| Jejak Si Pari-Pari |

Friday, December 31, 2010

Menjelang Tahun Baru 2011

Esok dah tahun baru..ari neh kitorang jalan2 cari pasal jap..hehehe..ekceli hari neh jentoi nak tukar kasut baru untuk Mr. Wuj... erm.. trade in yang lama.. tokok sikit dpt ler si Mr. Wuj pakai kasut baru sempena tahun baru neh. sorry gambar belum sempat nak snap.. bila dah amik gambar cun2 nanti sy upload.

After tukar kasut Mr. Wuj kitorang gi cari makan kat mydin subang jaya..huhuhu.. ramai giler orang nyer.. alahai kena lak kat pintu masuk tu berderet kete yg masuk token tu.. aper lagi kena paw le jawab nyer kudut ngan jentoi kali neh...sempat sambar baju basahan untuk mikhaeyl rafaeyl sepasang sorng...
baju kegilaan mikhaeyl masa kini.. ben10... huhuhu
nampak tak pak we kat belakang tuh yg tekun menjaga anak.. keh keh keh.. 
berebut stereg..huhuhuhu..
Dah x tau nak pi maner... mikhaeyl and rafaeyl pun dah elok nyer tido.. last jentoi suh sy pi potong rambut yg dah mula merimaskan neh.. sy biasa la bila dah leh ikat... ikat ekor kude je le jawab nyer.. mcm mak timah. Cam biasa jentoi drop sy kat sri manja..kat tempat biasa... dlm masa 1 jam dia dtg balik amik ... heeheh.. ayat dari mikhaeyl 'fuyooo mama....' di balas dengan satu sekehan di dahi nyer... hehehe.
terserlah kan kejantananku.. hahah.. senang pas mandi sikat sket2 terus blah.. hehehe
then kitorang teruskan perjalanan ke klng lak.. hehhehe..sebenar nyer sy nak beli make up jer... mana2 guardian pun ader barang2 make up tu tp sbb mikhaeyl lak nak main kete RM5 utk 10 minit tu... mengikut jelah si jentoi sampai klang. time jentoi bawak mikhaeyl rafaeyl gi main kete tu sy ke guardian beli alat2 make up... kali ni try eye liner, lips liner dan 2 way cake dari silky girl lak.. foundation still setia pada Maybelline yer.. tak luper stock vitamin chew-able utk mikhaeyl rafaeyl.. biasa la datang jusco klang ni mmg sy giler sampai juling2 mata.. lagi2 kat pakaian wanita.. sales sampai 70%.. mak ai... bukan wanita sejati kalu x giler shopping...
Balik dari Jusco Klang, sempat  singgah seksyen 24 shah alam [jumpa satu lagi port makan baru kat shah alam]  utk makan before balik zzzzzzzzzzzzz.... penat bangat...

50 Amalan Rasulullah S.A.W…Terbaik Yang Perlu DiAmalkan

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya.. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim... Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Slangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah.. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira.. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Thursday, December 30, 2010

