| Jejak Si Pari-Pari |

Thursday, February 16, 2012

Sharing is Caring : Tips Menjaga Otak..jauhi perkara2 dibawah...

Hari ni Kudut dapat email dari officemate kudut shared tentang tips untuk jaga otak...elakkan dari melakukan 10 perkara yang tersenarai andai kamu tak nak otak kamu mati sebelum kamu.. hihihih... sbb isu ni agak menarik dan berguna untuk tatapan semua kengkawan kudut dan blogger2 semua, so kudut dengan senang hati akan sharekan kat sini... tq untuk pemilik asal article ini yang tak dapat kudut kenal pasti dari mana officemate kudut dapat.. apa pun.. sama2 kita cuba elakkan dari tergolong dalam makhluk yang rugi sbb tak pandai jaga otak dengan baik.....layaaannnnnnnnnn



Tuesday, February 14, 2012

Sila Amalkan... Tips Untuk Tarik Seri Wajah...


Perkara Perkara Yang Perlu Diamalkan. Kalu selalu amalkan.. Insya Allah seri dari dalam diri tu akan terpancar terus bukan ajer kat dahi tap jugak kat seluruh wajah... x mo ker?

  1. Bangun la sebelum azan subuh setiap pagi.. jangan dengar azan subuh je makin duk tarik selimut.
  2. Minum banyak air kosong… terutama waktu pagi.. kalau boleh sampai 2 liter 1 hari. Kudut memang tak mampu..hihihi. Tong tak cukup besar.
  3. Amalkan baca ayat kursi sewaktu melangkah keluar rumah. Lagi bagus kalu boleh diulang2 sepanjang perjalanan sampai ke tempat kerja.. 
  4. Amik sarapan macam raja, lunch macam anak raja dan makan malam mcm pengemis.
  5. Makan banyak makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan dan kurangkan makanan dari kilang.. termasuk mee maggi le tu..
  6. Amalkan 3E –Energy, Enthusiasm dan Empathy.
  7. Waktu terluang kat office kalu tak der aper nak buat banyak2 la bersalawat ker berzikir ke dalam hati. Much better dari bergosip. Simpan je surah2 dan zikir2 dlm fone. Waktu rehat pasang dan dengar... kalu korang leh layan lagu cinta mendayu2 kenapa bila suh dengar ayat suci Al-Quran mcm teramat liat? tu semua kerana.. syaitonirrojim...
  8. Sentiasa luangkan waktu untuk Solat sunat dan berdoa.
  9. Luangkan waktu untuk bermain games. Hihihi.. Kudut suka berkebun kat FB.. terbaeeekkk..dulu ler.. skng kebun semua dah rosak... 
  10. Duduk diam-diam selama 10 minit setiap hari dan berdoa dan bertafakur. Terapi minda skit. Pasti rasa tenang...
  11. Tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari. Muka mesti berseri-seri sbb cukup tido. Kedut2 pun lambat bercambah... dan yang penting tak der topeng koala bear kat bahagian mata... huhuhu
  12. Amik masa selama 10 hingga 30 minit sehari untuk berjalan. Keluarkan peluh..Sambil jalan tu jangan luper senyum..diulangi.. senyummmmm... :)
  13. Jangan sesekali nak bandingkan diri sendiri dengan orang lain yang dah berjaya. Ala2 menyesali nasib le pulak kan? Korang bukan tahu pun keperitan perjalanan hidup dorang sebelum berjayakan? Tak der nyer kejayaan tu nak datang bergolek. Yang penting Aja-Aja Hwaiting!!!
  14. Jangan mengungkit. Jangan nak ingat kisah pahit yang lepas-lepas lagi2 bila berhadapan dengan pasangan anda. Ia akan memburukkan keadaan dan membinasakan kemakmuran perhubungan. Hati pun remuk.. mau ka?
  15. Buang perasaan hasad dengki (PHd) dalam hati tu. Bukan diiktiraf pun.. 
  16. Senyum dan tertawa la selalu. Tapi jangan la pulak sekali gelak kalah gelak syaitonirrojim. Bughok bebenor..
  17. Tak payah buang masa nak benci saper-saper. Tak ada guna. Menyakitkan hati je… secara tak langsung terpamer 'kebencian' tu kat wajah.. seri pun hilang.
  18. Berbanyakla meminta maaf dan memaafkan orang lain. Tak payah nak berdendam2. Percaya la, zaman skng saper2 yang aniaya kamu akan Allah bayar cash. Jadi tak yah susah2 hati. Serahkan saja pada Allah SWT.
  19. Selalu lah berhubung dengan family kat kampong. Sekarang macam-macam ader.. FB ader.. skype ader..3G ader.. tak ader alasan lagi utk tak nak call kampung. Tak der saper yang boleh ganti keluarga terutama mak dan ayah walau mcm mana sekali pun. Percaya la... last2 nanti kalu susah korang akan carik mak bapak jugak.. jadi jangan jadi kacang lupakan kulit.. kepala lupakan helmet...
  20. Ucapkan Alhamdulillah apabila kita bangun dalam keadaan bernyawa pada setiap pagi…kalu dah tak ader nyawa.. sendiri mau ingat le before tido ader mengucap ke tak? 

