| Jejak Si Pari-Pari |

Saturday, November 27, 2010

WE ARE THE CHAMPION... YEY!!!


PART 1

PART 2

WE ARE THE CHAMPION... YEY!!! WE ARE THE CHAMPION... YEY!!! heheheheh.. tak sangka dlm banyak2 group yang semua nyer best2 tahap gaban tu kitorang masih mampu mengekalkan kejuaraan… ngeh ngeh ngeh..nasib baik kitorang menang kalu tak sure bebudak akan cakap ‘ tu le kalah.. dieyana lupa step.. ‘ tak pun ‘ sebab le kalah.. dieyana nari cam kayu…’ ngeh! ngeh! ngeh! berani dorang nak cakap cam tu?. apa2 pun Syukur Alhamdulillah.. tak sia2 kitorang training tiap2 hari..dan tak sia2 menapak pyramid cari baju last2 minute ngan wani.. Tapi walau pun menang sure ada yg cakap2 belakang.. rambut sama blonde tapi hati lain2 kan.. mesti ada yg puji group lain lagi best.. biasa la adat pertandingan.. tp ada kitorang kisah? hahaha.. so seperti yg dijanjikan RM700 kami genggam.. menambahkan saki baki dalam akaun IPC yg hampir mencecah RM10k.. hahaha.. lawak mak labu jer.. mana ada sampai RM10k… (ssyyyyhhhh… secret and confidential) so bosses, maner kita nak calebrate kali ni? Kepada kengkawan yang dapat lucky draw tu tahniah..sy 6 tahun kat SATO neh x pernah sekali pun dapat lucky draw.. mmg terbukti sy ni tak luckykan..huhuhu..
Hari ni pun my family balik trg.. huhuh tak best nyer tak dapat nak duk bawah ketiak mak lamer2.. dorang datang jumpa sy kat hotel before balik saner.. cheh... syahdu ler pulak.. thanks kakak ku sbb sudi menempelkan makeup ke muka ku dan utk mak.. sbb tolong jagakan cucu mak sementara anak mak ni gi menari ronggeng.. hehe.. next month anak kesayangan mak neh balik yer... hehehe.

me...keh keh keh
 
 So,kat bawah ni sy share sikit2 gambar kita time party tu… credit to abg Faizal & ipc members untuk gambar2 kat bawah.. nanti ada lagi kita tambah lagi key.. heheh… kat facebook pun banyak gambar2 sekitar annual party neh.. enjoy!!!
Perasmian..

our MD... GM and AGM... kelakor..

EG..takahashi and shahrul...

Karektor utama

sy and lin..

with lin wanie and aisyah

sy, lin dan wani...

Dalam debaran...
Time kejuaraan milik kami...
we are the champion...
last snap... with top management..

emlet..shahrul..wani..rika..me and fazlin
Lin with wani and jep..










Friday, November 26, 2010

Hari Ini Hari Terakhir....

suspen jer bunyi tajuk dier kan..? suker suker.. bukan hari terakhir aper nyer, cuma hari terakhir untuk semua department wat training utk performance sok...huhuhu..takut pun ader..seram pun ader...baru hari ni belum lagi esok... esok nak nyer terkincit neh... ngeh2x mcm tak biasa jer kan padahal tiap2 tahun pun ada muka ni menempel..
support..

orng kuat

artist..hehehe
ha.. gambar2 kat atas tu sy kongsi utk kenang kenangan...so esok kiter tengok le saper yg terkucil... saper yg lupa script. yg tak bleh blah sekali bila ingat charlies angle nyer costume..mcm budak skolah nyer uniform pun ader...ekceli kitorang pun confuse ngan costume ni tp kalu tak betul2 nampak cam charlies angle iras2 pun cukup ler.
Hari ni pun my family sampai dari ganu.. terpaksa ler jentoi yg balik awal sbb sy mmg tak leh skip latihan hari ni.. jam 730 ptg baru balik dan jentoi datang amik sekali ngan my family.. then kitorang gi makan kat 15 subang jaya .. gi chow kit beli buah.. ronda2 danau kota walau tak turun pun dari exora putih tu.. last semua dah ngantuk dan balik.. huhuhu.. cian dorang.. esok dah ler sy kena ada kat hotel kul 11 am..dan dorang pun nak kena balik esok sbb abg nak  sign contract.. ish!!! kenapa la clash schedule lak neh.. nampak nyer tak sempat le dorang nak jalan2 .. selalu mcm tu.. dtg sari mana le sy nak bawak depa.. nak tunggu datang lagi sure bertahun... 
so utk esok...good luck kawan2 ku...