2 Days Before New Year

seperti yg diwar-warkan akhirnya segala perancangan berjalan dngn lancar seperti yg diharapkan.. jam 5.45 ptg sy dah tunggu wani kat depan keta.. sekali ngan lin dan keyrol total 4 orang. seb baik jalan x jem sangat..maybe sbb sok cuti so ramai yg amik kesempatan balik kg awal2... melilau gak kitorang cari Chicken Rice Shop neh.. tepi Sogun ruper nyer..walau pun sampai cepat kitorang nyer acara makan2 terbantut sikit sbb tunggu kamarul yg x kunjung menjelma.. kitorang lagik risau bila call2 x dpt kengkadang masuk mail voice. Last kamarul call paat cakap dier lewat skit sbb tayar motor dier pancit..pulak..kasi suspen jer. Malas nak intro panjang2 sila tengok gambar kat bawah yer kengkawan
 3 ibujang sedang berlenggang lenggok menuju kearah ku yg sedang menunggu di sisi unicorn putih milik wani
Apa lagi kerja nyer kitorang neh kalu tak bergambar... kat gambar atas tu sy lin dan zira... sementara tunggu pesanan tiba kak ani ngan rachel tak lepas peluang posing jap.. aik!! Mr. Lok...ubah tempat temankan kamarul yg tiba lewat sbb tayar pancit... dan wanie a.k.a cinonet.. lu amik gambar dorang i amik gambar u.. keh keh keh
Wah..pesanan dah tiba.. aper lagi sila santap dengan meriah nyer.. pas ni nak baling bola lak.. karang x der tenaga ultra...utk kamarul jangan sedey2 yer nanti kita tukar rim 15" tayar besar...heheheh..
berbaris dari kiri...kudut_lin_keyrol_wanie
Si anak dara dan mak dara yang gediks
after makan terus sambung main bowling.. huhuhu mmg kijam dan tidak mampu utk menerima hakikat jika diingatkan balik peristiwa2 aksi lontaran paduku pabila mana asyik masuk longkang walau telah dikeluarkan segala kuasa yg terkumpul dlm tulang belulang... kali neh satu lane ngan sy adalah yati, lin dan sy sendiri kudut.. kira nyer dlm 2 lane neh termasuk rachel amy dan yati.  Untuk game pertama sy org ke 2 paling corot.. ngeh ngeh ngeh dan bila dah sampai game ke dua..wallawey.. jari jari ku sakit semua...mcm mana x corot kalu orang lain semua guna bola berat 9kg ke atas tp sy guna yg 7kg.. tu pun sbb 6kg x muat jari kalu tak yg 6 kg tu yg sy rembat... cam kanak2 rabena kan... lembik!!! tapi kira ok la dari langsung tak dpt aper2.. dengan gelaran pemain dengan lontaran paling cute sy dpt patung ayam yg lembik2 gebu yg disponser oleh mr. lok.. beli kat Chicken Rice Shop.. rege? x yah le bagi tau.. amy lak pemain yg paling banyak strike.. huhuhu..idup emy.. dan dier dapat card holder kulit... dan satu lagi hadiah berupa voucher TGV 2 tiket wayang... dimenangi oleh pie & yati.. so nanti leh ler nengok wayang yer.. tengok kitorang mmg spotingkan? mana ader anugerah utk pasangan paling kosisten sebenarnyer..bukan main regu pun.. hehehe..tp sbb kami ni support hubungan korang thats why kitorang kasik can kamu tengok wayang free..so time korang kawin sila sediakan transport dan penginapan percuma utk kami yer keh keh keh.. suker2 ati sy je kan wat statement. 
Gaya amy selaku pemain paling banyak strike pada hari neh. tahniah!!! dan gambar paling atas tu luahan rasa tak puas hati 2 lagi pemain yg kecewa kerana tak dapat card holder.. haahah.. tp yg pakai baju belang2 tu dah dapat tiket wayang dah.. dah leh tido ngan lena.... utk zira cuba lagi tahun dpn!!
1. Rachel ngan yati ngah bermain perasaan melihat markah masing2 di screen...
2. Ni le bola penemanku sepanjang permainan berlangsung... pas neh kena berlatih angkat berat.. kasik mantap!
3. sedang yg lain sebok membaling bola puan lin kita sebok hantar sms.. takut che abg tak datang amik ke? hehe
4. wa.. jangan x tau balingan mr. lok antara yg paling power antara kaum bapak2 di lane 32 dan 33...go go mr lok go!!
Mikhaeyl rafaeyl yg datang jemput mama dorang ngan mr jentoi.. wah!! bukan main lagi yer makan KFC tanpa mama... mana aci cam neh...
tu ler xtvt terakhir group kitorang sebelum penutup 2010..tahun dpn kita plan baik nyer xtvt yer...so masa yg ader neh kita wat warming up... tahun ni bowling tahun dpn golf boley..hahahah!!! che pie.. aper lagi booking ler padang golf awal2..