Selamat tenung menenung... sila la amalkan mana yang termampu...

Monday, February 13, 2012

Say No to Valentine's day!!!!!!!!!!!!

Sebut je hari Valentine mesti terbayang bunga ros, coklat, candle light dinner… untuk yang bukan Islam maybe tak ada apa2 halangan, tapi untuk rakan2 muslimin dan muslimat sekalian memang dilarang sekeras2 nya untuk menyambut hari memperingati ‘kekasih’ ni.. kita boleh ingat kat kekasih kita kat ibu bapa, rakan2 dan family bila2 masa pun tak perlu tunggu 14 February tiap2 tahun… memang diakui ramai yang sanggup berhabis duit beli bunga yang kalu hari biasa sehengget je sekuntum.. tp bila sampai valentine boleh naik harga tanpa kawalan sampai berpuluh2 ringgit sekuntum. Apa kejadah perabis duit beli bunga..baik gi makan Pizza.. hahahah.. Psssttt!!! Pizza tengah wat promosi ni… potongan harga tiap2 hari… hihihih….
Menjelang Valentine’s day pun penuh le hotel2 dimalaysia ni .. dari rumah tumpangan ah seng sampai le ke hotel 5 bintang.. tengok budget….fully booked.  Dan bersusah payah le JAIS dan badan2 agama yang sewaktu dengannya bersengkang mata wat operasi… banyak le jugak kete2 rosak di sepanjang pantai dan kawasan parking yang gelap2… dua tiga bulan dari hari ni.. berpesta la klinik2 haram yang amik duit bawah kaunter dapat imbuhan menggerudi janin dalam rahim… tu utk yang berduit.. boleh bayar beribu2 utk hilang malu.. yang tak berduit?.. terpaksa la telan ubat dari farmasi berguni2.. apa nak jadi2 la janji symbol cinta valentine dalam perut boleh keluar.... tp kengkadang tak jalan jugak.. Allah tu maha kuasa… ubat sehebat mana pun kalu Allah tak izinkan takkan bagi aper2 kesan… so terjadi la… 9 bulan 10 hari nanti baru Nampak hasil… ramai le bayi tak berbapa dilahirkan.. kalu idup tak per.. yang jumpa kembung dalam kolam.. yang berulat dalam tong sampah.. yang pecah kepala kena campak… yang rentung kena bakar…?
Jadi dah le kesan dari hari Valentine ni banyak yang buruk dari yang elok… dapat dosa lagi….Jadi tak payah le nak jadi romantic sangat ..nak terikut2 sangat budaya barat… tak rugi pun buat tak tau je bila sampai tarikh ni… lagi elok kalu langsung tak ingat….

Ok la… sebagai ilmu tambahan… sila la baca asal usul hari valentine ni… moga ada mafaat… moga ada perubahan… walau pun tak banyak.. tp boleh jadi langkah pertama kearah kebaikan. Lagi pun Hari Valentine neh berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Tak  ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah HARAM. ..diulangi… HARAM!!!!

‘Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.’

 Tapi ader awek2 yang bila sampai hari valentine pak we tak nak sambut.. tak bagi bunga.. merajuk bibir boleh ikat.. tah aper2…setakat nakkan bunga sampai boleh ajak pakwe wat perkara haram.. huhuhu. Ekceli ader 3 pendapat mengenai asal usul hari valentine neh… dan ketiga2 nya mmg pasti tiada kaitan dengan agama suci kita ISLAM.


Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah lalu disapukan darah binatang tersebut ke badan mereka dan mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. 
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan lace iaitu St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk lace a.k.a surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ::From your Valentine:: (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. 
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di lace a.k.a medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.


Jadi kudut tak nak cakap banyak.. korang fikir la sendiri… terutama utk gadis2 di luar sana.. tak payah le nak korban diri demi cinta dan jadikan hari valentine ni tarikh istimewa untuk diingati sampai bila2…tak der paedah!!!. (cakap elok2 susah budak2 skng nak paham…)


Sunday, February 12, 2012

Himpunan Petua Untuk Kita Semua

Hari ni tengah duk teman anak2 kudut tengok katun, tiba2 Adam cakap gigi dier sakit… huhuhuh.. memang kudut dan semua kengkawan pun tau kan betapa siksa nya kalu sakit gigi, semua benda pun tak boleh buat. Time ni ler petua-petua amat diperlukan selain pain killer.. hihihii. Jadi kat bawah ni kudut share petua2 yang patut kita jadikan alternative andai kata pain killer atau ubat2an tak der dalam simpanan.

