| Jejak Si Pari-Pari |

Wednesday, December 8, 2010

15 Fakta Tentang Lelaki dari Contact Lenses Ku

1) Lelaki, jika kita tanya "Apakah awak cintakan saya?" after setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak". Tetapi x yah le nak happy sangat sbb sebenarnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti (i) "Ya, rasa-rasanyalah" (ii) "Mesti ler sy jawab cam tu, jaga hati beb!" (iii) "Cinta tu banyak makna.. " (iv) "Penting sangatke?" dan (v) "Who, me...alahai geli den!"

2) tak yah ler nak minta pendapat ikhlas lagi jujur mengenai diri kite neh dan tak yah minta dia puji2  yg kita lah kekasih @ gadis paling cun di dunia yang fana ini, sbb hakikatnya, lalu je perempuan yang asal ada rupa sikit le [walau kaki berkarat] kat depan dia, mesti dia akan renung terbeliak-beliak seperti air liur mahu jatuh meleleh..eii..kiranya cukup syarat jenis yg tak der halkum je ler... semua nak test market.
3) Lelaki ni x suka aturan hidupnya dirancang-rancang, bg dorang, apa yang terjadi, biarlah takdir yg menentukan. chewaahhh.. percaya ler keadaan jadi lebih teruk jika kiter cuba memandai-mandai menjadi Miss Perfect Planner. klau kiter kenal lelaki cam neh, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
4) Lelaki tidak suka dipaksa atau di ubah...silap2 dapat tiupan angin sangkakala free free jer

5) Lelaki yang kaki rokok mesti merokok se'pam' dua setiap kali selepas makan. Jangan sesekali cuba nak paksa dorang jangan merokok terus... karang kejung biru lak jadi nyer.
6) Setiap kali anda marah-marah atau naik angin dengan si dia, dalam kepala otaknya cuma ada satu; "Oh dia ni mesti kena sindrom PMS" walhal dia tidak sedar yang kita sebenarnya marah sebb perangai/ tingkahlakunya yg menyakitkan hati...biasa la kebanyakan dari dorang ni berhati 'kayu'...

7) Lelaki ni tidak berapa suka nak bincang pasal isu pertengkaran dengan pasangan dorang. kalu dorang nak duduk wat mesyuarat pun cuma sekejap je pastu dia cepat-cepat mahu menutup kes itu...wat2 nak memerut ler..aper ler..  Beberapa hari berikutnya, kadang2 x sampai beberapa saat punnn - dia buat-buat lupa.

8) Ada tiga perkara yg boleh membuat lelaki stress (i) duit (ii) kuasa (iii) seks (bill air syabas tertunggak dua tiga bulan tak per tp kalu bab bill air dorang... huhuhu).
9) Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan-kawan atau familinya. Ada lelaki cepat tersinggung (sensetip tahap tenuk) dan menganggap ia satu penghinaan besar, juga satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
10) Lelaki cuma suka lafazkan I LOVE YOU pada peringkat awal perhubungan jer. Lama-lama mula la lupa nak ucap semula sampai kengkadang kita terpaksa bg 10,000 jenis signal supaya dia tak amnesia atau nyanyuk atau hilang ingatan yang dia masih dan perlu mencintai kita.Tapi bab sy kata tadi dorang ni kengkadang ada jenis hati kayu.. bagi le signal cam ner pun.. dorang wak derk jer...
11) Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik banyaka perhatian waktu berjalan bergandingan. Tetapi jika ada lelaki lain yg tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu, kerana katanya "Awak yang kuat melayan". Ada gak jenis lelaki yg suka pandang pompuan seksi.. atau wat scandal.. tp bila ngan gf atau wife sendiri pakai seksi sket dah kena sound.. make up lamer sket dah dapat tazkirah.. ader jalan ke cam tu?
12) Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motor, topi keledar atau apa-apa saja yang menjadi kegemaran mereka. Kan sy dah cakap depa ni sensitip...
13) Jangan kritik cara mereka berpakaian, cara mereka menyapu gel rambut atau cara mereka menyikat rambut. Walau pun hakikatnyer mmg buruk...
14) Pada awal pertemuan (time nak ngayat) semua ditanggung.. kalu kuar pun bawak diri jer.. tp bila dah kawin... semua menanggung.. semua kiter yg nak kena support.. tiket wayang? makan? karaoke... dia jer yg bawak diri.. tp kiter neh biasa la ppuan bila dah syg sanggup..
15) Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan famili atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya..atau mungkin dorang ni jenis yg nak main2 jer.. atau lagi best dorang ni suami orang.. hahaha.. jadi take care selidik betul2 sebelum nak feeling habis2..
So kepada adik2 sy yg masih berpacaran tu.. selidik betul2 perangai bf kamu tu.. dan cuba la fahami mereka..hehehe.. selamat berpacaran...



 
 

4 comments:

Anonymous said...

ziarah sini ^^

UNICHI YJ said...

hihi byk tol fakta..
thx ya share :)

PCL said...

wah sempoinya contact lens awak..

Unknown said...

nur dhiya' aida : thanks sudi jejak kat blog sy
Yanie J : hehehe.. samer2 kita berkongsi
p@kcikLie : ha..ha... betul3x.. apa pandangan pokcik? setuju?

| Kudut's Loyal Readers |


Powered By: Blogger Widgetstop commentators widget for blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...