Wednesday, December 29, 2010

3 Days before New Year

Thanks to Allah sbb murahkan rezeki hamba nyer neh.. mcm yg sy war2kan semalam, hari ni hari bonus..kami semua dapat bonus Cuma sikit banyak jer yg berbeza depends pada kitorang nyer performance sepanjang bulan 4~9 lepas.. tp alhamdulillah.. amat syukur dengan rezeki yg tak pernah2 putus dariNya….
Dan sempena pengakhiran tahun 2010 neh kami kat ofc pakat2 nak buat gathering after working hours esok.. walau pun kat ofc sentiasa bertempek bersama2 .. tp character biasanyer berbeza bila dah habis kerja neh.. lagi santai dan lagi happening gitue.. so sy selaku Ibujang neh mmg x mo ketinggalan ler.. aha… sbb semalam Jentoi dah tinggalkan sy ngn anak2 kat umah sbb kuar ngn bos sampai 2 pagi.. esok turn sy lak jadikan dia Mr. Mama dan jaga anak2 kat umah.. hahahhaa [gelak besar sambil mengurut2 dagu]. Tapi beza nyer dier kuor dier balik sendiri tp sy kuor dier kena datang pick up kalu x sy tido kat shopping mall tu jer ler… huhuhuhu
So esok kitorang nyer agenda Makan2 kat Chicken Rice Shop kat Sunway Pyramid then proceed ngn bowling… booowwwlllliiingggg? x leh bayangkan tangan sy yg mcm ranting kayu neh nak angkat bola seberat 9kg.. [kalu 7kg karang x sempat sampai pin dah melencong ke longkang].  Walau pun Jentoi juara bowling tp Kudut sebalik nyer..tapi aper pun sy akan cuba sedaya upaya demi team kami..[ader ke yg nak duk satu team ngan sy?] dan antara artis2 yg akan turun padang untuk acara gathering ini adalah seperti senarai dibawah…


amy budak nakal  kat sebelah kanan neh awal2 dah announce cuma akan join utk acara makan2 jer..x join bowling, dier nak temankan akak nyer aka puan rozie kat 
sebelah kiri neh ronda2 tawaf pyramid utk shopping..heehe..ader J card day ker kak rozie.. jgn x percaya kat kalender kak rozie neh penuh ngan tarikh J card...hahaha.. so saper2 yg terlupa tarikh J card tu leh le calling2 dier yer.. 


si kudut ni mmg wajib join...lagi2 pilot besar join..dan  selaku jurulatih profesional untuk pasukan bowling company, sy amat mengharapkan anak2 buah sy bermain dengan cemerlang esok hari..keh keh keh..ha..[nyampah tak tngk muker kudut neh..nyapah x??]





yang sebelah kanan ni lak kak ani..hehehe..kak ani pun akan join gathering esok.. wa....mesti meriahkan.. bukan senang nak tengok kak ani turun padang.. bawak bekal kacang leh tak kak ni? hehehe
Belah kiri ni lak amoi stylo bernama rachel, jiran kak ani kat ofc.. erm.. dier pun dari shipping group... kat ofc barang2 dier banyak yg cute2 so kita tengok    macam mana aksi rachel esok..adakah lontaran nyer secute barang2 di ofc? hahahah..kasik sentap skit yer esok... sailormoon...



kih kih kih..anje sengal pun join wa cakap lu.. cian dier semenjak dua menjak ni sy asyik usik nama timangan dier kat FB jer.. tp comel aper nama tu..anje sengal... ahahaha... ampun penunggu gua..tersebut lagik...