Sakit Gigi
 Gigit bunga cengkih guna gigi yang sakit atau kalau gigi yang sakit tu berlubang, tumbuk cengkih tu halus2 dan sumbatkan kedalam gigi yang sakit.
 Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit
 Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.
 Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur.Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.
 Selain tu kalu sakit gigi, disarankan jugak untuk kita berkumur2 dengan cuka yang dicampurkan dengan segelas air suam.. jangan lak dicampur ngan air sejuk berais…

Mengubati Sembelit
 Banyakkan makan buah-buahan dan air kosong. Buah2an yang dimaksudkan ialah limau betik dan pisang.
 Rebus temu lawak dengan segenggam biji sawi. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya setiap hari pagi dan petang sehingga sembuh.

Sakit Kepala
 Berkemungkinan kekurangan air, minum seteguk2 dan rehat dan diulangi lagi meminum air kosong, air teh atau air limau purut. Pilih satu je yer jangan bedal sekali gus tiga2.
 Mandi air panas, dapatkan rawatan stim di spa atau saper2 yang ader Jacuzzi lagi terbaeeekk…
 Basahkan kepala dengan air daun bunga raya. Ramas kan dengan air dan letakkan dikepala.
 Campurkan segenggam asam jawa dan secawan santan. Lumurkan dikepala. Bungkus dengan tuala hingga kering. Dan cuci…jangan tak cuci lak. Karang gugur semua rambut.. hihihi
 Tidur beralas kan daun Lemuni.. saper2 tak kenal daun lemuni leh Google yer…
 Kalu tak jalan jugak.. tutup lampu tutup tingkap ..tido!!!

Sakit Perut / cirit birit.
 Minum secawan the O pekat tanpa gula. Ulang hingga cirit birit sembuh.
 Kunyah pucuk jambu batu dan telan airnya. Ala-ala macam makan tebu gitue.
 Minum 1 sudu madu.. di dahului dengan selawat ngan bismillah cam biasa yer.

Saturday, February 11, 2012

Homoseksual Ngan Lesbian ni memang perangai BABI ler...!!!

Di sebabkan article hari ni berkaitan BABI (sajer nak guna perkataan BABI instead of Khinzir.. lagi sesuai dengan tuan punya badan) jadi tiada gambar yang akan dipaparkan sbb seperti yang semua orang tau.. BABI ni memang buruk walau pun ala2 pinky  gitue.. x mo rosakkan permandangan blog kudut dengan sifat pinky tu;


Tiba2 di minda kudut ni tertanya-tanya kenapa hina sangat binatang bernama BABI neh… bukan takat binatang tu je malah nama BABI tu pun dipandang hina tahap gaban. Memang dalam Islam, binatang nama BABI ni mmg diharamkan.. jadi teringin nak kupas keburukan BABI ni dari tubuh badan sampai ke nama yang semua membawa keburukan kepada manusia dan makhluk2 sewaktu dengan nya...

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain ALLAH, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala” (Q.S. Al-Maidah:3)

Keburukan-keburukannya BABI ni;

v  v kalu orang kutuk kita ‘ko ni mcm kambing la…’ mesti kita leh terima lagi tp cuba kalu orang cakap ‘ko ni mcm babi la!!!’ mesti kita mengamuk tahap tenuk sampai kengkadang boleh putus kawan kan? So nama BABI itu mmg amat2 merbahaya dan jangan dibuat main2… banyak sangat kesan buruk.
v  v babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya. Pendek kata dlm tubuh badan BABI ni mmg mcm gudang untuk supply penyakit kepada manusia dan binatang2 lain termasuk la sekarang ni wujudnyer virus H1N1.
v  v Babi ni makan  apa saja termasuk kotoran-kotoran (manusia/hewan/kotorannya sendiri), dan daging apa saja termasuk daging manusia. Yang lagi sadis, kalu BABI ni dah lapar, BABI ni akan muntahkan balik isi perut dan makan isi perut tu semula… bukan takat muntah sendiri (macam badang je makan muntah hantu.. hihihi) BABI pun makan najis sendiri.. mengikut fakta BABI ni akan kencing dulu atas najis then makan…system pelincir.. hahaha.. apa jenis binatang le… huhuhuh
v  v Babi jugak makan tanah dan selut dalam kuantiti yang banyak.. tu sbb saper2 makan babi badan depa ader bau lain mcm sikit… cuba pi cium bau  saper2 yang korang tau makan babi… kih kih kih.. bahagian ketiak lagi kaw kut.. kuang kuang kuang..
v  v Praktis cara hidup Homosex/lesbian dan tidak cemburu jika betinanya diganggu jantan lain. Buta nafsu ghuper nyer binatang ni. Tak der hal sama jantina ke tak semua bedal.. Jadi saper2 yang amalkan cara hidup macam ni jangan marah le yer kalu ader orang panggil korang BABI.
v  v BABI ni hobi nyer makan, tidur dan sex. Yelah binatang ni tak keje macam manusia. Jadi manusia jangan le jadikan makan, tido ngn sex tu hobi utama korang yer… hihihih..
v  v BABI ni pun tak senang bergerak dan tak suka tempat panas. ..so saper2 yang ader rakan kerja yang pemalas asyik duduk jer pastu suh turun padang gi site ke dorang tak mo sebab panas.. korang highlight le kat depa pasal perangai BABI ni.. mesti secara psychology dorang lebih paham.
v  v Lemak yang terkandung dalam BABI ni memang tinggi.. beza nya mcm KLCC ngn bangunan Maybank le dengan haiwan2 ternakan lain.. so dah tau banyak lemak kenapa nak dibedal jugak.. karang kolestrol tinggi dlm badan mula la susah payah nak berdiet makan oat tiap2 hari.
v  v Paling penting BABI ni tak der leher..cam ner nak sembelih. Bila tak sembelih mmg sah2 le haram untuk dimakan oleh kita muslimin dan muslimat semua..

