kering mcm mama dorang gak…lepas melayan kerenah dorang kat dalam Giant tu.. singgah jab kat playhouse yang ader kat situ.. sementara jentoi melayan dorang kat situ kudut ke Guardian bersebelahan.. top up make up yg dah hampir kering dalam simpanan. Hampir 15 minit kat dalam tu kudut tersengeh2 kuar bwk 1 lipgloss 1 eyeshadow..
 
3 makhluk yang happy setelah di sponsor..
jentoi yang 'kurus' poket nyer setelah men'sponsor' tq dear...
Last before tamatkan xtvt hari ni kitorang gi mkn kat Restoran Irfan Sungai Buluh.. Tak jauh dari rumah pun sebenarnyer.. ok la makanan kat saner not bad. First time cuba dan makanan mmg menepati citarasa lidah kudut dan jentoi dan harga pun mmg berpatutan.. tu je kisah utk hari ni… lain kali kalu rajin kudut update lagi.. tata.. Assalamualaikum semua… 

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...