| Jejak Si Pari-Pari |

Tuesday, February 14, 2012

Sila Amalkan... Tips Untuk Tarik Seri Wajah...


Perkara Perkara Yang Perlu Diamalkan. Kalu selalu amalkan.. Insya Allah seri dari dalam diri tu akan terpancar terus bukan ajer kat dahi tap jugak kat seluruh wajah... x mo ker?

  1. Bangun la sebelum azan subuh setiap pagi.. jangan dengar azan subuh je makin duk tarik selimut.
  2. Minum banyak air kosong… terutama waktu pagi.. kalau boleh sampai 2 liter 1 hari. Kudut memang tak mampu..hihihi. Tong tak cukup besar.
  3. Amalkan baca ayat kursi sewaktu melangkah keluar rumah. Lagi bagus kalu boleh diulang2 sepanjang perjalanan sampai ke tempat kerja.. 
  4. Amik sarapan macam raja, lunch macam anak raja dan makan malam mcm pengemis.
  5. Makan banyak makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan dan kurangkan makanan dari kilang.. termasuk mee maggi le tu..
  6. Amalkan 3E –Energy, Enthusiasm dan Empathy.
  7. Waktu terluang kat office kalu tak der aper nak buat banyak2 la bersalawat ker berzikir ke dalam hati. Much better dari bergosip. Simpan je surah2 dan zikir2 dlm fone. Waktu rehat pasang dan dengar... kalu korang leh layan lagu cinta mendayu2 kenapa bila suh dengar ayat suci Al-Quran mcm teramat liat? tu semua kerana.. syaitonirrojim...
  8. Sentiasa luangkan waktu untuk Solat sunat dan berdoa.
  9. Luangkan waktu untuk bermain games. Hihihi.. Kudut suka berkebun kat FB.. terbaeeekkk..dulu ler.. skng kebun semua dah rosak... 
  10. Duduk diam-diam selama 10 minit setiap hari dan berdoa dan bertafakur. Terapi minda skit. Pasti rasa tenang...
  11. Tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari. Muka mesti berseri-seri sbb cukup tido. Kedut2 pun lambat bercambah... dan yang penting tak der topeng koala bear kat bahagian mata... huhuhu
  12. Amik masa selama 10 hingga 30 minit sehari untuk berjalan. Keluarkan peluh..Sambil jalan tu jangan luper senyum..diulangi.. senyummmmm... :)
  13. Jangan sesekali nak bandingkan diri sendiri dengan orang lain yang dah berjaya. Ala2 menyesali nasib le pulak kan? Korang bukan tahu pun keperitan perjalanan hidup dorang sebelum berjayakan? Tak der nyer kejayaan tu nak datang bergolek. Yang penting Aja-Aja Hwaiting!!!
  14. Jangan mengungkit. Jangan nak ingat kisah pahit yang lepas-lepas lagi2 bila berhadapan dengan pasangan anda. Ia akan memburukkan keadaan dan membinasakan kemakmuran perhubungan. Hati pun remuk.. mau ka?
  15. Buang perasaan hasad dengki (PHd) dalam hati tu. Bukan diiktiraf pun.. 
  16. Senyum dan tertawa la selalu. Tapi jangan la pulak sekali gelak kalah gelak syaitonirrojim. Bughok bebenor..
  17. Tak payah buang masa nak benci saper-saper. Tak ada guna. Menyakitkan hati je… secara tak langsung terpamer 'kebencian' tu kat wajah.. seri pun hilang.
  18. Berbanyakla meminta maaf dan memaafkan orang lain. Tak payah nak berdendam2. Percaya la, zaman skng saper2 yang aniaya kamu akan Allah bayar cash. Jadi tak yah susah2 hati. Serahkan saja pada Allah SWT.
  19. Selalu lah berhubung dengan family kat kampong. Sekarang macam-macam ader.. FB ader.. skype ader..3G ader.. tak ader alasan lagi utk tak nak call kampung. Tak der saper yang boleh ganti keluarga terutama mak dan ayah walau mcm mana sekali pun. Percaya la... last2 nanti kalu susah korang akan carik mak bapak jugak.. jadi jangan jadi kacang lupakan kulit.. kepala lupakan helmet...
  20. Ucapkan Alhamdulillah apabila kita bangun dalam keadaan bernyawa pada setiap pagi…kalu dah tak ader nyawa.. sendiri mau ingat le before tido ader mengucap ke tak? 

Selamat tenung menenung... sila la amalkan mana yang termampu...

No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...