Ha..awek kat sebelah ni pun dlm golongan ibujang cam sayer gak.. dier le pilot besar yg sy cakap tu walau pun dier kecik.. x sabar nak tengok dier angkat bola bowling  esok ..ada makna tu

konpius gak awat gambar org lain semua solo tp depa dua orang neh berdua..well..biasala sy kan 'mummy' yg sporting.. sempena pengistiharan hubungan kasih syg dorang.. sy x pisahkan gambar neh..baik tak baik tak sy?


yang belah kanan jejaka yg tersengeh cam kerang busuk ni pun sebenarnyer bercouple2 cam kat belah kiri ni jugak..single but not available..tp memandangkan esok dier bertarung sorang2 tanpa makwe international nyer..so sy bagi dier peluang utk beraksi ala2 single jap.. hhehehe...jngn marah yer G....gurau2 kasar skit jer.

Ha.. ni ler mr.lok... keh keh keh..ketua dlm shipping group.. bestkan bestkan leh main bowling, makan-makan enjoy2 ngan bos.. so sy ngn muka x berapa nak malu neh menumpang kasih bos shipping group le kiranyer sbb bos besar planning group x join.. walau pun bos kecik ader tp kasik can ler,tak leh kacau org tengah hangat bercinta..heheh..tabik utk big bos... bukan senang nak hanging out ngn bos neh.. x semua bos spoting meh..



erm..iklan ubat gigi ker en kamarul? keh keh keh..sejak minum jus manggis neh bukan main ceria en kamarul kiter yer..berseri2...bulat cam buah manggis.. kaler? o..bab2 kaler ni no comment x berani, karang dpt sapina kena gi mahkamah sbb saman malu... x mo der.. x kuasa takat berblog kena masuk penjara sbb terlepas cakap..kih kih kih


ni sorang lagi yg mendapat title ibujang..tp masih dalam process percubaan.. hik hik.. namernyer lin.. laling pun boley... first time nak hanging out sekali ngan dier.. maklum ler dier duk jauh x leh nak lepak lama2 ngan kitorang kat PJ neh..jauh maner? x der le sampai america..dlm KL gak.. hahaha

Last sekali abe sulong kat shipping group.. abe paat.. gerun tak tengok dier.. haaaa... wat2 gerun walaupun tidak sebenarnyer... adakah dia bakal menyandang gelaran juara esok hari? hari tu dier cakap nak satu team ngan sy, sebagai coach sy x menolak... tp tengok le petang esok cam ner kut2 dier berpaling pandang... keh keh keh... 

Dan last minute dapat info sorang lagi bakal ibu akan turut serta.. juga buat julun2 kali nyer dier join xtvt hanging out ni after kawin dan skng telah pun berbadan dua...hehehe..tepukan gemuruh utk puan khairul nazwani... huhuhuu.. tak tau saper yg telah berjaya menarik minat dier utk turut serta..apa2 pun kehadiran dier pasti memeriahkan lagi suasana hari neh.. so cukup sudah group kitorang.. baru le lengkap.. s o kiter tengok saper yang menang esok.. kalu anda singgah kat pyramid malam esok.. datang le say hi kat kitorang yer.. kih kih kih.. ayat x leh blah..mcm femes!!!






p/s: dan menjelang tahun baru neh nuffnang up lagi satu BE untuk sy.. tq.. sayang dier…sayang che Friso jugak.. tak sia2 Rafaeyl minum Friso Gold…  muah muah…!!!

Tuesday, December 28, 2010

4 Days Before New Year...

28122010 | 845am
Selesai sudah… bila last ayat kuar dari mulut, terasa lega yang teramat sangat... segala nyer dah lepas.. dan dan after presentation tuterasa perut berdendang sayang.. lapar rupenyer haku.  Haaa..ahaaa..