Thursday, November 25, 2010

Misi Pencarian Costume…

Ha..ha..ha.. hari ni our mission accomplished. After training dari jam 5.45~7.30 mlm kitorang.. actually sy ngan wani jer .. naik kuda putih wani ke sunway pyramid… misi kami untuk mencari costume utk sabtu ni harus selesai hari ini walau dlm apa cara sekali pun.. dan kami dengan semangat berkobar2 ala Tentera nak gi medan perang pun memerah segala minyak yg ada ke saner.. erm.. ramai le pulak pengunjung pyramid malam neh.. nasib baik kami ada luck.. kejab je dah dpt parking dekat ngan escalator lak tu. hehehe…Kali ni pun En. Kamarul sekali lagi menjadi bodyguard tak bertauliah kitorang.. sementara dia pi tengok wayang dia tolong bagi pendapat yang kebanyakkan nyer utk ‘menjatuh’ kan kami insan2 comel neh.. hahahah.. tp thanks banyak2 pada dia.. sbb tak jemu membontoti kitorang dari satu kedai ke satu kedai.. dari baju ke hair band, dari hair band ke shawl dia memang si tenang.. hahaha.
before 9.30 mlm misi kitorang selesai.. 3 pasang baju 1 hair band dan 1 shawl… heeeey… 1 lagi 4 pasang earring. ekceli kitorang ber tiga jer tapi sbb RM10 = 4 pasang, baik kitorang beli 4 terus lagi pun kalu beli satu-satu rege dia RM4.. kami kan pakar economi .. hhuhuu.. apa org cakap tu… wanita adalah perancang economi yang baik.. keh keh keh [pakar economi ker dah rambang mata?]. After dah settle sy dan wani sajer jalan2 cuci mata sementara tunggu jam 9.30 mlm [cian lak nak tinggal Kamarul tunggu movie dia sorang2 orang berbudi kita berbahasa..dok gitu?] sempat masuk ROMP jap.. keh keh keh… sementara tunggu wani testing jeans dia.. sy pun ada la usha 1 long shirt and 1 kemeja.. nanti set 1 tarikh lagi ngan wani utk datang sini.. 2nd mission.. mantop!!!
Then wani drop sy kat kedai makan kat USJ15.. hehehe.. kasik isi perut sorang2 sementara tunggu jentoi dan 2 pendekar kundur kitorang datang amik.. alahai.. rafaeyl tak sihat lagi ruper nyer.. termuntah dlm kete.. jenuh jentoi menyental ngeh ngeh ngeh.. sy pun tak sure kenapa dah 5 hari dah rasa nyer dari mula dia muntah2 hari tu.. tapi sekarang dah boleh makan la.. x ada la mcm first2 kena masuk keluar balik pantang masuk keluar balik.. ibu mana yg tak risau.. biasa sehari dua je dah ok..
Balik kemas rumah mana yg patut sbb kalau tak ada aral esok mak, kakak. abg ipar dan anak2 sedara sy akan sampai dari ganu. ..rafaeyl pun after makan kopok ngan minum susu… sy tidokan dalam buai.. mikhaeyl pun selamat tido ngan lena nyer dibawah ketiak papa dia.. hehhee.. ingat nak layan tenet.. bukak kejab dah ngantuk.. baring belah rafaeyl terus lelap sampai pagi.. ngan laptop, TV, lampu tak off.. huhuhu.. tiap2 hari pun mcm tu.. sebab la bil letrik melambung2 .. erk!!! bukan tadi cakap wanita perancang economi yg baik ker? hahaha…
nak tengok gambar barang2 yg kitorang beli.. erm… x boleh disclose dulu nanti tak surprise.. hehehe.. wish us luck untuk our performance..