Kat bawah ni senarai penyakit2 yang disebabkan oleh parasit dan cacing2 yang idup dalam badan BABI, memang mewah dengan punca penyakit.;

v  v Fasciolopsis Buski menyebabkan diarreea terus menerus.
v  v Cacing bulat menyebabkan pneumonia mati lemas, penyakit kuning.
v  v Cacing bengkok menyebabkan Anemia, TB, Diarrhoea, dan Thyphoid
v  v Paragonimus menyebabkan pendarahan paru-paru.
v  v Clonorchis Sinensis menyebabkan Chonorhiasis(penyakit lever).
v  v Giganthorinchus Gigas menyebabkan Anemia dan gangguan pencernaan.
v  v Metastrongylus Apri menyebabkan Broncitis dan Agses paru-paru.
v  v Swine Erysipelas menyebabkan penyakit luka baker (inflamation).
v  v Tubercle Bacillus menyebabkan penyakit tuberculosis.
v  v Taenia Solium menyebabkan berbagai penyakit perut Anemia dan ChronicInvalidism.
v  v Trichinella Spiratis menyebabkan penyakit Trichinosis atau trichinelliasis (Reumatism dan sakit otak).
v  v Variola Suilla menyebabkan penyajit cacar(small-pox).
v   v Sarcoptes Scabiei menyebabkan Mange of scabies.
v  v Fusiformis necrofurus menyebabkan penyakit foot rot yang paling sulit disembuhkan.
v  v Salmonella cholerasuis menyebabkan penyakit koleera (penyakit pengisap-sucking parasites).
v  v Cystycercus tenuicollis yang hidup dalam hati, dinding usus dan membrane babi.

Kat mana cacing2 dan parasit ni tinggal? Kira alamat dorang le dlm badan BABI ni..
v  v Cysticercus cellulosae yang hidup dalam hati, daging dan lidah babi.
v  v Echinococcus colymorphus yang hidup dalam hati dan usus babi.
v  v Paragonimus westermanii yang hidup dalam paru-paru babi.
v  v Sparganum mansoni yang hidup dalam otot dan daging babi.
v  v Ascaris lumbricoides yang hidup terutama pada pada ususnya.
v  v Trichuis suis yang hidup pada usus buta/caecum atau usus besarnya.
v  v Stephanurus dentatus yang menempati perut, lemak, hattinya.
v  v Choerostrongylus pudendotectus.
v  v Oesophagostomum dentatum ditemukan dalam usus kecilnya.
v  v Anklylostoma doedeenale ditemukan dalam usus kecilnya.
v  v Arduenna strongylina hidup dalam selaput lender perut.
v  v Physocepholus sexalatus hidup dalam selaput lender perut.
v  v Simondsia paradoxa hidup dalam selaput lender perut.
v  v Gnatostoma hispidum.
v  v Setaria bernardi hidup dalam isi perutnya
v  v Macranthorynchus hirudinaceus hidup dalam perut kecilnya.
v  v Sarcoptes scabiei var.suis hidup diseluruh kulitnya.
v  v Haematopinus suis ditemukan di seluruh kulitnya.

Credit to go4halal

Tapi time kudut cari fakta2 neh ader gak terjumpa manusia2 dalam kesesatan yang cuba nak putar belitkan fakta. Cuba nak wujudkan confusion pasal status halal haram BABI ni.. mempersoalkan adakah BABI ni betul2 declared dlm Al-Quran sebagai haram.. so kepada penulis2  ala syaitonirrojim yang membawa kesesatan neh… bertaubatla selagi pintu taubat terbuka untuk kamu.

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...