28122010 | 1003am
akhirnyer kami terima gak door gift yg tertunda untuk annual party tahun neh berupa bekas makanan ngan sudu dan chopstick. huhhu..tak tau le guna ke tak, tp time terdesak banyak gak gunanyer benda alah neh.. so semalam dapat hadiah hari ni dapat lagi.. esok? esok Insya Allah gaji masuk + bonus.. tak berani nak bayangkan berapa bonus tahun ni, aper2 pun bersyukur.. [kalu ader ngomel2 kat belakang skit tu adat le kan?hehehe]

28122010 | 0345PM
Wa.. makin advance skng company tempak sy kerja neh.. leh apply leave online.. senang le tak yah ngadap muka bos bila nak amik cuti.. communicate melalui email jer.. kah kah kah.. dan hari ini dengan bangga nyer sy apply cuti pertama sy untuk 03012011... shopping??? neeyyyy... rafaeyl tak der baby sitter sbb baby sitter dier nak arrange anak masuk school.. sy kan amanah orang nyer.. xkan amik cuti semata2 nak shopping.. huhuhuh [iyola tu]

28122010 | 0459PM
Dapat msg dari Jentoi... 'malam ni papa kuar ngan bos jap blh?'..huhuhu.. terus mood sy down... :(

Monday, December 27, 2010

Catatan Isnin...

Kenapa sy tak bercerita pasal semalam? sbb x ader apa2 citer best..keh keh keh.. cuma breakfast kat kedai mamak pada pagi yg nak cecah tengahari sbb semua dah terlewat bangun sbb semalam tido lewat.. keh keh ke..apa2 pun tahniah untuk Pasukan Bola Sepak Malaysia kerana dapat membuktikan Malaysia boleh dengan menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan bola sepak AFF SUZUKI CUP 2010...


ISNIN | 271210 
  1. Esok sy dah sampai turn sy lagi untuk presentation dah hari ini mood sy kurang menarik sikit utk diceritakan.. makan tak lalu . macam ader rama2 berterbangan dalam perut sy dan sy percaya perkara ni akan secara automatik hilang after presentation esok
  2. hari ni sempena tahun ke 70 penubuhan SATO [tempat sy kerja sejak 6 tahun lalu] kami semua pekerja permanent dapat souvenir berupa sebuah DIGITAL PHOTO FRAME.. nice... 
  3. 10 botol Optivin yg diorder oleh customer dah sampai... alhamdulillah... jangan luper order lagi yer
  4. malam jentoi bawak mikhaeyl kuar sbb x nak mikhaeyl ganggu kudut ..jentoi mmg memahami sbb dier tau esok kudut kena present so 'jangan kacau' atau 'lempang karang!!' hehhe.. tp rafaeyl setia disisi mama... 

Sunday, December 26, 2010

XTVT hujung minggu terakhir 2010

25122010 | 8 PM
Kuar ronda2 malam minggu. tunaikan hajat mikhaeyl yg nak drive... kater nyer dah beberapa hari tak drive...amboi!!!belum besar lagi tuh dah ketagih nak drive... nanti dah besar pantang kelip mata je sure dia ngan kete dua2 sekali lesap... seb baik skng kaki dier x leh nak tekan minyak lagi.. afer ronda2...melayan mikhaeyl naik turun kira flyover seluruh PJ neh, kitorang melepak dalam kete jap tunggu Jentoi jumpa kawan dier... rafaeyl dah lama dah lena diulit intan.. 

25122010 | 9 PM
akhir nya mikhaeyl tewas jua.. hehehe..bukan aper..terlelap sudah kat seat belakang dngn botol susu kat mulut..hehehe.... jentoi bawak kitorang ke Kg Baru KL.. usha kedai makan yg senang nak park sbb mikhaeyl tido..so senang nak jenguk dia dlm kete.. ternampak satu kedai makan dekat ngan jalan. parking pun senang ... walaupun x ramai orang kitorang redah jer.. belum tentu tak ramai orang tu tak best... park kete dan amik tempat x sampai selangkah dari kete... mana tau karang mikhaeyl terjaga... rafaeyl dan dan tu ler leh bangun. bau makanan kut. dier kan kuar makan hehhehe.. tapi seyes makanan kat kedai ni best.. berbaloi.. RM19 jer utk tomyam campur, kailan ikan masin, daging masak merah, telur dadar, nasi putih 3, sirap ais dan nescafe ais... mahal ker? biasa kalu sy makan kat kedai lain sure RM22 ke atas... so after this leh datang sini lagi...