Wednesday, November 24, 2010

SUPPLIMENT : OPTIVIN™

Kali ni sy nak memperkenalkan 1 lagi suppliment yg sy pasti semua orang dah tau.. OPTIVIN.. Sy sekeluarga dah start amalkan OPTIVIN ni after balik kg that day... anak2 sedara sy semua makan sebagai makanan tambahan.. so untuk anak2 sy bagi yg chewable.. mmg dorang suker sbb mcm cekelat... dan sy sendiri ngan hubby makan yg capsule.. untuk pertahanan badan.. susah nak kena selsema demam tu semua.. dan utk sy yg wanita ni mmg perlukan untuk kecantikan jugak.. semua orang tau kan yg buah beri mmg terkenal ngan antioksida.. ala cam innershine tu.. pun dari buah2 beri.. apa tu OPTIVIN™?
OPTIVIN™ merupakan campuran proprietari ekstrak beri kaya antosianin yang unik yang terdiri daripada ekstrak-ekstrak beri biru liar, strawberi, kranberi, bilberi liar, elderberi dan biji raspberi. OPTIVIN ä dihasilkan baru-baru ini untuk membekalkan nutrien antioksida yang optimal kepada anda. OPTIVIN ä merupakan barisan pertahanan pertama anda dalam meneutralkan dan menghapuskan kesan radikal bebas yang merbahaya.

OPTIVIN™ merupakan ekstrak beri berbilang jenis yang telah diformulasi dan diuji selamat, mempunyai bio-ketersediaan, aktiviti antioksida dan anti-angiogenik (kebolehan untuk mengurangkan pertumbuhan saluran-saluran darah yang tidak dikehendaki yang mungkin mengakibatkan pembengkakan urat pembentukan tumor) yang optimum.
Kepelbagaian biologi wujud dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, begitu juga dengan manusia. Dua puluh individu yang mengambiil bahan yang sama akan memberikan reaksi yang berlainan terhadap bahan-bahan tertentu. Bagi seseorang, memakan strawberi mungkin akan meningkatkan paras antioksidanya selama 4 jam, tetapi bagi seseorang yang lain, kesannya mungkin akan bertahan selama 20 minit sahaja.
Dengan menggabungkan buah-buahan beri yang telah diuji ke dalam satu formulasi yang amat berkesan, OPTIVIN™ membekalkan spektrum antioksida yang lebih luas daripada mana-mana satu ekstrak beri secara individu..
OPTIVIN CHEWABLE 60 tablets & 30 tablets (new packaging)


OPTIVIN capsule  & chewable 60 tablets (new packaging)

OPTIVIN capsule  60 tablets (new packaging)
OPTIGEST
so kepada sesiapa yg dah tau dan berminat nak beli pun boleh dptkan melalui sy...boleh jugak cari kat guardian atau watson dan bandingkan harga nyer.. sy sesiapa yg biasa makan mmg tau harga pasaran biasa RM230++ dan kalu ada promosi pun dlm RM140++... selagi stock masih ada.. dan mengikut qty order yg diterima insya Allah sy boleh tolak dengan harga yg lebih murah... alhamdulillah..

