| Jejak Si Pari-Pari |

Friday, December 24, 2010

HAPPY 4th ANNIVERSARY DEAR JENTOI PART 2

Suasana kat dapur riuh rendah dengan bunyi periuk belanga dan suara jiran tetangga dan saudara mara… tersedar je pagi tu bau wangi bunga rampai menusuk deria bau ku.. aku tersenyum memandang deretan barang2 hantaran yang tersusun rapi di meja bersebelahan katil.. erm.. dan dijari manisku kini terselit sebentuk cincin menjadi pengikat tanda aku kini telah dimiliki secara rasminyer…ku selak langsir memandang ke luar.. sungguh meriah dengan khemah putih tersergam di depan rumah…bunga manggar dipacak gah berkerdip dipancar cahaya mentari pagi… kaum bapa sibuk melapah lembu dibelakang rumah dan kaum ibu sedang sibuk mengopek bawang sambil bergelak tawa.. tah apa yang menjadi tajuk bualan pun aku sendiri tidak tau… kanak2 yang berlari2 riang seolah2 turut bergembira meraikan hari berbahagia aku dan dia…

chewaaahhhh..dah jadi cerpen le pulak yer.. tu ler alkisah nyer apa yg sedang berlaku pada hari ini pada 4 tahun yang lepas… walau pun 4 tahun masa dah berlalu..bau tu pun masih melekat hingga ke hari ni… bau cam ner? hahha.. of coz bukan bau busuk...kalu korang nak rasa aroma kewangian time majlis perkahwinan sy tu… cuba le lalu kat depan kedai ‘lovely lace’ yg jual souvenirs dan teddy bear comel2 tu… haaaa… sy tempah bau yg kedai ‘lovely lace’ tu guna untuk majlis perkahwinan sy…satu rumah melekat baunyer.. skng tiap kali sy dan Jentoi melintasi kedai lovely lace tu kat mana2 shopping mall.. kami akan saling berpandangan dan tersenyum kerana disitu ada kenangan.. hehehehe…  
Ok la.. sy nak kena gi mandi dulu sbb nanti jam 11 mak andam nak datang.. hehehe… tata…. [berangan le ko kudut...]


 

No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...