25122010 | 1030 PM
Wa...excited giler bila tengok jentoi pusing sana pusing sini dan kuar kat ampang.. cam tau jer dier nak bawak kemana tapi tak sure sangat sbb sejak mikhaeyl lahir 3 tahun dulu mmg dah lama kitorang tak kesini... hehhehe.. x sangka dier leh terfikir nak datang sini malam neh... dengan 2 org baby baru kitorang kembali jejak kaki kat sini ... BUKIT PERMAI.. tempat kitorang selalu lepak dulu.. time new year lepak2 tengok bunga api... rasa terharu giler tp cover cover...wat cam biasa2 jer.. mikhaeyl still tido dengan nyenyaknyer dalam kete... so cuma rafaeyl yg bising tunjuk saner sini, agaknya excited tngk lampu banyak... ekceli tak der aper pun selain pemandangan yang indah.. utk couple2 mmg romantik giler ler dating kat sini tp hati2..hot spot neh... hehehe.. kitorang tak lama kat sini, kesian rafaeyl yg kesejukan, dah ler pakai singlet jer.. karang tak pasal2 demam lak... 


25122010 | 1115 PM
before balik kitorang sempat singgah Down Town Tasik Permaisuri Cheras... sbb Mikhaeyl belum makan lagi tadi so kasik dia isi perut ngan cucuk-cucuk...erm...kenapa jentoi bawak kitorang makan cucuk2? sbb time jentoi dan kudut couple dulu kitorang mmg suka makan cucuk2 .... hehhhheeh...thank jentoi sbb cuba untuk bawak kudut kembali ke saat2 manis kiter dulu.. walau pun kita kini dah ber4.. walau pun jentoi x cakap aper2 tp kudut tau Jentoi nak Kudut happy...love u much much much.. 



Saturday, December 25, 2010

Merry Christmas 2010

Wa.. pejam celik pejam celik dah sampai Christmas 2010.. maksud nyer Cuma tinggal seminggu lagi nak menjelang tahun baru 2011.. cepat nyer masa berlalu.. sy percaya ramai blogger2 diluar saner yg beragama Christian dan sedang sibuk meraikan Christmas.. dengan pokok2 christmas yg penuh ngan decorations cam lampu… loceng.. tak lupa gak instance gift-giving.. waa.. mesti meriah kan? ha!!! stoking untuk santa jangan luper.. hehe.. sy pun tak arif pasal budaya mereka tp seronok lihat kemeriahan mereka meraikan nyer.. mcm gak kita sambut hari raya… Caroling, feasting, and gift-giving along with the prayers and wishes.. kalu kita menyambut hari raya dengan bertakbir dari rumah kerumah dorang pulak akan nyanyi lagu Christmas.. ala yg ‘we wish you a merry Christmas, we wish you a merry Christmas, we wish you a merry Christmas and a happy new year…’ dorang akan nyanyi dari pintu ke pintu.. dan tuan rumah akan kasih group yg menyanyi tu sweets , biscuits dan sebagainya… dan setahu sy jugak samer gak cam kita yg sambut hari raya aidiladha.. asyura semua… untuk Christmas neh dorang pun ada sambutan lain selain christmas iaitu Advent pada hari Ahad selepas November 26 and ends on January 6 with the feast of Epiphany…
Erm… kali ni pun sy merajinkan diri untuk surf secara rawak utk mencari cerita2 disebalik sambutan Christmas di seluruh dunia… seperti di Austria..kanak2 mereka masih berkesempatan utk menyambut perayaan Christmas atau juga dikenali sebagia Ol’ Saint Nick, tapi dorang jugak terpaksa berjaga2 kerana mereka percaya selain Santa (saint Nicholas) yg akan bagi hadiah dan toys kepada kanak2 yg berperangai baik pada 6 December… ada satu lagi kuasa jahat yang akan turun untuk mencari dan menghukum kanak2 yg nakal sehari sebelumnya iaitu pada 5 December yang dikenali sebagai Krampus. Kalu kat Japan pulak… KFC akan penuh sepanjang Christmas sbb ayam dijadikan makanan tradisi untuk sambutan Christmas… sampai terpaksa reserved ..hehehee… di Ukrainians pulak dorang akan sorok spider web ornament dalam pokok Christmas dan saper2 yg jumpa akan dianggap bernasib baik pada tahun tersebut… mcm2 kan? hehe..kalu korang nak baca mcm2 kesah pasal christmas neh dari pelbagai negara korang leh ke laman web NEATORAMA.