FAKTA & OPTIVIN
  • HORMON : Sebelum ini diketahui bahawa hormon estrogen terkandung di dalam tubuh badan wanita dan lelaki. Fakta menunjukkan estrogen adalah baik untuk fungsi kardiovaskular bagi lelaki. Estrogen dan progestron adalah hormon yang menyebabkan fungsi reproduktif di dalam tubuh wanita. Nisbah yang stabil di dlm estrogen dan progestron boleh berubah dengan tiba-tiba sesuai kpd keselatan, penurunan sistem keimunan dan stress. Keputusannya, fungsi biasa di dlm badan menjadi tidak tentu hala dan bertambah berat badan. Nobel antioksida ini bekerja sebagai mekanisme kedua, ia membantu bersama kadar tempat mekanisma dipulihkan, mengurangkan stress dan memberi adaptasi kpd stress. Dngn ini ia menolong menstabilkan nisbah estrogen dan progestron yg baik bagi wanita, disamping menolong kitaran haid dan mood seseorang. Antioksida yang bagus akan menstabilkan kesihatan yg baik, dan nisbah estrogen dan progestron yang baik, dimana membantu di dalam pendengaran, fungsi tulang dan kitaran haid.
  • BARAH : Apabila seseorang menghidapi barah dan melakukan rawatan kimoterapi, ini dapat menunjukkan yang antosianin adalah antioksidan yang paling baik. Ia mempunyai kemampuan untuk membunuh sel barah tetapi dalam masa yang sama,membantu dalam membentuk sel-sel baru yang sihat. Bila seseorang yang menghidap kanser dan melakukan rawatan kimoterapi, banyak sel biasa yang mati. Optivin boleh membantu dalam pembaikan tisu;mengeluarkan sel yang sihat.
  • PEMBEDAHAN : Semasa pembedahan, pesakit banyak kehilangan darah, mempunyai luka & kerosakan tisu. Pembedahan meletakkan tekanan kepada badan manusia yg disebabkan oleh luka & kehilangan darah. Optivin (tm)  juga membantu dalam penyembuhan luka. Kedua, ia juga meningkatkan sistem keimunan. Seterusnya membantu dalam pembentukan tisu yg rosak. Antioksidan ini menolong membaiki, menyusun semula & menjana tisu. Ini merupakan mekanisme pebetulan. Semasa pembedahan, banyak darah yg hilang kerana luka & ini juga menjejaskan sistem keimunan & situasi mental sepeti stress. Oleh itu, Optivin (tm)  boleh membantu di dalam pembaikan tisu, luka, sistem keimunan seterusnya mejadikannya sihat & menjadi seperti sedia kala
  • BUAH PINGGANG : Buah pinggang yang gagal berfungsi adalah disebabkan oleh racun yang diambil seperti logam berat. Dalam situasi ini, acetaminophen dan panadol adalah dadah. Amaun dadah yang banyak boleh menyebabkan keracunan kepada buah pinggang dan boleh menyebabkannya gagal berfungsi. Ini telah ditunjukkan bahawa antioksidan boleh menolong membaiki tisu dan mengeluarkan racun di dalam badan. Ia menolong dalam membaiki buah pinggang dan tisu yang rosak disebabkan besi beracun dan benda-benda beracun lain.

Monday, November 22, 2010

Cepat Sembuh Sayang...

Time sy menulis entry ni Rafaeyl sedang tido tp sy percaya tak lama lagi dia akan terjaga dan muntah lagi.. bimbang.. ekceli dari tempat kerja lagi pengasuh rafaeyl call cakap rafaeyl muntah2 tiap kali minum atau makan.. hairan jugak sbb semalam segar bugar gelak2.. pagi tadi pun time hantar before ke tempat kerja pun sihat2 ajer.. tp biasa la budak2 kejab je nak dpt penyakit.. badan alhamdulillah dah tak panas tapi muntah2 tu yg tak tahan sy tengok.. kesian.. bimbang terhidrasi sbb minum jer muntah.. tambah lagi bila terbaca article2 kat internet pasal baby yg kena hydration neh..bimbang giler..[ ibu2 kan mmg cepat risau] tak tau apa nak buat.. time ni le teringat mak kat kg.. adus...
Tak sanggup sy nak lelapkan mata.. bimbang time sy tertidur rafaeyl muntah2 sebenarnya bimbang kut2 dia tersedak... lg la kesian kat dia... so sy amik keputusan berjaga sampai dia betul2 lena ... erm.. biasa la nama pun mama sanggup berkorban apa jer utk anak2.. dah ler esok banyak kerja menunggu kat ofc tu.. berbelah bagi nak keje or tak nak bila tengok keadaan rafaeyl neh.... kalau dapat gantikan badan pun sy sanggup.. harap2 bila dia bangun pagi esok dia dah sihat mcm biasa.. dah boleh gelak2 cam biasa.. rindu nak tengok dia gelak...

