| Jejak Si Pari-Pari |

Friday, February 17, 2012

Karnival “Wow! Putrajaya”



Kepada saper2 yang memang sukakan carnival ader berita baik untuk anda. Kementerian  Wilayah  Persekutuan  dan  Kesejahteraan  Bandar  (KWPKB) akan menganjurkan Karnival “Wow! Putrajaya”  buat sekian kali nyer. Acara itu akan berlangsung dari 23-26 Februari 2012 di Sisiran Tasik, Presint 2.So saper2 yang dah mmg tinggal kat Putrajaya.. dan tak lupa yang berada diluar Putrajaya, aper lagi jom pakat serbu.
Karnival  ini  akan  mengekalkan  acara  yang  telah mendapat sambutan yang menggalakkan  pada tahun lepas seperti pertunjukan “tatoo” ATM, persembahan kesenian  dan  kebudayaan,  “hot  air  balloon”,  Upin & Ipin, Pertandingan Fotografi,  Sukan  Rakyat,  Karaoke  dan  Futsal  serta Cabutan Bertuah. Selain dari tu,  Karnival  Wow! Putrajaya ni pun akan turut memperkenalkan beberapa  acara  baru  antaranya  adalah usaha memecah The Malaysia Book of Record  bagi  acara  Inter  Park  Ride,  “Master  Gardener”  mega,  pameran pelancongan   dari   negeri   Perak   dan  Kelantan,  Formula  1  Simulator Championship, pameran kesenian dan kebudayaan antarabangsa, Boboiboy, Lawak “Wow!   Putrajaya”  serta  “Artists  Corner”.  Hadiah  menarik  juga  turut disediakan  di  dalam  pelbagai pertandingan antaranya perrtandingan pakaian kreatif  keluarga,  pertandingan  3  on  3,  pertandingan  “Cheer  Leader”,pertandingan menghias buah dan pertandingan makan “hot dog”.
Antara artis-artis yang akan menjayakan  Konsert “Wow! Putrajaya”  ialah  M.Nasir,  Ella,  Ramli Sarip, Hazama, Meet Uncle Husein,Stacy  dan Mila. Konsert akan berlangsung pada 9.00 malam, 25 Februari 2012 yang akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
So jangan lepaskan peluang bawak family jalan2 ronda putrajaya yer?

PS: untuk nuffnang.. thanks sbb kasik 3 lagi BF utk bulan ni.. terbaeeekkk!!!

No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...