MERRY CHRISTMAS FROM KISAH KUDUT & JENTOI

Friday, December 24, 2010

HAPPY 4th ANNIVERSARY DEAR JENTOI PART 2

Suasana kat dapur riuh rendah dengan bunyi periuk belanga dan suara jiran tetangga dan saudara mara… tersedar je pagi tu bau wangi bunga rampai menusuk deria bau ku.. aku tersenyum memandang deretan barang2 hantaran yang tersusun rapi di meja bersebelahan katil.. erm.. dan dijari manisku kini terselit sebentuk cincin menjadi pengikat tanda aku kini telah dimiliki secara rasminyer…ku selak langsir memandang ke luar.. sungguh meriah dengan khemah putih tersergam di depan rumah…bunga manggar dipacak gah berkerdip dipancar cahaya mentari pagi… kaum bapa sibuk melapah lembu dibelakang rumah dan kaum ibu sedang sibuk mengopek bawang sambil bergelak tawa.. tah apa yang menjadi tajuk bualan pun aku sendiri tidak tau… kanak2 yang berlari2 riang seolah2 turut bergembira meraikan hari berbahagia aku dan dia…

chewaaahhhh..dah jadi cerpen le pulak yer.. tu ler alkisah nyer apa yg sedang berlaku pada hari ini pada 4 tahun yang lepas… walau pun 4 tahun masa dah berlalu..bau tu pun masih melekat hingga ke hari ni… bau cam ner? hahha.. of coz bukan bau busuk...kalu korang nak rasa aroma kewangian time majlis perkahwinan sy tu… cuba le lalu kat depan kedai ‘lovely lace’ yg jual souvenirs dan teddy bear comel2 tu… haaaa… sy tempah bau yg kedai ‘lovely lace’ tu guna untuk majlis perkahwinan sy…satu rumah melekat baunyer.. skng tiap kali sy dan Jentoi melintasi kedai lovely lace tu kat mana2 shopping mall.. kami akan saling berpandangan dan tersenyum kerana disitu ada kenangan.. hehehehe…  
Ok la.. sy nak kena gi mandi dulu sbb nanti jam 11 mak andam nak datang.. hehehe… tata…. [berangan le ko kudut...]


 

Thursday, December 23, 2010

HAPPY 4th ANNIVERSARY DEAR JENTOI

Cepat benar rasa nyer masa berlalu.. ruper2 nyer dah 4 tahun Kudut & Jentoi neh jadik suami isteri.. ngeh ngeh ngeh… erm..tapi kitorang still mcm anjing ngan kucing.. anjing ngn kucing pun skng leh berdamai…hehehe.. apa2 pun kudut nak jentoi tahu… kudut sayang jentoi sangat-sangat….