Sunday, November 21, 2010

Whargghh!!! SE C510 milikku keciciran...

Hari ni mcm minggu2 lepas gak kitorang kuar bersarapan.. ekceli mmg rasa malas dah sbb smlm tido lewat layan FB tapi sbb Mikhaeyl Rafaeyl semua ah bersiap awal2 lagi dah.. gagahkan le jugak utk keluar.. before breakfast sempat la singgah umah mak ucu dorang ...tp cuma mikhaeyl ngan papa dia jer naik. esok ucu dorang dah start keje after pantang... erm.. sy ngan rafaeyl tunggu kat kete jer...
Dari umah ucu dorang kitorang ke kedai mamak kg Medan ...mmg biasa makan situ.. mcm biasa la sy ni usung SE C510 sy tu..letak le dlm poket belakang... after makan terus masuk kete and gi potong rambut budak2 tu.. time potong rambut mikhaeyl tu ler tersedar SE C510 yg menjadi pendamping sy tak sampai setahun tu x der.. try call guna fone jentoi.. dah agak dah..off line.. sampai sudah... chet!!! sah dah tak ada harapan dah utk sy dptkan balik fone tu.. [hairan kenapa ada juga manusia yg sanggup ambik barang orang lain tanpa rasa bersalah...] alau pun rege dia tak seberapa dah waktu ni.. tp tu jelah satu2 nyer fone yg sy ada.. alahai... jentoi pun bagi la tazkirah.. ala cikit jer dia bukan pandai marah2 pun.. tak panjang la sbb dia tau before this sy tak pernah cuai....ngeh ngeh ngeh... cayunk dia... jawab nyer hari ni terus tak der mood nak jalan2...terus balik... cool dulu baru cari feel utk kuar balik...
after maghrib kitorang kuar gi jumpa kawan jentoi kat bukit beruntung.. time sampai saner mikhaeyl dah lena di ulit intan... on the way balik dua2 pendekar kundur sy dah tito.. jentoi singgah jejantas sungai buloh beli satey... 
then balik umah layan astro.. tang tu la rafaeyl nak terjaga.. tau je la kalu dia dah terjaga mmg susah nak tido balik.. dah kena amuk ngan mama dia baru dia tau nak tido dalam tangisan.. huhuhu... 
Sy pasti rindukan SE C510 sy... seb baaik semua gambar dlm tu ala2 gadis melayu terakhir... kalu tak sendrek mau ingat ler...neh gambar rambut baru rafaeyl.. rambut mikhaeyl x sempat snap sbb dia tito..








Friday, November 19, 2010

HAPPY BIRTHDAY ADAM MIKHAEYL

Entry kali ni ditujukan khas untuk putera hati kesayangan saya yg pertama… Muhammad Adam Mikhaeyl bin Yusof yg dah mencecah usia genap 3 tahun… huhuhu.. dah besar anak mama & papa ni yer.. sbb la semua gigi dah rosak… hahaha.. untuk hari ni x ada xtvt menarik pun cuma sempat la suh adam tiup lilin.. kek di import dari untie yati.. erm bimbang gak kek tu tiba2 ada kuah hehehe maklum ler adam nyer pagar kan dah banyak tumbang… ngeh ngeh ngeh..bukan senang nak pastikan kek tu sampai kerumah… terpaksa merempit meredah hujan..[gambar x sempat nak upload lg..]
so kat entry ni sy selitkan ler beberapa keping gambar birthday boy..x mo nangis2 x mo manja2 lagi tau… mama papa and aqiel syg adam sangat-sangat…
cats


19.11.2007 : 3 tahun yang lalu pada jam 10.32 pagi Muhammad Adam Mikhaeyl bin Yusof selamat dilahirkan dengan berat 3.2kg di Hospital sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.. huhuhu.. rasa cam baru semalam sy dodoi dan susukan dia..skng dia dah pandai berdikari… pandai jaga adik walau pun kengkadang perangai manja dia tu menjadi2..pandai pujuk adik walau pun dia sebenarnya yg buat adik dia nangis.. pandai pujuk kite kalu dia tau dia buat kita marah..
HAPPY BIRTHDAY DEAR..PASTI SUKAR UNTUK HIDUP TANPA KAMU...
dapat tambah koleksi..

