| Jejak Si Pari-Pari |

Tuesday, December 7, 2010

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata dalam melayari alam rumah tangga neh ada 8P harus dititik beratkan dan diamalkan selalu agar rumah tangga tak hambar dan dingin.. aper dier? Jom kita layan apa yg Ustazah Siti Nur Bahyah kata dan apa yang sy kata …
 
1) Kata ustazah : P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
Kata saya : jangan lokek dengan pujian..kalu b4 kawin kite leh puji tiap kali kita kuar dating.. apa salah nyer after dah bertahun kawin pun kita amalkan yg samer.. ok la kalau nak puji tu berat sangat.. pandang la wife or hubby kita tu dengan satu pandangan yg ala2 tertarik atau terpesona.. ala..wat cam terpegun jap tengok dia.. sure dia akan tanya kiter balik kenapa pandang cam tu.. time tu jawab la.. ‘awak msh cantik mcm dulu’ mesti dier akan tersipu2 atau kalau x der riaksi pun percaya la hati dia pasti berbunga2..

2) Kata ustazah : Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
Kata saya : x semestinya Cuma kat atas katil je baru nak peluk2.. time lepak2 tengok TV pun boleh… time petang2 kat balcony pun boley… anak2 tengok pun sure dorang pun sibuk2 gak nak peluk kiter.. sure sonot… happy family…

3) Kata ustazah : P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
Kata saya : Cakap pasal hadiah.. tu adalah bonus. Tapi kalu x beli hadiah but still ingat tarikh2 penting dan x lupa bagi ucapan pun sudah memadai… nak tau tak.. nak buat dier rasa lagi dihargai.. apa kata hantar bunga atau teddy bear kat ofc dier.. sure rakan2 ofc dia memuji2 keromantikan anda dan dlm masa yg samer dier mesti bangga dan sayang anda lebey punyer… bukan senang nak cari pasangan yg romantic zaman neh…

4) Kata ustazah : 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan,.
Kata saya : Percaya atau tak pasangan tak kira la pasangan saper2 pun 90% akan beralih kasih kepada org yg dirasakan lebih mengutamakan dia dlm hidup.. selalu ada waktu diperlukan.. selalu bertanya khabar dan memberi perhatian waktu diri dilanda masalah. Jadi percaya la.. jika anda lebih utamakan kerja dari pasangan… erm..tak lama la tu .. anda terpaksa la cari pasangan lain lepas neh…

5) Kata ustazah : P seterusnya mewakili 'persefahaman'
Kata saya : persefahaman tu penting.. jangan dia cakap lain kiter faham lain.. jawab nyer kelam kelibut ler.. persefahaman ni pun termasuk dalam gurau senda .. ada yg tak berapa nak reti bergurau neh.. kengkadang niat nak bergurau tp sbb dia faham lain.. la..ending nyer gaduh le pulak..kadang2 bab tengok tv pun leh gaduh kalu tiada persefahaman.. dan tolak ansur amat penting dlm memastikan persefahaman tu kekal lama.. semua tau kan.. asal tanyer je kenapa bercerai ayat paling femes..’kami dah tak ada persefahaman lagi…’ adeh!!!..

6) Kata ustazah : P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
Kata saya : ni pun amat penting.. ada antara kita ni kengkadang cuma nak test power… nak main2 jer.. bukan nak seyes.. masih sy hubby atau wife tp kamu tahu tak perasaan org yg kamu just suker2 tu.. ha.. tak takut ngan ilmu hitam? tak takut kena mandrem.. manusia neh kalu dah marah mmg x kira dosa ke aper.. dan kamu pernah terfikir tak kalu girl atau boy yg kamu nak main2 kan tu call ur wife or hubby.. ei.. tak takut ke pecah tembelang? punah rumah tangga.. jadi nasihat sy tak yg le nak main2 ngan semua ni.. rambut samer blonde tapi hati lain2 tau..

7) Kata ustazah : satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Kata saya : erm.. kalu ada peluang jangan sia2kan.. tp tak banyak pasangan yg dah ada cahaya mata yg mampu bercuti berdua2an mcm time honeymoon..kalu tak dpt bercuti pun.. spend time satu hari ngan dier.. bawak jalan2..tengok wayang.. pergi tempat2 yg pernah kamu pergi time couple dulu.. habiskan masa hanya berdua.. lupakan pasal kerja dan anak2 buat seketika..

8) Kata ustazah : P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Kata saya : ini paling utama.. hanya Allah yg mampu merialisasikan aper yg kita inginkan.. jadi jangan pernah lupa yg kita hanya merancang dan memohon padaNya dan Dia yg menentukan segalanya…
 
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami . Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
 
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

No comments:

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...