2006 : 4 tahun yg lalu jam 9 malam pada tarikh yg samer.. time neh tengah berdebar2 curik2 dengar Jentoi lafazkan akad dan curik2 intai tengok bakal suami sy dengan baju melayu putih sedondong berpeluh2 menjabat tangan kadi… ayoo.. 3 kali tuh.. seb baik lepas kalu tak? Tu pun seb baik bakal bapak mertua si jentoi a.k.a my father tolong tuliskan kat kertas dan jentoi baca jer kalu tak nak nyer kena mandi bunga dulu tuh baru sambung balik…thah aper yang dier gabra pun tak tau… keh keh keh…

2007 : ha!!! jam 9 malam pada tarikh yang samer 3 tahun yg lepas… kami terpaksa berjauhan.. kudut di Terengganu dan Jentoi di Selangor.. sbb time tu Kudut tengah pantang kat kg… windu sangat.. seb baik ader 3G.. hehhee.. dan untuk kita Allah kurniakan cahaya mata yg tomey… [saper lagi nak puji kalu bukan mak bapak sendrik..hehehe] MUHAMMAD ADAM MIKHAEYL BIN YUSOF.. nak minta maaf sekali lagi ngan Jentoi sbb time tahan sakit nak bersalinkan mikhaeyl hari tuh Kudut dah tinggalkan lebam cengkaman maut kat lengan Jentoi… hehehehe…
time neh mikhaeyl kecik lagi. .skng dah beso dah. hehehe.. muka sama bolat ngan mata..

2008 : erm.. jam 9 malam pada tarikh yg samer 2 tahun lepas.. luper le aper jadik time neh jentoi.. nanti kudut bukak diari 2008 balik yer… erk!!! tapi mana lak kudut letak yer dairi 2008 kudut..alahai..ni boring neh nak punggah balik barang kat dlm kotak tuh.. tasuke tasuke.. jentoi boley carikan tak.. [dengan nada penuh mengharap]

2009 : tahun lepas pada jam 9 malam … kita dah ber 4…. hehehe… ‘dia’ hadir menyerikan lagi keluarga kita.. dan kita makin bahagia…. MUHAMMAD AQIEL RAFAEYL BIN YUSOF…. cinta hati mama papa dan abg adam… 
2010 : tahun ini waktu ini pada jam 9 malam… pengalaman telah cukup mematangkan kiter… dengan 2 cahaya hati yg buat hidup kita masam2 manis… mengajar kita utk lebih berusaha menepis segala cubaan yg kelat2 masam.. utk melakukan yg lebih baik demi masa hadapan mereka… moga hubungan ini terus kekal dan mekar…

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN ke-4 JENTOI…


p/s :dan waktu ini juga.. nuffnang hadiahkan kudut 3 BE utk ulangtahun kiter.. keh keh keh…conot nyer.. tambah lagi yer nuffnuff..

Tuesday, December 21, 2010

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hari ni sy ingin berkongsi 10 surah mujarab dari nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW... sama2 kita berkongsi dan amalkan... .bukankah berkongsi sesuatu yg berguna itu amat digalakkan dalam Islam? 

1. SURAH AL-FATIHAH 

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.   Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.   Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.    

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu. 


2. SURAH YAASIN 
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya.   (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) 
Rasulullah s.a.w. juga bersabda :   Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.   Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan.   Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.   (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). 
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT. 

3. SURAH AT-DHUHAN 
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar. 

4. SURAH AL-WAQI'AH 
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan.   Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.   Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. 
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah   Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.   Tiup dalam air dan minum.   Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.   Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :   "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.   Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya. 
  
5.  SURAH AL -KHAUTHAR 
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.   Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya. 

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN 
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). 
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7.  SURAH AL -MULK 
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.  Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya.   Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur. 
  
8. SURAH AL -IKHLAS 
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : 
"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."   Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."   Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " 
Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. 
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :   "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas.   Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ 
Siti Aisyah menerangkan :   "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. 
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali. 
    
10. SURAH AN-NAS 
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an.   Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia.   Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah.   Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati. 

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...