with rafaeyl.. tumpang sekaki

suap papa dier jer.. mama dia tak mau

Thursday, November 18, 2010

'The 1st Wonder' WonderGirls Concert Live In Malaysia 2010



Hari ni dapat email dari World Card pasal 'The 1st Wonder' WonderGirls Concert Live In Malaysia 2010. bertempat di Genting Highlands Arena of Stars.. wa.. macam best kan? lama tak ke saner...mesti happening.. so saper2 yg ada peruntukan dari RM130~RM420 tu boleh la tempah tiket cepat2 sbb sure mcm pisang panas.. dan apa yg sy tau tiket akan start dijual pada 17hb iaitu semalam...selain secara online tiket2 pun boleh dibeli di Sungei Wang Plaza, Rock Corners outlets, Speedy outlets, Ticket Charge dan beberapa tempat lagi. Nak tau lebih lanjut boleh la lawat starplanet key...
Saper tak kenal WonderGirls kan? Kali ni boleh dengar Ye Eun, So Hee, Sun Ye, Yoo Bin dan Hye Rim nyanyi secara live..dan pasti ramai yg akan terikut2 dance steps dorang yg unik tu..  'Nobody' tu lagi febret Jentoi tu.. hehehe..

Wednesday, November 17, 2010

Happy Eid-ul-Adha

Catatan ini ditulis dengan mood sedey.. huhuuhu.. selama 29 tahun sy tengok dunia, ni le first time sy x balik raya kat kg.. sedih wo… dengar takbir lagi ler.. walau pun takat rayer haji.. raya deepavali… rayer cina.. semua sy balik kg tapi time rayer haji tak dapat balik kg la pulak.. cuti sari jer.. adeh!!! nak amik cuti pun cuti dah ilek!!! so aper citer? terpaksa la duk kat pj ni ha…


MENJELANG AIDILADHA
DSC02147semalam sempat la jumpa adik jentoi before he and his family balik Jengka.. dah besar dah akim anak dorang.. comey…his wife ayu pun makin tembam.. hehehe..
Adam lak cam biasa ler tiap kali kuar mesti nak KC (KFC) atau mek-u-ne (M’c Donald).. dah jadi makanan ruji dah bagi dia.. erm.. so sbb 2 hari lepas dia dah dapat mek-u-ne malam ni kitorang beli KC lak utk dier.. dan adik dia..take away.. makan kat umah..  so time malam rayer org duk bakar lemang ketupat kitorang gi wat barisan kat KC SS14 PJ..adam dapat je KCdia terus diam kat belakang dan ajak balik.. tak sabar2 le tu... 


PAGI AIDILADHA
Pagi ni awal2 lagi kakak dah call.. hehehe.. tp tak sempat cakap sbb time tu dlm toilet.. then call mak balik.. hehehe.. menci menci tak dapat makan nasi tomato mak rayer neh…x per.. bulan depan balik suh mak masak lagi… ngeh ngeh ngeh… Tapi jiran a.k.a pengasuh mikhaeyl ada hantarkan nasi tomato.. pengasuh rafaeyl pun ada bekalkan nasi impit ngan ayam masak rendang... huhuhu... nasib baik le dorang dapat pengasuh best boleh la mama papa dorang tumpang sekaki hehehe.. apa2 pun Happy Eid-ul-Adha  to all muslims…


PETANG AIDILADHA
Dalam jam 5 lebih kitorang kuar ronda2.. then tolong hantarkan bos jentoi dari subang airport ke condo dia kat tropicana... then gi amik daging korban kat PJ... pastu Mikhaeyl merengek lagi nak KC.. belikan KFC lagi pun kedai banyak tutup hari ni.. kalu ader pun kedai mamak.. tp bila dah beli tido pulak dia... jadi papa mama & adik dia la yg merasmikan nyer.. hehehe.. so makna nyer dah 2 hari berturut kitorang makan KFC.. huhuhuh... sadis!
Dan malam ni sekali lagi kitorang melantak KFC.. .ish!!


alahai tido la pulak dia.. adam.. KC adam neh...
wa..happy dapat bedal kentang goreng...

Monday, November 15, 2010

Kisah Kudut : XTVT hujung minggu ke-2 November

Hujung minggu tiba lagi… jentoi dan kudut buntu lagi.. dah le hari ni renyai2 hujan nyer.. tapi kuar tetap kuar.. kuar ronda-ronda … hari ni pun mikhaeyl dapat tambah koleksi mainan dia lagi.. botak mama tiap kali singgah pasaraya mesti ada 1 utk dia.. huhuhu..

DSC02129

Last balik lepaking layan Astro.. hehehe…

Thursday, November 11, 2010

Harry Potter Vs. The Chronicles of Narnia

Harry Potter… sy ni sejak tinggalkan baku sekolah mmg susah nak baca buku tebal2.. bila ke kedai buku tengok siri Harry Potter teringin nak beli tp dlm masa yg sama malas nak baca.. jadi jalan penyelesaian nyer tunggu je siri tu di filemkan.. hehehe.. dan 18/NOV/2010 neh saya sure ramai la peminat2 fanatic Harry Potter yg akan berduyung2 wat lawatan che timah ke pawagam2 berdekatan sbb siri terbaru HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS Part. 1 akan ditayangkan kepada umum.. yes!!! Bulan ni selit 1 hari utk tengok Harry Potter… kat bawah ni senarai siri Harry Potter…

1. Harry Potter and the Philosopher's Stone (2001)
2. Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
4. Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
5. Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
6. Harry Potter and the Half-Blood Prince (2009)
7. Harry Potter and the Deathly Hallows (2010/2011)

 
The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader akan mula ditayangkan di pawagam bermula 9 Dec 2010… Wa.. ni pun satu lagi filem kegemaran sy.. Narnia ni adalah siri epic fantasy. x sure kenapa sy suka dengan citer2 cam neh… Bermula dari THE CHRONICLES OF NARNIA: The Lion, the Witch and the Wardrobe kemudian PRINCE CASPIAN pada tahun 2009 dan sekarang The Voyage of the Dawn Treader, sy tak pernah ketinggalan utk panjat tangga TGV or GSC.. dan si Jentoi la yg menjadi mangsa terpaksa amik cuti temankan sy. Dan bulan depan selit 1 hari utk gi tengok Narnia neh.. huhuuhuh…


Kisah Kudut : 11 November 2010 tarikh penentuan

Bercakap pasal tarikh penentuan ala2 suspen je kan.. sebenarnya bukan untuk saya tp untuk anak sedara sy Mr. Aneeq Aqashah yg akan menerima keputusan UPSR 2010 pada hari ini...nampak dia cam confident jek time periksa hari tuh..tp result nanti tak tau le cam ner kan.. dari mama dia awal2 lagi dia dah claim Iphone 4..ish!!! selera besar tuh.. Mama dia awal2 lagi dah kena demam kus-kus.. tak tau le bimbang ngan keputusan UPSR anak dia atau bimbang duit terbang kena belikan I Phone 4... ngeh ngeh ngeh... 
Apa2 pun harap2 dia akan berjaya dapat 5A dan dpt tempat kat sekolah impian dier.. bukan saja utk dia tp juga utk semua candidates UPSR tahun neh... Good Luck!!!

Wednesday, November 10, 2010

Satay Kajang Hj. Samuri…PKNS Shah Alam

Hari ni akhirnya Jentoi dapat menjamah Satey Kajang Hj. Samuri after beberapa hari menyuarakan kehendak dia tu.. hehehe… tu pun kitorang pakat gi branch kat PKNS Shah Alam. Malas nak berjalan jauh sampai ke Kajang saner.. lagi pun esok kerja kalau tak kerja mmg redah punyer.. selain kat PKNS & Kajang kat Awang Besar bersebelahan Highway Kesas pun ada .. kat Jejantas Sungai Buloh pun ader… mmg banyak ler branch dia… tapi bila bercakap pasal satey..kat mana2 pun sy lagi prefer satey daging.. rasa dia lagi manis dan lembut dari ayam or maybe sy dah mula jemu sbb hari2 makan ayam.. Tapi percaya tak ..walau pun Jentoi yang beria-ia nak makan satey tapi yg makan banyak nyer si kudut.. tu .. budak yg tengah type entry tu.. .chet!!! semenjak dua menjak ni berselera benor si kudut ni makan.. tah aper kena tah…. tp bercakap pasal makan banyak neh… lambat nyer nak naik berat badan ni.. duk 45kg cam tu ler.. naik 3 kilo dah stop x mo naik2 lagi.. ish!!! pagi kul 10.15 dah breakfast kengkadang pulut kuning kengkadang nasi goreng meehon.. tengahari makan nasi campur.. kul 3.20 ptg minum petang mengunyah gak roti ker.. malam pun makan gak.. kalu tak fast food beli nasi goreng.. tp tak nak gak dia gemuk.. tasuker…. siksa nyer tengok badan yg cikeding cam neh.. .dpt naik 52kg pun dah cukup bagus dah… nak kena letak dalam azam 2011 ler…
Tak banyak gambar yg sy snap.. malu…hehehe.. ye le org tengah makan kita duk sibuk amik gambar.. [ngaku je lah syok sangat bedal satey sampai terlupa nak amik gambar..huhuh]

Thursday, November 4, 2010

KISAH KUDUT : Tolonglah Belajar Untuk Menghargai..

Hari ni sy terima 1 lagi email.. tak tau saper penulis sebenar citer neh tp boleh jadikan iktibar kepada semua suami2 kat luar saner. Sy pun tak tau kenapa bila dngr or baca citer species cam neh sy sensitip sket..hampir2 meleleh airmata kat depan PC ofc hari neh seb baik sempat cover…hehehe, sbb sy terfikir mcm mana la rasa si Ara ni kalu tau husband dia kuar malam2 tinggalkan dia didik anak siang malam dalam kesakitan tu dan berseronok bertepuk tamper ngan ppuan lain.. pedih bro.. dan terfikir jugak kenapa kerana kesilapan atau kekurangan kecil si isteri sisuami ni cepat benar berpaling pandang.. apa rasa nyer kalu si suami di tempat isteri…. apa rasanya kalu si suami ni mmg ada kelemahan dan isteri dia cari lelaki lain.. rasa nyer runtuh rumah dikerjakan..
So kepada suami2 dan bakal2 suami diluar saner.. bila kamu telah mengakad nikah dan ijab berwali sudah sah dengan pasangan kamu.. maka cuba la untuk setia..[kalu rasa x dpt lagi tepis godaan2 wanita lain.. tak dapat lagi tutup mata dengan dada dan peha wanita2 yg lalu lalang…better x yah lah kawin dulu.. atau kamu akan menyiksa batin dan perasaan isteri kamu] Terima kekurangan isteri kamu sebagai mana mereka dapat menerima kamu seadanya. Dekati hati mereka untuk kamu mengenali mereka… salami jiwa mereka agar dapat satukan jiwa kamu dengan mereka. Jangan cari penyelesaian mudah dengan mencurangi kesetiaan,kejujuran dan keikhlasan isteri kamu. Jangan pergunakan kebebasan dan kepercayaan yg mereka berikan dengan bergembira dengan wanita2 lain yg pasti bukan sahaja mampu membahagia dan menggembirakan kamu tp lelaki2 lain juga.. apa kamu suka pakai benda yg boleh dikongsi2? ..dah lah.. sebelum bicara sy makin beremosi sy lampirkan email yg sy maksudkan…

"Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..
Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..ku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.
Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.
Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.
Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..
Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..
Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??
Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!
Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!
Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..
Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku mmg sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.
Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!
Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??
Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!
So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..
Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!
Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??
Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.
Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!Aku buntu..Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..
Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..
Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbicara,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..


Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..
Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.
Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.
Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..
Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara.."

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...